Sunday, June 5, 2011

E696: Quartet


Photobucket

Nope, ini bukan entri tarbiyah. Sekadar satu entri untuk kongsikan sesuatu yang saya dapat dari sesuatu yang baru habis dibaca, yang saya rasa sangat indah dan sweet untuk dikongsi bersama. Untuk diri sendiri khasnya. Sesuatu untuk buat kita rasa kuat, bila mana cabaran hidup sedang menduga kita.

Quartet, Saidatul Saffaa.

Ini novel, semestinya. Salah satu daripada 14 novel yang saya borong ketika PBAKL 2011 pada hujung April yang lalu. Novel yang saya capai sebaik sahaja selesai semua urusan berkaitan pelajaran. Novel pertama sebagai pembukaan untuk cuti semester saya. Mulanya, membaca sekadar untuk isi masa bosan-hadap-internet-sampai-tak-tahu-nak-klik-apa-dah sahaja. Tapi bila dah suku pembacaan, terasa ada sesuatu menarik-narik saya untuk membaca.

...kena ingat, hidup mesti diteruskan. It's not the end of the world if you lost him. Kena ingat, Allah dah jadikan jodoh yang lebih baik untuk Misa. Percaya pada Allah. Setiap benda ada hikmahnya. Jangan lemah semangat. Percayalah, kalau Allah bagi kita hadapi benda ni, Allah juga akan tolong kita untuk keluar daripada benda ni. Mungkin Misa pesimis dengan lelaki. Dan Abang Long pun lelaki. Dan abang Long percaya yang Allah nak bagi Misa lelaki yang lebih baik dari lelaki tu. Perasaan tu Allah yang bagi. Dan hati itu Allah yang pegang. Kalau Misa rasa broken into pieces yang tak boleh dikutip lagi, Allah sendiri yang akan sembuhkan hati tu. Allah knows best. Have faith...
Kita ni cuma pelakon atas pentas dunia ni. Kita sekadar menuruti segala kehendak takdir. Bila kita rasa kita macam berupaya mengawal takdir kita sendiri, ketika itulah takdir menunjukkan pada kita yang Dia lebih berkuasa daripada segala-galanya.
Memang kau akan rasa lemah sebab kita diuji pada titik lemah kita. Sampai kita rasa it's the end of the world. Sampai dah tak boleh bernafas. Tapi, afterwards, we're much stronger to face this life. You can't have happiness without pain, and you can never have beautiful rainbow without rains.

Ini kisah Misa. Kisah cintanya pada empat lelaki; pertamanya, lelaki itu dirampas teman baik sendiri. Keduanya, dia jatuh cinta pada seorang tahfiz al-quran sedangkan dia hanya seorang gadis biasa yang masih tidak menjaga auratnya. Dia meletakkan hatinya di tempat paling tinggi hinggakan bila terjatuh, terus hatinya berderai halus. Ketiganya, dia meletakkan hatinya pada seseorang yang luarannya tampak alim tetapi hakikatnya tidak. Dan berderai lagi hati itu. Dan untuk yang keempat, dia lebih berhati-hati. Dia menjaga hatinya seboleh mungkin. Dan rupanyayang keempat itulah jodohnya, orang yang dia sudah lama kenal. Ini kisah hijrah Misa. Seorang pelajar di Madison, USA dan seorang yang freehair kemudian memakai shawl, diikuti tudung empat segi bidang 60 dan seterusnya tudung labuh.

Semua orang pun special di sisi Allah cuma, mungkin Allah ajar cara lain untuk kau orang.

4 comments:

  1. kau buat aku nak baca novel nii. macam mana? =)

    ReplyDelete
  2. haha...novel dah selamat sampai pulau. cmne nak baca. huhu.

    ReplyDelete
  3. Oh, ruginya tak grab bila
    masuk ke kedai buku. =(
    Akan cari nnt.

    ReplyDelete