Wednesday, April 25, 2012

E799: Hero

Photobucket 

: 25 April 2012.
: Hati ingat kerja, mata tengok bola.
: Mineral Water Cactus & Bihun Tomyam Ayam.
: Long Sleeve Shirt & Tracksuit.
: Live Streaming; Barcelona VS Chelsea.
: Pencinta Terbaik - Sofaz (OST Cinta Kura-Kura)

Naskhah ini mengambil masa yang agak lama untuk saya habiskan, bukan sebab tak seronok tapi sebab terlalu banyak kerja yang lebih penting untuk saya utamakan. Jadi, saya sekadar selak-selak buku ini bila mana otak saya sudah terlalu tepu dek ayat-ayat English. Tak tercerna jadinya. Mujur ada Hero, buat selingan minda supaya otak jadi segar sikit.

Hero, salah satu buku keluaran Lejen Press yang menampilkan lima buah cerpen tulisan lima orang penulis yang dua daripadanya merupakan penulis-penulis indie yang saya sukai. Rasanya, orang boleh teka kot siapa gerangan penulisnya. Buku ni saya grab di Vanggey Mart, salah sebuah tempat yang menjual buku-buku keluaran Lejen Press. Yer, nampak pelik sebab beli buku di kedai mamak tapi itulah dia kenyataannya. Disebabkan cerpen yang ada dalam naskhah ini hanyalah lima, jadi bolehlah nak tulis review satu persatu. Tapi macam biasa, tak details punya review. Nak details, beli dan bacalah. :)
  1. Dua Jalan di Kuala Lumpur tulisan Shahir - Kisah dua sahabat baik, Adib dan Nizam yang terpisah dan kemudiannya bertemu kembali. Tapi, pertemuan mereka unik - ada darah dan airmata. 
  2. Bandar Seri Korupsi tulisan Fikri Misti - Ini kisah masa depan dan mengunakan teknik imbas kembali, lalu ia buat saya jadi pening-pening lalat sikit dalam usaha nak memahami isi cerita. Ini kisah Tuan Ricky yang mempercayai mitos berkenaan Fountain of Youth lalu dia menyuruh anak buahnya untuk mencarinya.
  3. Hero yang paling Hero tulisan Brader Leplep - Ini kisah tak logik sebenarnya, lebih kurang macam cerita waktu budak-budak yang bermain anak patung perang dengan alien. Yang menariknya, walaupun kisah pengembaraan Afka dan Eddy ini merupakan kisah fantasi semata-mata tapi penulis berjaya untuk membuatkan saya rasa macam benda itu real. Superb. 
  4. Obligatu tulisan Bozu - Kisah ini lebih kurang seperti Coffee Mix 3 In 1. Ianya kisah tentang seorang aku yang sedang kalah dengan arus kehidupan. Kisah seorang aku yang cuba belajar bangkit dari kesilapan silam. Kenapa saya kata ianya seperti Coffee Mix 3 In 1? Sebab ia kaya dengan tulisan membangkitkan semangat dan juga masih mampu untuk buat kamu ketawa. Gelak pun ya. :)
  5. Nuansa Atma Adiwira tulisan Lord Zara - Satu-satunya kisah yang digarap oleh bunga kembang mekar. Kisah tentang Anuar Hafuza yang sedang mencari dirinya sendiri ditemani oleh bapanya dan juga Aisyah Merdeka. Konklusinya, ini kisah mencari diri dalam diri. Dia harus kenal diri dia sendiri, sebelum dia kenal orang lain.  
Pendek cerita, naskhah ini berbaloi untuk dimiliki. Ianya kisah membina imaginasi, ada juga menasihati diri, memberi motivasi juga  cuma mungkin ada satu dua tempat yang memerlukan sedikit penapisan, untuk golongan-golongan lebih muda. Ya, saya kuno sikit, apa boleh buat. 
Kalau satu hari nanti awak jadi hero, jadilah hero yang tak tinggal solat. Hero yang macam ni adalah hero yang paling rare sekali di muka bumi. Tak guna kalau awak jadi hero setakat di kaca tv mahupun di mata manusia kalau di sisi pencipta awak jauh dariNya - Aisa Linglung.

1 comment: