Tuesday, September 27, 2011

E732: Karipap-karipap Cinta

Photobucket

: 06.43 PM.
: Matahari sudah condong ke Barat.
: Rezeki datang dalam banyak bentuk. :)
: Air Kosong & Bubur Nasi + Ikan Bilis + Serunding.
: Tee Shirt Langkawi & Tracksuit.
: TV3; Buletin 1.30.
: -

Lagi, review novel. 

Kali ini giliran novel Karipap-karipap Cinta. Novelnya nipis saja, sekadar 249 mukasurat. Ceritanya ringan, ada komedi diselitkan dan paling penting, ayat-ayatnya banyak yang makan dalam. Ini kisah cinta ringan, yang lumrahnya terjadi dalam hidup kita. Yang watak lelaki dan perempuannya biasa-biasa sahaja, ada lebih dan kurang masing-masing. 

Karipap-karipap Cinta mengisahkan tentang Ali, seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors. Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz). Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar. Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu. Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya. 

Itulah kisahnya. Saya sekadar copy-paste dari Goodreads. HAHA.

Novel ni juga sudah diadaptasikan ke dalam bentuk filem. Jujur, saya belum menonton filemnya walaupun ianya sudah siap didownload. Kenapa? Pertama, saya kurang gemar dengan watak si lelakinya. Saya rasa dia itu tak patut jadi Ali sebab Ali yang saya kenal dalam novel adalah seorang lelaki yang berwajah biasa, pemalu dan kadang-kadang bendul. Keduanya, si perempuannya pula tidak bertudung secara proper. Rasanya semua orang maklum kot dengan cara pemakaian warga Al-Azhar. Tapi, filem ini ada Shawal AF. Jadi saya rasa, lambat atau lagi lambat saya tetap akan tonton juga filem ini. :)

Last but not least, saya ingin berkongsikan ini dengan semua orang sebab saya rasa babak inilah yang telah memaku kelukan lidah saya seterusnya membuat saya terfikir betapa jauhnya saya dengan Dia. Moga-moga dengan kesedaran ini mampu mendekatkan kembali saya dengan Dia. Amin ya rabbal amin. 
Bart Rasta menghampiri hadirin. Kemudian menjauhi mereka. Dia berada di tengah jalan. “Nah, kalaulah putus cinta itu buat orang berduka, mengapa acap kali kita memutuskan cinta tuhan terhadap kita? Kenapa kita membiarkan tuhan duka, kerana kita tidak cintainya lagi?” Hadirin angguk tanda faham apa yang cuba disampaikan oleh Bart Rasta. “Putus cinta sesama manusia, akan ada penggantinya. Tetapi tuhan hanya ada satu dan kalau dia mengambil keputusan untuk tidak lagi mencintai kita. Tiada tuhan kedua untuk kita terima cinta agung.” Hadirin bertepuk tangan.
Baca novel ini, buat rasa teringin nak makan karipap. 


E731: Summer Romance Shines in Rainbow Color

Photobucket

: 11.24 PM.
: Lembab dek hujan sejak siang tadi.
: Berniat nak tidur awal malam ni.
: Air Kosong & Burger Ayam Special.
: Baju Tidur Biru Polkadots.
: Aksi TV3; Supermak.
: Please Stay With Me by Yui.

Dalam timbunan assignments yang sememangnya banyak dan minta dihadap, saya masih lagi sempat mencuri masa untuk menonton j-dorama secara marathon. Sepuluh episod dalam masa semalaman. Semuanya gara-gara berhenti rehat dari mengerjakan assignment, lalu turun ke bawah dengan niat untuk makan sambil menonton televisyen sekejap. Diulangi, sekejap sahaja. Jari sibuk menukar-nukar channel dan terhenti di channel 8TV, slot drama jepun yang berbaki hanya 15 minit waktu itu. Ok, mula-mula tengok macam nak tak nak sahaja dan tiba-tiba keluar muka Matsumoto Jun (Arashi). 

Huh! Cerita apakah ini? Hati tertanya-tanya.

Habis cerita, bergegas naik ke bilik dan terus masuk laman 8TV dan dapat. Oh, Summer Romance Shines in Rainbow Color. Kemudian, copy paste tajuknya dan google. Eh, drama ni? Terus capai external hardisk, open folder Other, then folder Japanese. Yes, itu dia sepuluh episod siap untuk ditonton. Itulah kronologi cerita bagaimana saya boleh tersangkut dengan drama ni sampai pukul 6 pagi tadi. 

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Summer Romance Shines in Rainbow Color atau dalam bahasa Jepunnya, Natsu no Koi wa Nijiiro Ni Kayagaku yang mengisahkan tentang dilema seorang pelakon muda, Kusunoki Taiga yang merupakan anak kepada pelakon popular, Kusunoki Kotaro. Taiga tidak sebagus ayahnya, lalu perkara itulah yang membelenggu dirinya yang jelas rimas dikenali sebagai anak lelaki Kotaro. Taiga, seorang lelaki yang teliti, cerewet dan dia juga baru putus cinta hanya kerana tidak suka dengan cara teman wanitanya memegang chopstick. Err, rasa macam nak lempang dia. Sampailah satu hari dia terjumpa dengan Kitamura Shiori gara-gara insiden tersangkut di pokok akibat hilang kawalan ketika sky diving. Shiori adalah orang yang bertanggungjawab mengubah Taiga hinggalah dia berpeluang untuk menjayakan teater dengan seorang pengarah yang sangat sangat sangat tegas. 

Errr, saya memang sedang suka Taiga-san. Dia lelaki yang bila jatuh cinta, maka dia akan cintakan perempuan itu berdasarkan siapa perempuan itu sebenarnya. Yang penting, Taiga terus mencintai Shiori-san walaupun tahu Shiori-san tidak mencintai dia. Taiga-san tetap mahukan yang terbaik untuk Shiori-san dan Umi-chan. Malah, ketika Shiori-san menyakitkan hati dia pun taiga-san masih tersenyum. Cair. Lagi yang saya suka berkenaan drama ni, tentang cara bagaimana Taiga-san berusaha untuk memperbaiki lakonannya dan kehidupannya. Bagaimana dia tega merendahkan egonya lalu menjadi assistant artist dan sanggup untuk buat part-time menjual ais-krim. Dan pengalaman-pengalaman itulah yang akhirnya mendewasakan Taiga-san. 

Then don't cry, and try harder. :)
Err, Shiori-san ada anak hasi perkahwinan pertamanya dan suaminya mati ketika dia sedang mengandungkan Umi-chan. Sebab mati? Tengok sendiri. :P

Friday, September 23, 2011

E729: Bridesmaids

Photobucket 

: 02.03 AM
: Malam yang sejuk.
: Errrr, its reminds me to you.
: Murtabak Maggi & Air Kosong.
: Tee Shirt Putih & Track Hitam.
: Movie; Bridesmaids.
: Tika Dinihari by Devotees.

Masa untuk diri sendiri. Penat membaca novel, kemudian beralih arah pada majalah dan kemudian baru sedar yang diri sudah penat membaca. Terus buat keputusan untuk menonton movie dan saya pilih filem  ini  kerana ianya bergenre komedi. 

Bridesmaids, not bad. 

It's all about Annie dan Lillian yang berkawan baik since kanak-kanak. Dan cerita bermula bila teman lelaki Lillian melamarnya dan waktu itu Annie masih lagi dalam status open relationship. Dari sinilah bermulanya kisah bridesmaids tersebut yang mana adanya Lillian melantik beberapa orang kawan untuk dijadikan bridemaids dan di sinilah Helen cuba untuk menarik perhatian Lillian dan buat Lillian rasa macam Annie telah merosakkan semua majlis-majlis menjelang perkahwinannya. Pada fikiran Lillian, Annie mungkin tension gara-gara ditinggalkan kekasih, kemudian terus tutup kedai bakerinya dan cuba untuk manage hidup dia seboleh mungkin. Dan pada waktu inilah muncul Rhodes yang manis itu.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Memula-mula ketawa, kemudian rasa macam tak selesa tengok Helen dengan lagaknya lepas tu frust bila Annie macam dah nak gila tengok kawan dia makin jauh dari dia dan datang pula Rhodes yang sweet dan berperangai cupcake itu. It's sweet tapi jujurnya babak Annie dan Rhodeslah yang mengusik hati saya.
For the record Annie, you flirted with me. You made me feel like you really like me, which was really unfair. And then we did stuff, fun stuff and then you just left, just like it was nothing. One minute, it means something. The next minute, it doesn't! - Rhodes, Bridesmaids.
Air mata saya menitik bila saat dan ketika lelaki itu menuturkan ayat ini. Saya pernah rasa dulu, dan ianya menyakitkan. Dan saya minta maaf sebab sekali lagi saya bercakap tentang dia di sini. That scene, its really reminds me to him. T___T

Tapi filem ini tetap manis untuk ditonton, cuma ada beberapa scene yang akan buat kamu tak selesa kalau menontonnya beramai-ramai, lagi-lagi kalau ada kawan lelaki. Ini kisah tentang persahabatan, bagaimana seseorang itu yang ikhlas berkawan sepenuh hatinya, pendek kata susah senang bersama. Bila kita ada kawan begini, automatik kita akan rasa gembira untuk dia bila dia gembira, turut sama sedih bila dia sedih dan kadang-kadang, rapat inilah yang akan bina satu perasaan yang macam saling berkait. Walaupun tengah bergaduh teruk tapi hati macam dapat rasa something pasal kawan tu. Dan cerita ini juga menjadi bukti, perempuan boleh jadi 'gila' tahap maksimum bila had kesabarannya diuji di tahap paling tinggi. Dan perempuan juga sanggup untuk sepak tepi egonya hanya untuk satu persahabatan.

Senyum.

Tuesday, September 20, 2011

E727: Langsir Biji Remia

Photobucket

Naskhah sendu yang sarat dengan nilai dan pengajaran. Kisah yang mengumpul seluruh kekuatan seorang gadis bernama Duha Hafa, si pemilik mata sayu persis sang unta di padang pasir. Duha dan Umair merupakan teman bicara melalui jendela yang dihiasi langsir berwarna biji remia. Waktu itu Duha berumur 10 tahun dan Umair tua tiga tahun darinya. Pada detik itulah, Umair mula jatuh cinta pada Duha.
 "Nama awak pelik!" jerit Umair apabila melihatnya muncul di tepi langsir biji remia suatu pagi.
"Apa pula pelik? Saya lahir waktu duha dan ketika itu hujan renyai" "Apa kaitan hujan renyai dengan nama awak?" "Yalah... Hafa tu maknanya hujan renyai!"
10 tahun berlalu, mereka kembali bertemu dan berbicara menerusi tingkap yang sama. Malah, Umair juga masih menyimpan hasrat hati yang sama tanpa tahu bunga yang dia puja sudah berubah 360 darjah. Duha Hafa kini tampil berpurdah, lantas menutup segala kekurangan dirinya dek satu tragedi yang tidak disangka. Umair sangka Duha yang didepan matanya itu adalah Duha yang dia kenal 10 tahun lalu. Yang cantik dek kerana gabungan dua keturunan, Melayu-Gujerat.

Bila kecantikan jadi alasan utama, Umair jadi lelah bila dia memandang Duha tanpa penutup mukanya. Umair mengaku masih sayangkan Duha tapi dia langsung tak boleh memandang Duha seikhlasnya. Lalu, Duha sedar diri. Kebetulan, Duha harus menemani abahnya membuat umrah. Dan umrah itu menjadi titik tolak pada kekuatan Duha untuk muncul tanpa penutup mukanya. Dan di bumi Allah itu juga, dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang jatuh cinta padanya dek kerana sifat dan sikapnya. 
Cinta barangkali, cinta membuatkan kita dapat mendengar dengan baik biarpun sesusah mana pun. [67]
Betullah jodoh itu kerja Tuhan. Kita sendiri tidak dapat berfikir apabila datang bab jodoh ini. Kita hanya tahu kenapa begitu, kenapa begini, sahaja. namun tiada jawapan yang mengiringi pada setiap soalan kita. [158]
Melalui Langsir Biji Remia ini, saya belajar untuk bersyukur dengan nikmat yang Dia berikan. Nikmat yang diberikan Allah kepada kita, bila-bila masa juga Dia boleh tarik balik. Lantas menyedarkan saya apalah sangat yang ada pada cantik di mata kalau tak ada cantik dalam hati. Naskhah ini juga menyedarkan saya bahawa sayang Allah itu tidak terletak pada cantiknya fizikal seseorang. Dan yang penting, jodoh itu kerja Dia. Jadi, mengapa harus mempertikaikan sesuatu yang haknya tiada pada kita, manusia. 

Amar-Zara menjadi penamat indah untuk naskhah ini. Comel. 

E726: Addin & Benz

Photobucket

Ini novel versi kembar tapi tak serupa. Sebenarnya, aA + bB yang diterbitkan dulu dan Tunas itu adalah kisah 'flashback' mereka sebenarnya. Tapi kalau ikut kepala saya, baca Tunas dulu kemudian barulah baca aA + bB. Baru akan lebih faham cerita. Kalau tak, mana mungkin saya sanggup hadap aA + bB sekali lagi sebaik sahaja habis baca Tunas.

Nur Addin Shah atau Didi, errrr Head Girl.
Muhammad Addi Shah atau Kucai.

Tunas. Ini kisah budak sekolah, lebih tepat lagi cerita tentang budak-budak asrama. Kisah yang ceria dengan peel dan kerenah bermacam-macam watak. Kisah si kembar berdua ini yang menjalani zaman persekolahan di Kolej Tunas. Addin, budak walkman yang berkepala ferum merangkap penjenayah sekolah kelas satu. Kesalahan? Tampar pipi anak orang, pecah masuk bilik HEM sebab nak ambil barang rampasan, mandi air suling dekat lab dan banyak lagi. Itu waktu Form 4, waktu baru masuk kolej tu. Tapi masuk ke Form 5, dia dipilih sebagai Head Girl dan terus kena letak jawatan as penjenayah sekolah kelas satu. Dan jawatan itu diambil alih oleh juniors, Magnificent 7. 

Tak banyak pun yang dapat grab from this novel, tapi adalah juga. Kisah macam mana Kucai as a Head Boy cuba untuk merubah kebiasaan yang berlaku di sekolah tersebut antaranya mewajibkan solat berjemaah lima kali sehari, ceramah agama setiap minggu dan banyak lagi. Kebanyakannya adalah berasaskan Islam. Dan juga prinsip asas Magnificent 7 yang sangat-sangat aku suka. 
Kesempurnaan orang lain menyempurnakan kekurangan diri kita. Sebab takkan ada manusia yang perfect dan tau segala benda. Sebab tu manusia saling perlukan manusia untuk terus tegak berdiri kalau nak terus hidup dalam dunia ni. [393]
aA + bB. Kisah ini lebih tertumpu pada dua watak ini, Nur Addin Shah dan Benz Alif. Hubungan kedua-duanya tak pernah baik, sampai kawan baik Addin yang bernama Fisha menjadikan mereka sebagai contoh untuk menerangkan mengenai Teori Tangan Kiri Fleming. Eh silap, pernah nak baik tapi di'spoil'kan oleh Benz sendiri walaupun tujuan dia sebenarnya baik. Tapi dalam Tunas, mereka dikahwinkan. Benz menurut kata keluarga dan Addin sekadar memenuhi janjinya dengan Kucai. Hanya satu yang Addin tak sedar. Benz itu memang dah lama sukakan dia. Since mereka di Kolej Tunas, walaupun lepas tu Benz macam dah putus asa sebab dia tahu Addin sangat marahkan dia sampailah saatnya bila bumi Leiden itu muncul sebagai pemadam noktah putus asanya. 
Kita belajar daripada ujian, kita belajar daripada pengalaman, kita belajar untuk menerima ketentuan, kita belajar untuk yakin pada janji Tuhan, kita belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang. Kita belajar dari segalanya, yang kembali membawa kita kepada Dia tak kira jika belok ke selatan atau utara sekalipun. [467]
Naskhah ini berkisahkan tentang bagaimana untuk menjadi dewasa. Bagaimana untuk belajar mengenal diri sendiri, mengenal erti tentang apa yang dicari dalam hidup. 
Dari Tunas, hati saya tercuit dek satu baris dialog, say it when only you mean it. Saya pernah katakan itu pada budak kechik tapi dia tak pernah ambil kisah. Dan lepas tu semuanya jadi. Kalaulah dia ambil serius kata-kata saya itu. Ish. 

Thursday, September 8, 2011

E723: Tiada Khatimah Cinta



Photobucket

: 10.26 PM.
: Malam yang biasa sahaja.
: Semoga aku tidak hanyut dalam kesenangan ini. Amin.
: Dinner; Nasi Putih + Telur Goreng Sempoi + Ikan Pekasam Goreng & Air Kosong.
: Tee Shirt Langkawi & Tracksuit.
: Akasia; Kasih Alia Episod 20.
: Andai Kumiliki Semalam by Search.

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menghabiskan sebuah lagi novel keluaran Karangkraf yang berjudul Tiada Khatimah Cinta tulisan Salina Ibrahim. Novel ini sempat dihabiskan sehari sebelum cuti raya berakhir dan saya suka mengakhirinya. Kisah yang sarat dengan kasih sayang seisi keluarga, larat dengan kata pedoman, nasihat dan juga kisah-kisah terdahulu untuk diambil ikhtibar dan pengajaran.

Kisah ini berkisah tentang Anis Hasanah yang lebih mesra dengan panggilan Hana yang hidupnya dihantui dengan momok silam yang sentiasa mengekori. Dek kerana momok silam itu, dia berubah. Bukan dia seorang, tapi seluruh isi keluarganya berubah dan berusaha untuk tetap dalam landasan yang betul. Namun, langkahnya tidak semudah yang disangka. Hatinya kadangkala merusuh, lagi-lagi bila berhadapan dengan Amir Hakim. Dan benar kata orang, cerita kisah silam kadangkala tak tertanggung sakitnya dek kerana kesilapan lama. Hanya sabar yang dia ambil buat perkuatkan isi hati. Dipertemukan dengan Hatim, Hana mula membuka hatinya kembali. Cerita cinta mereka tiada janji manis, tiada sumpah hidup mati bersama malah tak ada kata pun yang mengikat mereka. Mereka menyulam rasa dalam satu suasana yang sangat terjaga. Tapi, sekuat-kuat hati Hatim tapi kuat lagi dugaan yang datang. Dan Hana terus menyulam kekuatan bertongkatkan ibu ayahnya dan juga abang-abangnya. 

Macam biasa, saya suka untuk berkongsi kata-kata yang saya dapat. :)
Semua orang bermula daripada kosong. Semua orang bermula daripada tak tahu apa-apa. Relakan diri untuk belajar dan diajar. [14]
Api menguji mutu emas, kesengsaraan menguji keberanian manusia. Alam terbentang buat pedoman. Setiap isi muka bumi, ada manfaatnya. Lalu dia harus menjadi lebih manusia selepas diri dimanusiakan dengan ujian dan pancaroba. [15]
Yang pahit itu tidak semuanya buruk. [130]
Manusia tetap manusia. Kita selalu anggap kesusahan itu suatu ujian tapi kesenangan juga suatu dugaan untuk manusia. [211]
Cari cinta Allah SWT, barulah kamu akan temui cinta manusia. Dahulukan cinta Allah SWT, dengan izinNya hati kita akan menjadi tenang dan ditunjukkan jalan. []
Kisah ini adalah satu kisah untuk membina hidup baru. Kisah bagaimana seorang anak gadis yang tersalah langkah, kisah sepasang suami isteri yang tersilap mendidik anak-anak berubah untuk mencari khatimah yang lebih baik, akhirat yang hakiki. Perubahan ke arah kebaikan memang memerlukan kekuatan diri, tapi hakikat tentang peranan orang-orang sekeliling juga adalah penting. Dan kisah ini juga merungkai cara bagaimana seseorang itu untuk berhadapan dengan seseorang yang mempunyai momok silam. Mungkin satu yang perlu kita ini, setiap dari kita ada sejarah masing-masing. Buruknya sejarah seseorang tidak bermakna buruk juga kisah sekarang dan masa depannya. 
Lorong dan jalan yang panjang mungkin tidak akan lurus, mungkin tidak akan rata sepanjang masa. barangkali dia akan terserempak simpang-perenangnya, mungkin akan ada lekuk kelok yang menuntut mata lebih berawas dan tentu akan ada lubang-lubang yang harus dielakkan supaya tidak terjerembap jatuh. [27]