Monday, June 27, 2011

E704: Himono


Photobucket

: 11.38pm.
: Panas.
: Esok, lusa dan.... urgghhh!
: Kuaci.
: Tee Hitam & Tracksuit.
: Astro Prima; Bujang Sepah Lalalitamplom.

: Terlanjur Mencintai by Fair.

Ini adalah sambungan drama Hotaru no Hikari yang saya tonton ketika awal cuti semester hari tu. Ia masih lagi cerita tentang Amemiya Hotaru dan juga bochou, Takano Senchi yang tinggal sebumbung tapi kali ini dengan status mereka sebagai kekasih. HAHA. Untuk musim kedua ni, cerita ni dikembangkan kepada kisah mereka berdua menuju gerbang perkahwinan. Amemiya, yang masih lagi seorang himono yang kononnya mahu berubah, kemudian mereka dikaitkan pula dengan watak-watak baru macam Bochou dengan Konatsu dan Chika-chan dan juga Amemiya dengan Seno-san.

Donkyou, donkyou, nyan, nyan.

Perbuatan dalam lif tersebut sangat comel, lagi-lagi dibuat pula oleh Seno-san yang juga comel itu. Dia punya perwatakan yang santai, ramah dan lebih kurang Amemiya, kegemaran pun lebih kurang sama. Cuma dalam ni, kasihan Seno-san sebab dia tersayangkan Amemiya, terjatuh cinta pada Amemiya dan dia gagal untuk tidak sukakan Amemiya. Takpe Seno-san, saya ada. Ngee~!


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Don't go anywhere else anymore.

Dialog itu buat saya termenung sekejap pagi tadi. And I just realized, kalaulah saya minta dia untuk tidak pergi, adakah dia masih ada bersama saya, macam yang kami pernah lalui setahun lalu. Berfikir dan terus tersenyum sendiri. Dan hati bertanyakan ini, kalau dia ada pun... adakah saya akan tetap senyum macam setahun lalu? Pasti tidak kan. Jadi, redhakan sahaja. Moga pemergian dia akan diganti dengan seseorang yang lebih baik. Amin.

Misi cuti semester selesai. :D

2 comments: