Showing posts with label drama review. Show all posts
Showing posts with label drama review. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

E800: Juui Dolittle

Photobucket 

: 28 April 2012.
: Lagi-lagi bola, 2-0 dah woit.
: Bihun Goreng & Spritzer Mineral Water.
: Tee Shirt & Pants.
: Live Streaming; Malaysia VS Sri Lanka.
: Fix You - Coldplay.

Dalam sibuk-sibuk mengejar dateline, saya masih sempat untuk menghabiskan siri ini yang berbaki enam episod pada waktu itu. Tiga episod pertama saya sudah tengok lama dulu, tapi terhenti dek kerja yang menimbun. Yeaa, my bad. Balik kepada siri Juui Dolittle ini, antara sebab saya memilih untuk menonton cerita ia adalah disebabkan oleh ketiga-tiga tunggak utamanya - Oguri Shun (beliau dah kahwin bulan lepas, huhu) Inoue Mou (heroin Hana Yori Dango) dan juga Narimiya Hiroki (salah seorang tunggak dalam cerita Honey and Clover).

Juui Dolittle mengisahkan tentang Tottori, seorang doktor haiwan bermulut puaka yang memiliki klinik sendiri. Beliau yang memegang pada prinsip, pet care means business. Beliau hanya akan merawat haiwan tersebut jika pemiliknya bersetuju untuk membayar kos rawatan yang dikemukakan- selalunya mahal. Tajima Asuka, telah bersetuju untuk bekerja dengan Tottori bagi melangsaikan hutang beliau terhadap Tottori yang telah merawat kuda kesayangannya, Asuka Miraei. Cerita ini turut menfokuskan kepada Hanabishi Masaru, rakan sekuliah Tottori (orang yang selalu mengelarkan Tottori, Dolittle) yang merupakan seorang doktor haiwan terkenal tapi menyimpan rahsia yang beliau tidak mampu untuk melakukan pembedahan dek trauma. 

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Kalau mengikut review yang saya baca, ramai yang kata cerita ini membosankan. Tapi tidak pada saya. Jujurnya, susah untuk mencari sebuah drama yang memberikan fokus kepada dunia veterinar. Tapi tidak pada cerita ini. Ianya superb. Drama ini memberi lebih pengetahuan kepada pencinta-pecinta haiwan dalam memahami sikap haiwan, pet terutamanya. Kalau mengikut prinsip Tottori Sensei, saya akui beliau memang kejam. Tapi selepas menonton beberapa episod, saya sedar kenapa dia ada prinsip begitu. Nak tahu? Tengoklah.

Meeting you was the biggest joy in my life. 

Drama ini juga buat saya rindu pada Chubby, arnab putih yang pernah saya pelihara tiga tahun lepas. Elok tamat sahaja episod berkenaan arnab, saya tersedar sendiri kenapa Chubby begitu baik dengan saya. Perhatian yang saya bagi, buat ia selesa dengan saya lalu dia selalu tahu bagaimana untuk menceriakan hari-hari saya. Drama ini juga buat saya rasa yang one day fine, saya akan kembali membela seekor arnab. Pasti. 

Endingnya buat saya tersenyum seorang. :)

Wednesday, February 1, 2012

E780: Hanazakari no Kimitachi e 2011

Photobucket 

: 1 Februari 2012.
: Kuala Lumpur - Kuala Perlis - Langkawi = Jet Lag. :)
: Air Kosong & Ayam Goreng.
: Baju Tidur.
: Hafalan Solat Delisa (Filem Indonesia).
: Boku Wa Kimi Ni Koi Wo Suru - Ken Hirai.

Assalamualaikum. 

Empat hari di Kuala Lumpur, saya berjaya menghabiskan siri Hanakimi Remake sebanyak 11 episod. Saya mula menonton siri ini sebelum ke Kuala Lumpur lagi sebenarnya, tapi disebabkan ada tetamu di rumah selama tiga hari, jadi saya berhenti menonton sekejap. Rasa macam kurang sopan rasanya kalau saya berkurung dalam bilik. Bukankah tetamu itu membawa rezeki, jadi haruslah dilayan secara elok.

Menonton episod pertama siri ini, saya masih terbayangkan ke'cool'an Oguri Shun, kecomelan Horikita Maki dan ke'happy-go-lucky'an Ikuta Toma. Maka dengan itu wujudlah perbandingan antara siri 2007 dan juga siri 2011. Tapi, selepas selesai menonton kesemuanya terus pandangan saya berubah. Masing-masing ada kelebihannya tersendiri. Tapi masih terlalu sarat dengan nilai persahabatan. Too much. Masih kekal dengan tagline - Ikemen Paradise, jalan ceritanya hampir sama cuma ada banyak perubahan yang berlaku. Sebab kenapa Ashiya Mizuki masuk Ohsaka Gakuen juga berubah, cara Sano Izumi tahu yang Mizuki adalah seorang perempuan juga berlainan. Begitu juga dengan kes terbongkarnya rahsia Mizuki, itu juga lain.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Kalau mengikut perbezaan watak, saya lebih gemarkan yang lama. Sano Izumi lakonan Oguri Shun lebih cool, sesejuk dan sekeras iceberg. Caranya lebih menampakkan 'jurang' yang dia cuba ciptakan. Untuk versi baru ini, Sano Izuminya tidak sesejuk dan sekental itu. Lebih mudah tersenyum, tak adalah suka menyendiri sangat. Macam tu juga dengan watak Ashiya Mizuki yang dilakonkan Horikita Maki nampak lebih brutal berbanding Atsuko Maeda. Nakatsu? Ikuta Toma atau Shohei Miura, kedua-duanya pun nampak ceria dan always happy-go-lucky.

Ada satu benda saya paling suka dengan siri baru ini. Apa?

Penekanan pada hubungan Sano Izumi dengan Ashiya Mizuki. Untuk siri baru ini, kisahlah lebih fokus kepada mereka berdua sampai saya langsung tak rasa yang Nakatsu mampu menjadi orang ketiga di antara mereka berdua. Tak macam siri 2007, saya rasa insecure sikit. Sengih. Lagi satu, ending siri baru ini lebih sweet. Kalau siri lama, kena tunggu episod istimewa baru nampak sweetnya Sano-Mizuki tapi kali ni tak payah tunggu episod istimewa. :D

If you have the time to worry about the future, you might as well enjoy every second, every minute that you are spending with your friends. Don't fear.
Oh ya, sebelum terlupa. Happy birthday, Baddrol Bakhtiar. HAHA. 

Wednesday, November 9, 2011

E748: Myuu Will Give Papa Her Legs

Photobucket 

: 03.48AM.

: Malam, biasa-biasa sahaja.
: Lenguh di sekitar pinggang.
: Dinner; Jus Tembikai & Spaggeti Bolognese.
: Maxi Pyjamas.
: Myuu Will Give Papa Her Legs (JDorama)
: Boku Wa Kimi ni Koi Suru by Ken Hirai.

Japanese Film again. Sigh.

Tiap kali diserang simptom-simptom PMS, penyakit M akan turut sama. Malas nak buat apa-apa pun sebab rasa tak selesa, lenguh pinggang dan sakit sikit di bahagian bawah perut. Rasa nak baring dan bergolek sepanjang hari. Jadi, saya buat keputusan untuk menonton sahaja. Saya masih memilih drama ala-ala melankolik tapi kali ini lebih kepada human drama. Bukan lagi kisah cinta, kali ini kisah kekeluargaan.

Myu no Anyo Papa ni Ageru atau Myuu Will Give Papa Her Legs adalah cerita yang diadaptasikan dari kisah benar berkenaan seorang lelaki yang bernama Yamaguchi Hayato yang berumur 25 tahun telah disahkan menghidap penyakit CIDP. Penyakit ini berkaitan dengan neuron dalam badan yang mengakibatkan Hayato tak dapat untuk mengawal pergerakan tubuh badan yang menyerang pada bahagian pergelangan tangan ke bawah dan dari lutut ke bawah. Yang sedihnya, Hayato ada isteri, Aya dan anaknya, Myuu. Hayato kena tanggung penyakit ni seumur hidup dia. Waktu mula-mula tahu yang penyakit ni tak ada ubat, Hayato dah mula putus asa nak hidup dan pernah cuba untuk bunuh diri, tapi still dia tak mampu nak bunuh diri dia sendiri. Tapi, kata-kata yang ditulis Myu di atas kertas untuk digantung pada pokok masa perayaan Tanabata itu akhirnya buat Hayato percaya, dia kena berusaha untuk terus hidup. Sekurang-kurang untuk keluarga kecilnya.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sifat kekeluarga itu terlalu menonjol dalam filem ini. Babak bila mana Hayato akan memejamkan matanya dan cuba untuk menikmati setiap bunyi yang ada di dalam rumahnya (bunyi pinggan berlaga, mesin basuh, potong sayur, suara isteri dan anak). Pada Hayato, setiap bunyi itulah yang akan buat dia rasa dia tak keseorangan dan bunyi-bunyi itu lambang kegembiraan. 
The sound told me, "You are not alone." - Hayato.
Satu lagi pastilah berkenaan dengan anaknya, Myu. Melalui filem ini buat saya sedar sekali lagi yang kasih sayang kanak-kanak itulah yang terpaling ikhlas pernah wujud dalam hati manusia selain kasih ibu bapa pada anak-anak. Ada satu babak tu, Myuu kata yang dia nak bagi kakinya pada papanya, Hayato. Dia kata lagi, kalau dia bagi dua-dua dia akan susah nak berjalan juga jadi bagi satu pun dah okey supaya papa dia akan sembuh balik. Otherwise, kesetiaan dan kekuatan Aya sebagai seorang isteri. Walaupun dia tahu yang dia akan susah sebab Hayato tak pasti akan sembuh atau tidak, dia tetap berkeras untuk tetap setia di sisi Hayato walau apa pun yang jadi.

Tuesday, November 8, 2011

E747: I Give My First Love To You

Photobucket

: 06.04PM.
: Petang sudah, terik.
: Mood terumbang-ambing, PMS ouccch.
: Air Kosong & Kerepek Ubi.
: Tee Shirt Putih & Pants.
: I Give My First Love To You (J-Film)
: J-Song tapi tak tau tajuk.

Mood menonton kali ini datang secara tiba-tiba. Bermula dengan filem Syurga Cinta yang saya tonton di Astro Prima, entah kenapa saya terasa macam nak terus menonton. Jadi, saya pun mencari-cari filem atau drama best yang ada dalam external hardisk saya. Tak tahu kenapa juga, laju saja tangan saya menekan double click pada tajuk filem jepun ini dan terus saya melekat dengannya sampai ke akhirnya. Mungkin sebab kawan baik nak datang, jadi saya terasa nak menangis dan cerita ini memang buat saya menangis.

I Give My First Love To You atau dalam bahasa Jepunnya bertajuk, Boku no Hatsukoi Wo Kimi Ni Sasagu. Filem ini mengisahkan tentang Takuma, seorang budak berumur lapan tahun yang disahkan menghidap penyakit  jantung dan dijangka oleh doktor tidak akan dapat hidup melebihi 20 tahun. Masa di hospital, Takuma telah mengenali seorang budak bernama Mayu yang juga anak kepada doktor yang merawatnya. Tapi Takuma masih sedar diri. Dia tahu yang dia tak akan dapat hidup lama, jadi dia cuba untuk menjauhi Mayu. Tapi, usahanya gagal. 

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Apa yang saya suka tentang filem ini adalah berkenaan dengan watak heroinnya, Mayu. Mayu ini comel dan nakal. Dek kerana kenakalannya mengenakan staff nurse, dia kenal dengan Takuma dan akhirnya jatuh cinta. Dia sanggup belajar dengan 10 tutor semata-mata mahu lulus entrance exam untuk masuk ke Shido High School (tempat budak-budak pandai) supaya dapat satu sekolah dengan Takuma. Dia sanggup pergi merayu pada keluarga penderma jantung supaya bersetuju untuk mendermakan jantung anak mereka kepada Takuma walaupun itu adalah kawan sekelasnya sendiri. Pendek kata, dia sanggup untuk buat apa sahaja asalkan Takuma hidup. 

Living is just so bad. It’s filled with such heartbreaks like this. But, I don’t regret a thing. That I met you. That I fell in love with you. If I were to meet you again, even knowing such sadness awaits me, I’d definitely, fall in love with you again. - Mayu
Otherwise, lagu soundtrack filem ini juga sangat best. Liriknya sangat-sangat menyentuh hati dan sewaktu saya mendengar lagu ini di penghujung filem, part chorusnya telah berjaya untuk buat airmata saya jatuh teruk. Ya, itu perkataan-perkataan Jepun yang saya sangat familiar dan tahu apa maksudnya. 

Sayonara, arigatou, suki da yo, suki da yo. T____T

Sunday, October 30, 2011

E744: Hanamizuki

Photobucket
Image Source: Google Images
: 02.50AM.
: Malam, biasa-biasa saja.
: Lenguh belakang.
: Dinner; Bihun Sup Mak Endah & Teh O Ais.
: Maxi Pyjamas.
: Movie; The Things.
: Hanamizuki by Yo Hitoto.

Saya tak berniat mahu review filem ini pun sebenarnya, tetapi disebabkan saya suka akan tema yang diangkat oleh filem ini jadi saya pun menulis review ini. May your love bloom for hundred years? Kisah ini berkenaan dengan Sae, si gadis yang menyimpan hasrat mahu belajar di Tokyo dan juga Kohei, si nelayan. Kisah mereka bermula bila mereka bertemu ketika berlakunya satu peristiwa di dalam train ketika masih bersekolah tinggi. Kemudian, Sae meninggalkan Hokkaido untuk melanjutkan pelajaran, dan ketika inilah satu demi satu cabaran menduga. 

We can survive the distance, right? 

Ini kisah long-distance relationship. Dan, dalam banyak-banyak dugaan yang terjadi, saya paling terkesan pada babak di mana Kohei melepaskan Sae kerana sedar perbezaan yang wujud antara mereka. Kohei melepaskan Sae dan membiarkan Sae mengejar cita-cita sementara dia meneruskan survive untuk hidup. Sae, go live your dream. Padahal, jauh dalam hatinya dia masih terlalu sayangkan Sae. 

Photobucket
Photobucket


Photobucket

Photobucket

Jangan risau, endingnya masih lagi mampu untuk memberikan senyuman. Bercinta, broken-up, survive hidup dengan orang lain, dan bertemu kembali. Jujurnya, ending filem ini betul-betul mengganggu fikiran saya, buat saya berfikir dan membayangkan sesuatu yang saya sendiri tak pasti mampu berlaku atau tidak. Kun fayakun, kalau Allah kata jadi maka jadilah. Kan?

Hey peminat Ikuta Toma, Yui Aragaki, Osamu Mukai! Apa lagi, tonton. :)