Tuesday, April 3, 2012

E794: Heroin

Photobucket

: 04.07PM.
: Seharian mengulit assignments.
: Jus Tembikai & Nasi Putih - Keli Bakar + Cendawan Goreng.
: Tee Shirt Putih Seluar Hitam.
: TV3 - Bella Calamidades.
: Malam Ini - Bo Amir Iqram.

Lagi satu sudut bilik yang dipenuhi buku dan majalah.

Buku ini saya beli bersama-sama dengan Kopi, jadi memang sudah agak lama sebenarnya. Kalau nak ikutkan kronologi pembelian, sepatutnya baca buku ini dahulu sebelum baca IFall tapi disebabkan ada kawan nak baca, jadi saya pinjamkan. Nak memupuk semangat membaca pada kawan-kawan, apa salahnya bagi pinjam kan? Senyum.

Heroin merupakan buku tulisan Amal Hamsan yang diterbitkan oleh Lejen Press. Buku ini mengandungi 10 buah cerita yang bermacam-macam tapi berpaksikan pada satu jantina yang sama iaitu Heroin. Kebanyakan watak di dalam Heroin adalah watak perempuan yang kuat kononnya, yang mencari bahagia sendiri. Ini kisah-kisah perempuan yang kalah - kalah pada takdir, kalah pada ketentuan yang menyakitkan, kalah pada orang-orang yang disayangi. Kalau kamu mengimpikan cerita yang berakhir dengan and they live happily ever after, saya nak cakap awal-awal yang kamu tak akan jumpa pengakhiran begitu di dalam ini. Mungkin sebab itulah yang buat saya tension. No, tension bukan sebab tak best. Tension sebab penulisnya mampu mengarap cerita-cerita sebegini tanpa mengundang rasa bosan saya. 

Saya paling suka cerita Indikasi - cerita yang memperlihatkan watak utamanya yang lagak seorang lelaki, yang menyimpan rasa sayang pada kawan baiknya sendiri. Ini cerita cinta ala-ala teragung jugalah kot, saya rasa bila mana seorang perempuan itu sanggup mati untuk orang yang disayangi kerana dia tahu andai dia hidup sekali pun, HIV akan menjadi penghalang antara mereka. Saya suka cara dia menunjukkan rasa sayangnya tanpa perlu dia berkata, aku menyintai kamu. 

Pendek kata, banyak juga cerita yang boleh saiko kepala otak saya. Betul.

1 comment: