Sunday, June 19, 2011

E701: Abah


: 01.43 am.
: Malam yang biasa-biasa sahaja.
: Happy Abah Day.
: Pulut Durian.
: Tee Putih dan Seluar Tiga Suku.
: Friendly Match; Malaysia (2) vs Myanmar (0).
: Ayah by Seventeen.

Jujurnya, saya lebih senang dengan mak. Mengikut emak, ke sana dan ke mari. Apa jua hal, mak jugalah yang saya cari. Kalau di Ipoh, selalunya memang akan telefon abah. Tapi, bila abah jawab jer terus tanya mana mak dan terus telefon bertukar tangan. Selalunya begitulah. Kalau mahu apa-apa juga, biasanya cakap dengan mak dulu. Bila mak tak kasi, barulah cari abah.

Tapi, saya anak abah. :D

Fizikal saya, memang ikut emak. Senyum. Tapi, perangai saya macam abah. Abah suka membaca, saya juga. Abah suka menulis, saya pun. Abah suka kumpul benda yang entah apa-apa, saya pun macam tu. Abah jenis simpan marah dia, jarang beliau nak naik suara dengan kami adik beradik, walaupun kadang-kadang buat benda yang entah apa-apa. Selalu, emak yang akan jadi macam tarzan; marahkan kami. Emak, memang selalu macam tu kot. Senyum lagi. Selalunya kalau marah, abah tukar nada suara jer. Bunyi tegas. Terus masing-masing kecut.


engkaulah nafasku
yang menjaga di dalam hidupku
kau ajarkan aku menjadi yang terbaik
kau tak pernah lelah
sebagai penopang dalam hidupku
kau berikan aku semua yang terindah

aku hanya memanggilmu ayah
di saat ku kehilangan arah
aku hanya mengingatmu ayah
jika aku tlah jauh darimu
Abah, akak mungkin nampak lebih sayangkan lelaki-lelaki lain yang rapat dan dekat dalam hati akak. Akak selalu lebih sayangkan lelaki-lelaki lain, padahal abahlah lelaki yang tak pernah sakitkan hati akak, macam yang mereka-mereka buat. Malah, satu hari nanti juga mungkin akak akan lebih menyayangi seorang lelaki lain; yang akan bawa akak jauh dari abah dan yang akan menarik seluruh tanggungjawab yang selama ini terletak di bahu abah. Tapi, akak nak abah tahu yang abah adalah lelaki terbaik yang Allah bagi pada akak. Ya, hidup kita mungkin tak semewah orang lain tapi akak tahu yang abah dah bagi yang terbaik untuk kita satu keluarga. Syukur, cukup dengan apa yang kita ada untuk buat kita sempurna.

Kalaulah abah baca entri ini. Senyum.

No comments:

Post a Comment