Showing posts with label buku indie. Show all posts
Showing posts with label buku indie. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

E828: Tentang

Photobucket 

hidup mendodoi hati orang, hati sendiri lintang-pukang. #tentang
kalau besi, akulah yang paling lekuk. kalau putih, akulah yang paling comot. #tentang
Orang yang kita suka mungkin tak suka kita, tapi orang yang suka kita mungkin boleh jaga kita. #tentang
Duit boleh cari, kau hilang mana aku nak ganti? #tentang

Tentang segala yang ditentang, ini zine. Dari salah seorang favourite blogger saya, yang saya tak pernah miss baca setiap entrinya. Bila beliau umumkan yang beliau nak keluarkan zine ni beberapa minggu before raya dulu, terus saya buat keputusan untuk beli. Kalau nak, pergilah melawat gdsjht.

Sunday, July 8, 2012

E814: Langit Vanilla

langit vanilla

Buku yang saya jamah ketika awal-awal saya berpindah masuk ke rumah baru, balik kepada hidup yang lama tanpa internet dan televisyen. Eh, tulisan itu ditulis Wany Ardy sendiri cumanya beliau tersalah sangka. Buku ini bukan hadiah dari seseorang tetapi diminta-tolong-belikan sahaja. Tapi tak mengapa. Beli untuk diri sendiri pun kira hadiah juga apa. Biasalah, forever alone kan? Muahaha.

Langit vanilla, naskhah yang buat saya jatuh cinta kembali pada dunia puisi. Errr, lama sudah saya tinggalkan dunia puisi, since saya jatuh cinta pada cerpen dan novel. Ya, zaman sekolah dulu saya pernah ada empat buah buah kecil untuk semua puisi-puisi saya. Unluckily, buku-buku itu entah kemana pergi, hanya ada satu dalam simpanan saya. 

Naskhah ini
- ada jiwa.
- ada rasa.
serba ada - semuanya.

Buku ini bila baca ketika rabak, boleh buat ubat penenang. Bila baca waktu ria, boleh jana senyum melebar dan berlarutan. Bila baca waktu hilang harapan, boleh tolong binakan jambatan semangat. Memang tak banyak, tapi sedikit sebanyak boleh pujuk hati dan jiwa yang hidup ini memang penuh macam-macam rasa, asal kita tahu mana waktu patut kita terus melangkah dan mana waktu yang patut kita berhenti sekejap dan ingat Tuhan.

Sabar boleh jadi benda paling payah.
Ada masa dia jadi benda yang kita dengar pun dah benci.
Tapi itulah satu-satu jaring yang pegang kita dari jatuh gaung.
Tak ada dia kita boleh mati.
- Jatuh Gaung, 133.

Rasa macam nak hadiahkan pada seseorang naskhah ini, tapi entahlah. :'(

E813: Batu Ketiga Dari Matahari

batu ketiga dari matahari 

: 8 Julai 2012
: Hujan lagi, lagi dan lagi.
: Teh O dan Nasi Lemak Ayam.
: Tee shirt & Tracksuit.
: Harry Potter & The Sorcerers Stone; TV2.
: Mungkin - Anuar Zain.

Mei dan Jun bukanlah bulan membaca saya. Serius, dua buah buku gagal untuk saya habiskan bacaannya padahal buku-buku itu bukanlah tebal mana pun. Bila dihitung balik waktu yang telah pergi, saya sedar sendiri kenapa buku-buku itu tak terusik. Saya sibuk - sibuk dengan segala report yang minta disiapkan dan juga sibuk menghabiskan masa dengan tiga beradik lain mak lain bapa itu, walaupun bila alongnya sudah pergi jauh. 

Buku untuk homosapiens yang patah hati, stress bekerja dan mabuk dengan dunia sendiri.

Huh, patutlah pembacaan tersangkut. Buku ini untuk homosapiens yang patah hati. Saya tak patah hati lagi waktu itu. Ngeee. Batu Ketiga Dari Matahari, mula diselak mukasuratnya pada 22 April dan selesai pada 6 Julai. Gila lama ambil masa untuk dihabiskan. Maaf buku, kamu bukan tak best. Bukan juga sebab kurang perisa. Tapi semuanya sebab diri sendiri. Pertama kali setelah sekian lama, saya kalah pada dugaan hidup yang datang macam hujan menimpa bumi. Bak kata Najwa Latif, "...membuatku rasa kosonggggg, kosongggggggg."

Apa yang boleh saya cakap, betullah buku ini untuk homosapiens yang patah hati, stress berkerja dan mabuk dengan dunia sendiri. Sebab saya membaca buku ini dalam dua mood berbeza - bahagia berkepit dengan dia serupa belangkas dan juga sunyi sepi jatuh beribu batu. Dan mood pembacaan saya menjadi lebih laju dari biasa ketika saya berada dalam mood yang kedua, yakni mood sekarang ini. Buku ini bawa saya terbang melayang, membawa saya dekat pada kesakitan tapi akhirnya buku ini juga yang menampar pedih pipi saya sampai saya sedar. Huh. 

Ada cinta.
Ada harapan.
Kisah dunia.
Kisah hidup.

Satu yang saya nak beritahu, kalau kamu rasa mahu bunuh diri tolong jangan terjun lagi. Ambil buku ini dan baca, kemudian baru terjun. Kalau kamu dapat apa yang saya dapat, saya berani jamin yang kamu takkan jadi untuk terjun. Senyum senget. 

Tak perlu fikir panjang, mati tak akan bagi kau untung apa-apa, tapi kalau hidup siapa tahu kalau nanti kau jumpa kebahagiaan yang dicari-cari? 
Pilih warna yang diredhai Tuhan untuk ditaburkan atas kanvas putih hidup kita ini. Dan kalau tersalah warna, nenek pesan apa dulu? Kembali kepada Tuhan. 

Wednesday, April 25, 2012

E799: Hero

Photobucket 

: 25 April 2012.
: Hati ingat kerja, mata tengok bola.
: Mineral Water Cactus & Bihun Tomyam Ayam.
: Long Sleeve Shirt & Tracksuit.
: Live Streaming; Barcelona VS Chelsea.
: Pencinta Terbaik - Sofaz (OST Cinta Kura-Kura)

Naskhah ini mengambil masa yang agak lama untuk saya habiskan, bukan sebab tak seronok tapi sebab terlalu banyak kerja yang lebih penting untuk saya utamakan. Jadi, saya sekadar selak-selak buku ini bila mana otak saya sudah terlalu tepu dek ayat-ayat English. Tak tercerna jadinya. Mujur ada Hero, buat selingan minda supaya otak jadi segar sikit.

Hero, salah satu buku keluaran Lejen Press yang menampilkan lima buah cerpen tulisan lima orang penulis yang dua daripadanya merupakan penulis-penulis indie yang saya sukai. Rasanya, orang boleh teka kot siapa gerangan penulisnya. Buku ni saya grab di Vanggey Mart, salah sebuah tempat yang menjual buku-buku keluaran Lejen Press. Yer, nampak pelik sebab beli buku di kedai mamak tapi itulah dia kenyataannya. Disebabkan cerpen yang ada dalam naskhah ini hanyalah lima, jadi bolehlah nak tulis review satu persatu. Tapi macam biasa, tak details punya review. Nak details, beli dan bacalah. :)
  1. Dua Jalan di Kuala Lumpur tulisan Shahir - Kisah dua sahabat baik, Adib dan Nizam yang terpisah dan kemudiannya bertemu kembali. Tapi, pertemuan mereka unik - ada darah dan airmata. 
  2. Bandar Seri Korupsi tulisan Fikri Misti - Ini kisah masa depan dan mengunakan teknik imbas kembali, lalu ia buat saya jadi pening-pening lalat sikit dalam usaha nak memahami isi cerita. Ini kisah Tuan Ricky yang mempercayai mitos berkenaan Fountain of Youth lalu dia menyuruh anak buahnya untuk mencarinya.
  3. Hero yang paling Hero tulisan Brader Leplep - Ini kisah tak logik sebenarnya, lebih kurang macam cerita waktu budak-budak yang bermain anak patung perang dengan alien. Yang menariknya, walaupun kisah pengembaraan Afka dan Eddy ini merupakan kisah fantasi semata-mata tapi penulis berjaya untuk membuatkan saya rasa macam benda itu real. Superb. 
  4. Obligatu tulisan Bozu - Kisah ini lebih kurang seperti Coffee Mix 3 In 1. Ianya kisah tentang seorang aku yang sedang kalah dengan arus kehidupan. Kisah seorang aku yang cuba belajar bangkit dari kesilapan silam. Kenapa saya kata ianya seperti Coffee Mix 3 In 1? Sebab ia kaya dengan tulisan membangkitkan semangat dan juga masih mampu untuk buat kamu ketawa. Gelak pun ya. :)
  5. Nuansa Atma Adiwira tulisan Lord Zara - Satu-satunya kisah yang digarap oleh bunga kembang mekar. Kisah tentang Anuar Hafuza yang sedang mencari dirinya sendiri ditemani oleh bapanya dan juga Aisyah Merdeka. Konklusinya, ini kisah mencari diri dalam diri. Dia harus kenal diri dia sendiri, sebelum dia kenal orang lain.  
Pendek cerita, naskhah ini berbaloi untuk dimiliki. Ianya kisah membina imaginasi, ada juga menasihati diri, memberi motivasi juga  cuma mungkin ada satu dua tempat yang memerlukan sedikit penapisan, untuk golongan-golongan lebih muda. Ya, saya kuno sikit, apa boleh buat. 
Kalau satu hari nanti awak jadi hero, jadilah hero yang tak tinggal solat. Hero yang macam ni adalah hero yang paling rare sekali di muka bumi. Tak guna kalau awak jadi hero setakat di kaca tv mahupun di mata manusia kalau di sisi pencipta awak jauh dariNya - Aisa Linglung.

Tuesday, April 3, 2012

E794: Heroin

Photobucket

: 04.07PM.
: Seharian mengulit assignments.
: Jus Tembikai & Nasi Putih - Keli Bakar + Cendawan Goreng.
: Tee Shirt Putih Seluar Hitam.
: TV3 - Bella Calamidades.
: Malam Ini - Bo Amir Iqram.

Lagi satu sudut bilik yang dipenuhi buku dan majalah.

Buku ini saya beli bersama-sama dengan Kopi, jadi memang sudah agak lama sebenarnya. Kalau nak ikutkan kronologi pembelian, sepatutnya baca buku ini dahulu sebelum baca IFall tapi disebabkan ada kawan nak baca, jadi saya pinjamkan. Nak memupuk semangat membaca pada kawan-kawan, apa salahnya bagi pinjam kan? Senyum.

Heroin merupakan buku tulisan Amal Hamsan yang diterbitkan oleh Lejen Press. Buku ini mengandungi 10 buah cerita yang bermacam-macam tapi berpaksikan pada satu jantina yang sama iaitu Heroin. Kebanyakan watak di dalam Heroin adalah watak perempuan yang kuat kononnya, yang mencari bahagia sendiri. Ini kisah-kisah perempuan yang kalah - kalah pada takdir, kalah pada ketentuan yang menyakitkan, kalah pada orang-orang yang disayangi. Kalau kamu mengimpikan cerita yang berakhir dengan and they live happily ever after, saya nak cakap awal-awal yang kamu tak akan jumpa pengakhiran begitu di dalam ini. Mungkin sebab itulah yang buat saya tension. No, tension bukan sebab tak best. Tension sebab penulisnya mampu mengarap cerita-cerita sebegini tanpa mengundang rasa bosan saya. 

Saya paling suka cerita Indikasi - cerita yang memperlihatkan watak utamanya yang lagak seorang lelaki, yang menyimpan rasa sayang pada kawan baiknya sendiri. Ini cerita cinta ala-ala teragung jugalah kot, saya rasa bila mana seorang perempuan itu sanggup mati untuk orang yang disayangi kerana dia tahu andai dia hidup sekali pun, HIV akan menjadi penghalang antara mereka. Saya suka cara dia menunjukkan rasa sayangnya tanpa perlu dia berkata, aku menyintai kamu. 

Pendek kata, banyak juga cerita yang boleh saiko kepala otak saya. Betul.

Sunday, April 1, 2012

E793: Oh, IFall lagi.

Photobucket 

: 1 April 2012.
: April, please be nice. ;D
: Mirinda Strawberry & Chezy Wedges.
: Maxi Pyjamas.
: TV3 - Alamak, Tujuh Hari Lagi.
: Biar Sampai ke Bintang - Asmidar.

Sila abaikan sisi sarat di sudut meja tulis saya - beri tumpuan pada buku. :)

Lagi buku indie, sengih. Kali ini, saya mahu bercerita tentang sebuah naskhah berisi 180 helaian mukasurat terbitan Kerat Studio. IFall merupakan siri pertama dan mempunyai empat lagi siri yang bakal menyusul untuk Antologi IRise: The Chronologies, dengan tagline fall aplenty, rise wholeheartedly. Untuk siri pertama yang berjudul IFall ini memuatkan kispen, puisi dan juga komik - juga terdapat karya yang berbahasa Inggeris yang berkisarkan tentang kejatuhan hati-hati manusia.

Menyelusuri aksara demi aksara, saya terkesan juga dengan satu demi satu kisah yang dipersembahkan sehinggakan sampai satu tahap, saya rasa hati saya makin sempit dan terus menyempit dek sebak dan kerinduan pada orang yang telah menjadi sejarah saya sekali gus mampu menjana bahasa jiwa-jiwa saya hinga terhasilnya puisi satu hari ini. 
Untuk cinta pertama yang tak jadi. Bukan aku rindu kamu cuma kadangkala aku teringat. -Penghuni Ruang Kecil, Rifa Johan.
Lalu A=A dan B=B dan C2 tidak akan wujud. - A + B = C2, Zoul Yazix.
Patutkah aku menyalahkan memori kerana ada kau, atau patutkah aku salahkan hati ini yang sudah memilih kau? - Kertas Putih, Khrlhsym.
Burung kertas. Sudahlah jatuh, dipijak pula - Burung Kertas, Izza.
Anggap sahaja aku mimpi-mimpi yang tak pernah dan tak mungkin jadi realiti. Indah, seronok, bahagia, tapi tiada pernah berlaku senyatanya. Yang semalam hanya sekali. Takkan ada lagi. - Fizzle, Fza Ibrahim.
Kalaupun malam nanti aku masih sasar di pembaringan, kurangnya aku masih ada rindu untuk dijadikan teman. - Satu Hari Dalam Seribu Satu Rasa, Hana Ahmad.  
7 Eleven, Hantu Masa Lepas, Koyak, Tanpa Akhir, Cahaya, Ini Bukan Luka dan Tamat antara kispen-kispen lain yang berjaya menarik perhatian saya juga. Pendek kata, kebanyakan karyanya mampu menyentuh hati saya, hingga mampu menerbitkan rasa rindu pada yang telah pergi. Saya mengenang masa lalu bukan lagi untuk diratapi, tapi buat kekuatan diri. Jatuh berkali-kali bukan bermakna mati. Bukan. Percayalah. 

Thursday, March 29, 2012

E791: Kopi

Photobucket

: 29 Mac 2012.
: Oh beg sandangku.
: Kerepek Kentang.
: Maxi Pyjamas.
: Akasia - Cinta Buat Emelda.
: Hatiku Milikmu - Nera.

Ini bukan naskhah fiksyen pop pertama yang saya beli. Tapi ini antara naskhah yang masuk dalam senarai-kena-beli saya ketika saya mengetahui tentang kewujudannya melalui laman mukabuku. Tak tahu kenapa, tapi mungkin sebab saya tertarik dengan tajuknya - Kopi. Mungkin sebab aromanya, atau mungkin sebab rasanya yang mampu untuk buat aku celik mata sehari semalam tanpa masalah. Untuk Kopi ini, saya berjaya pujuk abang untuk bawa saya ke e-curve dan tercari-cari booth yang menjualnya.

Kopi - Sebuah Antologi Cerpen Fixi.

Bak tulisan yang tertulis di belakangnya, naskhah ini memang kaya dengan pahit, manis, hitam, putih, payau, pekat, sedap, likat, kelat sampai boleh buat saya khayal. 19 buah cerpen yang terkandung di dalamnya - ada yang sweet-sweet, ada yang manis-manis pahit dan ada juga yang bagi kejutan pada pengakhirannya. Saya tak pandai untuk mengulas lebih-lebih, tak mahu sebenarnya. Sengih senget. Cukuplah saya kongsikan tajuk-tajuk cerpen yang ada kalau-kalau mampu untuk menambat jiwa yang lain. Tapi sorry to say, penjualan Kopi secara online sudah pun ditutup. Kalau nak, kenalah berkunjung ke event-event tertentu atau paling senang, pergi sahaja ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada penghujung April nanti. Ada dekat sana nanti.

Kopi Tiga Rasa - Shaz Johar
Bersaksi Kopi - Dayang Noor
Kopi Kola - Nadia Khan
Kopi, Donut dan Bayang Gadis Berambut Hijau - Adib Zaini
Cinta Kopi - Gina Yap Lai Yoong
Luwak dan Kretek - Ridhwan Saidi
Kopi Percik - Amal Hamsan
Kau Kopikoku - Dheepan Pranthaman
Kopi Jantan Kaw - Nik Adam Ahmad
Cethu - Nabila Najwa
Barista Cinta - Shafaza Zara Syed Yusof
Hari Inditih - Asyraf Bakti
Malam, Di Meja Kau Lentok - Hafiz Hamzah
Ritual - Luc Abdullah
Tangan Berulat - Fadhli Al-Akiti
Venti - Redza Minhat
Kopi Julia - Faizal Sulaiman
Secangkir Kopi Bersama Dia - Syaihan Shafiq
Kopi Mimpi - Raja Faisal

Mendahului carta kesukaan saya adalah cerpen ke-3, 14, 5, 7, 2, 1 dan 18. Haha, sengaja disusun begitu. Kalau mahu review detail, sila ke laman Lord Zara, salah seorang pengarang untuk salah satu cerpen yang terkandung di dalam Kopi. Jemput ke sana, ya. Selain dari cerita-cerita yang ternyata mampu memberikan saya kepuasan, saya juga tersangat jatuh cinta dengan naskhah ini kerana saiznya yang kompak, font type yang sangat membantu pembacaan saya dan juga kertas-kertasnya yang buat saya kerap kali mencium naskhah ini, mengambil harum bau buku.

Khayal. :)