Tuesday, September 20, 2011

E727: Langsir Biji Remia

Photobucket

Naskhah sendu yang sarat dengan nilai dan pengajaran. Kisah yang mengumpul seluruh kekuatan seorang gadis bernama Duha Hafa, si pemilik mata sayu persis sang unta di padang pasir. Duha dan Umair merupakan teman bicara melalui jendela yang dihiasi langsir berwarna biji remia. Waktu itu Duha berumur 10 tahun dan Umair tua tiga tahun darinya. Pada detik itulah, Umair mula jatuh cinta pada Duha.
 "Nama awak pelik!" jerit Umair apabila melihatnya muncul di tepi langsir biji remia suatu pagi.
"Apa pula pelik? Saya lahir waktu duha dan ketika itu hujan renyai" "Apa kaitan hujan renyai dengan nama awak?" "Yalah... Hafa tu maknanya hujan renyai!"
10 tahun berlalu, mereka kembali bertemu dan berbicara menerusi tingkap yang sama. Malah, Umair juga masih menyimpan hasrat hati yang sama tanpa tahu bunga yang dia puja sudah berubah 360 darjah. Duha Hafa kini tampil berpurdah, lantas menutup segala kekurangan dirinya dek satu tragedi yang tidak disangka. Umair sangka Duha yang didepan matanya itu adalah Duha yang dia kenal 10 tahun lalu. Yang cantik dek kerana gabungan dua keturunan, Melayu-Gujerat.

Bila kecantikan jadi alasan utama, Umair jadi lelah bila dia memandang Duha tanpa penutup mukanya. Umair mengaku masih sayangkan Duha tapi dia langsung tak boleh memandang Duha seikhlasnya. Lalu, Duha sedar diri. Kebetulan, Duha harus menemani abahnya membuat umrah. Dan umrah itu menjadi titik tolak pada kekuatan Duha untuk muncul tanpa penutup mukanya. Dan di bumi Allah itu juga, dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang jatuh cinta padanya dek kerana sifat dan sikapnya. 
Cinta barangkali, cinta membuatkan kita dapat mendengar dengan baik biarpun sesusah mana pun. [67]
Betullah jodoh itu kerja Tuhan. Kita sendiri tidak dapat berfikir apabila datang bab jodoh ini. Kita hanya tahu kenapa begitu, kenapa begini, sahaja. namun tiada jawapan yang mengiringi pada setiap soalan kita. [158]
Melalui Langsir Biji Remia ini, saya belajar untuk bersyukur dengan nikmat yang Dia berikan. Nikmat yang diberikan Allah kepada kita, bila-bila masa juga Dia boleh tarik balik. Lantas menyedarkan saya apalah sangat yang ada pada cantik di mata kalau tak ada cantik dalam hati. Naskhah ini juga menyedarkan saya bahawa sayang Allah itu tidak terletak pada cantiknya fizikal seseorang. Dan yang penting, jodoh itu kerja Dia. Jadi, mengapa harus mempertikaikan sesuatu yang haknya tiada pada kita, manusia. 

Amar-Zara menjadi penamat indah untuk naskhah ini. Comel. 

No comments:

Post a Comment