Showing posts with label kerat studio. Show all posts
Showing posts with label kerat studio. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

E813: Batu Ketiga Dari Matahari

batu ketiga dari matahari 

: 8 Julai 2012
: Hujan lagi, lagi dan lagi.
: Teh O dan Nasi Lemak Ayam.
: Tee shirt & Tracksuit.
: Harry Potter & The Sorcerers Stone; TV2.
: Mungkin - Anuar Zain.

Mei dan Jun bukanlah bulan membaca saya. Serius, dua buah buku gagal untuk saya habiskan bacaannya padahal buku-buku itu bukanlah tebal mana pun. Bila dihitung balik waktu yang telah pergi, saya sedar sendiri kenapa buku-buku itu tak terusik. Saya sibuk - sibuk dengan segala report yang minta disiapkan dan juga sibuk menghabiskan masa dengan tiga beradik lain mak lain bapa itu, walaupun bila alongnya sudah pergi jauh. 

Buku untuk homosapiens yang patah hati, stress bekerja dan mabuk dengan dunia sendiri.

Huh, patutlah pembacaan tersangkut. Buku ini untuk homosapiens yang patah hati. Saya tak patah hati lagi waktu itu. Ngeee. Batu Ketiga Dari Matahari, mula diselak mukasuratnya pada 22 April dan selesai pada 6 Julai. Gila lama ambil masa untuk dihabiskan. Maaf buku, kamu bukan tak best. Bukan juga sebab kurang perisa. Tapi semuanya sebab diri sendiri. Pertama kali setelah sekian lama, saya kalah pada dugaan hidup yang datang macam hujan menimpa bumi. Bak kata Najwa Latif, "...membuatku rasa kosonggggg, kosongggggggg."

Apa yang boleh saya cakap, betullah buku ini untuk homosapiens yang patah hati, stress berkerja dan mabuk dengan dunia sendiri. Sebab saya membaca buku ini dalam dua mood berbeza - bahagia berkepit dengan dia serupa belangkas dan juga sunyi sepi jatuh beribu batu. Dan mood pembacaan saya menjadi lebih laju dari biasa ketika saya berada dalam mood yang kedua, yakni mood sekarang ini. Buku ini bawa saya terbang melayang, membawa saya dekat pada kesakitan tapi akhirnya buku ini juga yang menampar pedih pipi saya sampai saya sedar. Huh. 

Ada cinta.
Ada harapan.
Kisah dunia.
Kisah hidup.

Satu yang saya nak beritahu, kalau kamu rasa mahu bunuh diri tolong jangan terjun lagi. Ambil buku ini dan baca, kemudian baru terjun. Kalau kamu dapat apa yang saya dapat, saya berani jamin yang kamu takkan jadi untuk terjun. Senyum senget. 

Tak perlu fikir panjang, mati tak akan bagi kau untung apa-apa, tapi kalau hidup siapa tahu kalau nanti kau jumpa kebahagiaan yang dicari-cari? 
Pilih warna yang diredhai Tuhan untuk ditaburkan atas kanvas putih hidup kita ini. Dan kalau tersalah warna, nenek pesan apa dulu? Kembali kepada Tuhan. 

Sunday, April 1, 2012

E793: Oh, IFall lagi.

Photobucket 

: 1 April 2012.
: April, please be nice. ;D
: Mirinda Strawberry & Chezy Wedges.
: Maxi Pyjamas.
: TV3 - Alamak, Tujuh Hari Lagi.
: Biar Sampai ke Bintang - Asmidar.

Sila abaikan sisi sarat di sudut meja tulis saya - beri tumpuan pada buku. :)

Lagi buku indie, sengih. Kali ini, saya mahu bercerita tentang sebuah naskhah berisi 180 helaian mukasurat terbitan Kerat Studio. IFall merupakan siri pertama dan mempunyai empat lagi siri yang bakal menyusul untuk Antologi IRise: The Chronologies, dengan tagline fall aplenty, rise wholeheartedly. Untuk siri pertama yang berjudul IFall ini memuatkan kispen, puisi dan juga komik - juga terdapat karya yang berbahasa Inggeris yang berkisarkan tentang kejatuhan hati-hati manusia.

Menyelusuri aksara demi aksara, saya terkesan juga dengan satu demi satu kisah yang dipersembahkan sehinggakan sampai satu tahap, saya rasa hati saya makin sempit dan terus menyempit dek sebak dan kerinduan pada orang yang telah menjadi sejarah saya sekali gus mampu menjana bahasa jiwa-jiwa saya hinga terhasilnya puisi satu hari ini. 
Untuk cinta pertama yang tak jadi. Bukan aku rindu kamu cuma kadangkala aku teringat. -Penghuni Ruang Kecil, Rifa Johan.
Lalu A=A dan B=B dan C2 tidak akan wujud. - A + B = C2, Zoul Yazix.
Patutkah aku menyalahkan memori kerana ada kau, atau patutkah aku salahkan hati ini yang sudah memilih kau? - Kertas Putih, Khrlhsym.
Burung kertas. Sudahlah jatuh, dipijak pula - Burung Kertas, Izza.
Anggap sahaja aku mimpi-mimpi yang tak pernah dan tak mungkin jadi realiti. Indah, seronok, bahagia, tapi tiada pernah berlaku senyatanya. Yang semalam hanya sekali. Takkan ada lagi. - Fizzle, Fza Ibrahim.
Kalaupun malam nanti aku masih sasar di pembaringan, kurangnya aku masih ada rindu untuk dijadikan teman. - Satu Hari Dalam Seribu Satu Rasa, Hana Ahmad.  
7 Eleven, Hantu Masa Lepas, Koyak, Tanpa Akhir, Cahaya, Ini Bukan Luka dan Tamat antara kispen-kispen lain yang berjaya menarik perhatian saya juga. Pendek kata, kebanyakan karyanya mampu menyentuh hati saya, hingga mampu menerbitkan rasa rindu pada yang telah pergi. Saya mengenang masa lalu bukan lagi untuk diratapi, tapi buat kekuatan diri. Jatuh berkali-kali bukan bermakna mati. Bukan. Percayalah.