: 06.04PM.
: Petang sudah, terik.
: Mood terumbang-ambing, PMS ouccch.
: Air Kosong & Kerepek Ubi.
: Tee Shirt Putih & Pants.
: I Give My First Love To You (J-Film)
: J-Song tapi tak tau tajuk.
Mood menonton kali ini datang secara tiba-tiba. Bermula dengan filem Syurga Cinta yang saya tonton di Astro Prima, entah kenapa saya terasa macam nak terus menonton. Jadi, saya pun mencari-cari filem atau drama best yang ada dalam external hardisk saya. Tak tahu kenapa juga, laju saja tangan saya menekan double click pada tajuk filem jepun ini dan terus saya melekat dengannya sampai ke akhirnya. Mungkin sebab kawan baik nak datang, jadi saya terasa nak menangis dan cerita ini memang buat saya menangis.
I Give My First Love To You atau dalam bahasa Jepunnya bertajuk, Boku no Hatsukoi Wo Kimi Ni Sasagu. Filem ini mengisahkan tentang Takuma, seorang budak berumur lapan tahun yang disahkan menghidap penyakit jantung dan dijangka oleh doktor tidak akan dapat hidup melebihi 20 tahun. Masa di hospital, Takuma telah mengenali seorang budak bernama Mayu yang juga anak kepada doktor yang merawatnya. Tapi Takuma masih sedar diri. Dia tahu yang dia tak akan dapat hidup lama, jadi dia cuba untuk menjauhi Mayu. Tapi, usahanya gagal.
Apa yang saya suka tentang filem ini adalah berkenaan dengan watak heroinnya, Mayu. Mayu ini comel dan nakal. Dek kerana kenakalannya mengenakan staff nurse, dia kenal dengan Takuma dan akhirnya jatuh cinta. Dia sanggup belajar dengan 10 tutor semata-mata mahu lulus entrance exam untuk masuk ke Shido High School (tempat budak-budak pandai) supaya dapat satu sekolah dengan Takuma. Dia sanggup pergi merayu pada keluarga penderma jantung supaya bersetuju untuk mendermakan jantung anak mereka kepada Takuma walaupun itu adalah kawan sekelasnya sendiri. Pendek kata, dia sanggup untuk buat apa sahaja asalkan Takuma hidup.
Living is just so bad. It’s filled with such heartbreaks like this. But, I don’t regret a thing. That I met you. That I fell in love with you. If I were to meet you again, even knowing such sadness awaits me, I’d definitely, fall in love with you again. - Mayu
Otherwise, lagu soundtrack filem ini juga sangat best. Liriknya sangat-sangat menyentuh hati dan sewaktu saya mendengar lagu ini di penghujung filem, part chorusnya telah berjaya untuk buat airmata saya jatuh teruk. Ya, itu perkataan-perkataan Jepun yang saya sangat familiar dan tahu apa maksudnya.
Sayonara, arigatou, suki da yo, suki da yo. T____T
owh...seriously..cite ni best...sedih~~ TT__TT
ReplyDeletesama feeling mcm tonton movie Koizora...