Sunday, April 1, 2012

E793: Oh, IFall lagi.

Photobucket 

: 1 April 2012.
: April, please be nice. ;D
: Mirinda Strawberry & Chezy Wedges.
: Maxi Pyjamas.
: TV3 - Alamak, Tujuh Hari Lagi.
: Biar Sampai ke Bintang - Asmidar.

Sila abaikan sisi sarat di sudut meja tulis saya - beri tumpuan pada buku. :)

Lagi buku indie, sengih. Kali ini, saya mahu bercerita tentang sebuah naskhah berisi 180 helaian mukasurat terbitan Kerat Studio. IFall merupakan siri pertama dan mempunyai empat lagi siri yang bakal menyusul untuk Antologi IRise: The Chronologies, dengan tagline fall aplenty, rise wholeheartedly. Untuk siri pertama yang berjudul IFall ini memuatkan kispen, puisi dan juga komik - juga terdapat karya yang berbahasa Inggeris yang berkisarkan tentang kejatuhan hati-hati manusia.

Menyelusuri aksara demi aksara, saya terkesan juga dengan satu demi satu kisah yang dipersembahkan sehinggakan sampai satu tahap, saya rasa hati saya makin sempit dan terus menyempit dek sebak dan kerinduan pada orang yang telah menjadi sejarah saya sekali gus mampu menjana bahasa jiwa-jiwa saya hinga terhasilnya puisi satu hari ini. 
Untuk cinta pertama yang tak jadi. Bukan aku rindu kamu cuma kadangkala aku teringat. -Penghuni Ruang Kecil, Rifa Johan.
Lalu A=A dan B=B dan C2 tidak akan wujud. - A + B = C2, Zoul Yazix.
Patutkah aku menyalahkan memori kerana ada kau, atau patutkah aku salahkan hati ini yang sudah memilih kau? - Kertas Putih, Khrlhsym.
Burung kertas. Sudahlah jatuh, dipijak pula - Burung Kertas, Izza.
Anggap sahaja aku mimpi-mimpi yang tak pernah dan tak mungkin jadi realiti. Indah, seronok, bahagia, tapi tiada pernah berlaku senyatanya. Yang semalam hanya sekali. Takkan ada lagi. - Fizzle, Fza Ibrahim.
Kalaupun malam nanti aku masih sasar di pembaringan, kurangnya aku masih ada rindu untuk dijadikan teman. - Satu Hari Dalam Seribu Satu Rasa, Hana Ahmad.  
7 Eleven, Hantu Masa Lepas, Koyak, Tanpa Akhir, Cahaya, Ini Bukan Luka dan Tamat antara kispen-kispen lain yang berjaya menarik perhatian saya juga. Pendek kata, kebanyakan karyanya mampu menyentuh hati saya, hingga mampu menerbitkan rasa rindu pada yang telah pergi. Saya mengenang masa lalu bukan lagi untuk diratapi, tapi buat kekuatan diri. Jatuh berkali-kali bukan bermakna mati. Bukan. Percayalah. 

3 comments:

  1. terima kasih di atas review anda.

    Teruskan sokongan hingga ke volume terakhir, Insyallah percayamu akan kembali pulih.

    kita sama-sama usaha, ok?

    :)

    ReplyDelete
  2. sama-sama. :D
    memang akan terus ikut siri ni, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas reviu. Jika jatuh dua kali, bangkitlah untuk dua puluh kali. :)

    ReplyDelete