Monday, June 27, 2011

E704: Himono


Photobucket

: 11.38pm.
: Panas.
: Esok, lusa dan.... urgghhh!
: Kuaci.
: Tee Hitam & Tracksuit.
: Astro Prima; Bujang Sepah Lalalitamplom.

: Terlanjur Mencintai by Fair.

Ini adalah sambungan drama Hotaru no Hikari yang saya tonton ketika awal cuti semester hari tu. Ia masih lagi cerita tentang Amemiya Hotaru dan juga bochou, Takano Senchi yang tinggal sebumbung tapi kali ini dengan status mereka sebagai kekasih. HAHA. Untuk musim kedua ni, cerita ni dikembangkan kepada kisah mereka berdua menuju gerbang perkahwinan. Amemiya, yang masih lagi seorang himono yang kononnya mahu berubah, kemudian mereka dikaitkan pula dengan watak-watak baru macam Bochou dengan Konatsu dan Chika-chan dan juga Amemiya dengan Seno-san.

Donkyou, donkyou, nyan, nyan.

Perbuatan dalam lif tersebut sangat comel, lagi-lagi dibuat pula oleh Seno-san yang juga comel itu. Dia punya perwatakan yang santai, ramah dan lebih kurang Amemiya, kegemaran pun lebih kurang sama. Cuma dalam ni, kasihan Seno-san sebab dia tersayangkan Amemiya, terjatuh cinta pada Amemiya dan dia gagal untuk tidak sukakan Amemiya. Takpe Seno-san, saya ada. Ngee~!


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Don't go anywhere else anymore.

Dialog itu buat saya termenung sekejap pagi tadi. And I just realized, kalaulah saya minta dia untuk tidak pergi, adakah dia masih ada bersama saya, macam yang kami pernah lalui setahun lalu. Berfikir dan terus tersenyum sendiri. Dan hati bertanyakan ini, kalau dia ada pun... adakah saya akan tetap senyum macam setahun lalu? Pasti tidak kan. Jadi, redhakan sahaja. Moga pemergian dia akan diganti dengan seseorang yang lebih baik. Amin.

Misi cuti semester selesai. :D

Tuesday, June 14, 2011

E699: Keabadian Cinta

Photobucket

: 11.43 pm.
: Malam yang hangat.
: Hari Rehat Sedunia.
: Air kosong & Sate Ayam + Kuah Kacang.
: Baju Tidur Kelawar. :D
: Siaran Langsung; Kelantan (1) VS Perak (0)
: Keabadian Cinta by Anuar Zain.

Ini adalah salah satu hasil tuaian di internet sejak saya pulang ke rumah dan berjumpa dengan streamyx. IDM saya tak pernah berhenti berkhidmat, selagi laptop ini on. Dari japanese drama yang entah berapa siri sudah saya download, bawak ke Maharaja Lawak kemudian diselang-selikan oleh cerita-cerita Melayu. Dan salah satunya adalah telefilem ini; yang dimainkan di Astro Citra.

Kisah cinta tiga dalam satu hasil garapan Kabir Bhatia.

Ini kisah cinta antara si tua dan si muda, si putih dan si sawo matang juga si pekak dan si buta. Kisah mereka dirangkai dalam satu cerita yang santai tapi sarat dengan mesej kasih sayang. Kisah Dina yang jatuh cinta pada kawan baik ayahnya, Rashad. Juga kisah Maya yang ingin mengahwini David, si jejaka mat saleh juga kisah Ehsan yang pekak dan bisu dengan Suri, si buta.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kalau kita cintakan seseorang, semua masalah akan dapat kita atasi.

Bila difikirkan balik kata-kata makcik tua tu, betul juga. Bila kita sayang orang tu, kita cintakan dia, kita akan rasa semua benda akan jadi senang walaupun kenyataannya payah. Mungkin sebab bila ada rasa sayang dan cinta tu, semua perbuatan kita akan jadi ikhlas. Kita buat sebab kita nak buat, bukan sebab kita terpaksa. Contoh senang, macam kita topup hari-hari sebab kita nak kekal berhubung dengan dia. Kita tak akan rasa benda tu membazir sebab kita nak dengar suara dia, kita nak tahu keadaan dia dan kita juga akan usaha cari duit untuk topup walaupun waktu tu tengah sesak, asalkan dapat topup dan dapat berhubung dengan si dia.

Saya paling suka kisah antara Ehsan dan juga Suri. Ehsan, si bisu dan juga pekak manakala Suri adalah buta. Walaupun Suri cuma buta tapi dia masih boleh bercakap dan mendengar tapi tidak pada Ehsan. Jadi, apa yang menghubungkan mereka? Itulah sebab kenapa cerita mereka jadi sweet.

Orang kata cinta itu buta, tapi saya kata cinta membuatkan kita boleh melihat jauh ke dalam hati. Cinta tak perlukan mata, tak perlukan telinga, cinta cuma perlukan hati.
Ehsan

Sunday, June 5, 2011

E696: Quartet


Photobucket

Nope, ini bukan entri tarbiyah. Sekadar satu entri untuk kongsikan sesuatu yang saya dapat dari sesuatu yang baru habis dibaca, yang saya rasa sangat indah dan sweet untuk dikongsi bersama. Untuk diri sendiri khasnya. Sesuatu untuk buat kita rasa kuat, bila mana cabaran hidup sedang menduga kita.

Quartet, Saidatul Saffaa.

Ini novel, semestinya. Salah satu daripada 14 novel yang saya borong ketika PBAKL 2011 pada hujung April yang lalu. Novel yang saya capai sebaik sahaja selesai semua urusan berkaitan pelajaran. Novel pertama sebagai pembukaan untuk cuti semester saya. Mulanya, membaca sekadar untuk isi masa bosan-hadap-internet-sampai-tak-tahu-nak-klik-apa-dah sahaja. Tapi bila dah suku pembacaan, terasa ada sesuatu menarik-narik saya untuk membaca.

...kena ingat, hidup mesti diteruskan. It's not the end of the world if you lost him. Kena ingat, Allah dah jadikan jodoh yang lebih baik untuk Misa. Percaya pada Allah. Setiap benda ada hikmahnya. Jangan lemah semangat. Percayalah, kalau Allah bagi kita hadapi benda ni, Allah juga akan tolong kita untuk keluar daripada benda ni. Mungkin Misa pesimis dengan lelaki. Dan Abang Long pun lelaki. Dan abang Long percaya yang Allah nak bagi Misa lelaki yang lebih baik dari lelaki tu. Perasaan tu Allah yang bagi. Dan hati itu Allah yang pegang. Kalau Misa rasa broken into pieces yang tak boleh dikutip lagi, Allah sendiri yang akan sembuhkan hati tu. Allah knows best. Have faith...
Kita ni cuma pelakon atas pentas dunia ni. Kita sekadar menuruti segala kehendak takdir. Bila kita rasa kita macam berupaya mengawal takdir kita sendiri, ketika itulah takdir menunjukkan pada kita yang Dia lebih berkuasa daripada segala-galanya.
Memang kau akan rasa lemah sebab kita diuji pada titik lemah kita. Sampai kita rasa it's the end of the world. Sampai dah tak boleh bernafas. Tapi, afterwards, we're much stronger to face this life. You can't have happiness without pain, and you can never have beautiful rainbow without rains.

Ini kisah Misa. Kisah cintanya pada empat lelaki; pertamanya, lelaki itu dirampas teman baik sendiri. Keduanya, dia jatuh cinta pada seorang tahfiz al-quran sedangkan dia hanya seorang gadis biasa yang masih tidak menjaga auratnya. Dia meletakkan hatinya di tempat paling tinggi hinggakan bila terjatuh, terus hatinya berderai halus. Ketiganya, dia meletakkan hatinya pada seseorang yang luarannya tampak alim tetapi hakikatnya tidak. Dan berderai lagi hati itu. Dan untuk yang keempat, dia lebih berhati-hati. Dia menjaga hatinya seboleh mungkin. Dan rupanyayang keempat itulah jodohnya, orang yang dia sudah lama kenal. Ini kisah hijrah Misa. Seorang pelajar di Madison, USA dan seorang yang freehair kemudian memakai shawl, diikuti tudung empat segi bidang 60 dan seterusnya tudung labuh.

Semua orang pun special di sisi Allah cuma, mungkin Allah ajar cara lain untuk kau orang.