Showing posts with label novel metropolitan. Show all posts
Showing posts with label novel metropolitan. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

E787: Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati

Photobucket 

: 21 Mac 2012.
: Malam yang nyaman dan sejukkkkkkkkkkkkk.
: Mineral Water & Bihun Goreng.
: Tee Langkawi & Tracksuit.
: TV9 - Saksi Maut.
: Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band.

Siri Diari Mat Despatch kembali lagi, kali ini berkisarkan tentang patah hati. Tapi bukan Idlan Rayyan yang patah hati tapi sepupunya, Aman. Edisi patah hati ini berkisahkan tentang dia yang diminta oleh ibunya untuk memulihkan semangat Aman yang baru putus tunang. Macam biasa, kalau sudah karya Tuan Bahruddin ni pastilah sarat dengan falsafah-falsafah hidup yang tak pernah habis.
Jangan meletakkan keindahan yang berlebihan kepada apa yang tiada, tetapi letakkan risau yang banyak kepada apa yang ada. (m/s 21)
Nasihat itu adalah saudara kepada 'masalah'. Semakin besar 'masalah', semakin besar nasihat. (m/s 35)
Jangan hairan melihat manusia mencuba walaupun mereka tahu tetap akan gagal, kerana mencuba itu juga adalah suatu kebahagian untuk mereka yang tidak pernah berada dalam kebahagian itu sendiri. (m/s 60)
Cinta itu seperti ekor kucing. Kamu tidak daat memiliki hanya ekor kucing itu. Sekiranya kamu cuba menariknya, kamu akan sakit. Jadi, bagi mendapatkan ekor kucing, kamu jangan tarik ekornya, tetapi usap-usaplah kepalanya dan angkat seluruh tubuhnya. Begitulah juga cinta manusia, kamu tidak boleh menarik cintanya sahaja. Kamu perlu mengambil fikiran manusia itu, dan pastikan kamu mampu menanggung dia. barulah cinta akan menurut. (m/s149)

Membaca kisah ini, kamu akan banyak belajar berkenaan perhubungan cinta. Bagaimana untuk menyintai, bagaimana untuk sembuh dari patah hati, persepsi orang tentang cinta. Banyak. Paling penting, novel ini mengajar kamu tentang cinta, tetapi dengan cara yang lebih baik dan lebih sopan. Tak ada kisah pegang tangan, keluar dating tapi kamu tetap akan bertemu dengan cinta. Senyum.

Monday, January 16, 2012

E774: Geng ABCDE Bercuti Ke Arau

Photobucket 

Kononnya, jadi anak remaja belasan tahun. Sengih.

Selepas tiga buah novel yang 'berisi', saya sengaja pilih novel ini sebagai selingan. Pertama, sebab nipis. Kedua, cerita pengembaraan kanak-kanak. Ketiga, cerita di utara tanahair yang dekat di hati saya. Oh ya, novel ini saya beli terus dari Jemari Seni. Perkhidmatannya cepat dan paling penting, saya dapat diskaun 20% dan juga kos penghantaran adalah percuma. Seronok lompat-lompat. 

Geng ABCDE Bercuti Ke Arau ini merupakan karya Hlovate. Ini merupakan karya pertama Hlovate yang ditulis mengunakan Bahasa Melayu yang proper. Seperti biasa, ceritanya masih ada unsur-unsur Islamik yang ditulis indah.

Azrin.
Badrul.
Choon Wai.
Deva.
Ee Lin.

Kisah lima sekawan ini yang menghabiskan cuti persekolahan mereka di kampung Azrin dan Badrul yang terletak di Arau, Perlis. Di situ, mereka berpeluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dilakukan di bandar - mandi sungai, menjala ikan, membuat lastik dan layang-layang, belajar membuat bubu, menjemur koko dan asam keping. Mereka juga berpeluang untuk ke Gua Kelam. Selain itu, mereka juga berjaya dalam misi bidan terjun - membongkar kes penyeludupan dari negara jiran.

Ini kisah biasa untuk kanak-kanak, tapi masih boleh untuk dibuat bacaan santai. Sesekali membaca kisah kanak-kanak, apa salahnya. Boleh ringankan kepala, kurangkan stress, lupakan masalah. Masalah ada di mana-mana, tapi hidup juga masih punya banyak cara untuk dinikmati, kan? Syukuri nikmat pemberianNya.

Saturday, January 14, 2012

E772: Dunia Ini Sederhana Kecil

Photobucket 

: 14 Januari 2012.
: Hari yang cerah.
: Oh pms.
: Kentucky Fried Chicken & Susu Dutch Lady.
: Tee Putih & Pants.
: -
: Tapi Bagaimana - Spider.

Disebabkan saya sudah jatuh cinta pada penulisan Bahruddin Bekri, maka saya telah membeli hampir ke semua novelnya. Selepas Siri Mat Despatch, Hidup Penuh Cinta dan Penulis yang Disayang Tuhan, saya balik kepada karya pertama Tuan Bahruddin iaitu Hidup Ini Sederhana Kecil. Kalau tengok kulit bukunya yang oren ceria itu, saya tak rasa ramai yang tertarik untuk membaca. Pada waktu-waktu macam inilah kita kena percaya pada frasa - don't judge a book by its cover. Bacaan pada awal-awal bab teramatlah perlahan, mungkin sedikit bosan tapi saya sudah mula membaca secara laju di pertengahan novel dan saya habiskan 20 bab terakhir dapat masa beberapa jam sahaja. Jujurnya, saya suka ending begitu. Happy ending tapi bukan 'they live happily ever after' yang dongeng itu.  

Dunia Ini Sederhana Kecil membawakan kisah Syamir, seorang graduan ijazah yang sukar mendapatkan pekerjaan dan dibelenggu dengan masalah sewa rumah, bil-bil dan sebagainya. Kemudian, dia mendapat rakan sebilik yang berjiwa perempuan - seluar kecil berenda, bermekap bagai. Sampaikan Syamir dicop gay! Haha. Ada juga kisah Tasha, Haliza, Rina yang merupakan kawan satu kuliah. Lagi kisah Daniel, Ridzuan, pakcik KJ, lelaki gempal dan gitarnya. Dan kisah pertemuan mereka ini dengan Syamir, semuanya bermula di perhentian bas. Ada lagi satu kisah yang terselit di dalam novel ini adalah berkenaan dengan pencarian Formula D yang telah dicuri yang akhirnya menemukan kembali Syamir dan Sophea yang merupakan supervisornya ketika dia bekerja sebagai penjual kicap. 

Banyak watak, tapi digarap hampir sempurna. :)
Ikhlas? Ikhlas itu bukan untuk saya, tetapi untuk Tuhan. Kita buat sesuatu bukan bagi memberi ikhlas kepada manusia, tetapi memberi ikhlas kepada Tuhan. Jadi, saya tidak perlu tahu, sama ada orang itu ikhlas ataupun tidak. Bukan kerja saya. m/s238
Hidup manusia ini roda. Kadangkala di atas kadangkala di bawah. Tidak penting kamu berada di atas atau di bawah, yang penting kamu sebenarnya bergolek di mana? Sama ada di jalan berlumpur, berduri ataupun kamu bergolek di padang-padang rumput yang indah. m/s339
Hidup di bandar ibarat hidup di hutan. bezanya, di hutan kita sudah tahu binatang apa yang perlu kita hindari. Ular mana yang perlu kita elak. Di bandar pula kita tidak tahu siapa yang kita perlu hindari. Siapa yang perlu kita elak kerana semuanya adalah manusia. Bandar lebih bahaya daripada hutan. m/s343
Jangan sesekali fikir Tuhan sudah melupakan kamu. Tuhan tidak pernah melupakan tetapi kita yang sering lupa. Seperti pelangi yang tidak pernah lupa muncul selepas hujan, tetapi manusia yang lupa menatap indahnya pelangi itu. m/s369
Masalah itu umpama terowong yang gelap, tetapi di hujungnya pasti ada cahaya. Cuma terpulang kepada kita, sama ada bersabar dan terus berjalan atau kalah dan duduk meratapi nasib di dalam terowong. Ingat ya, di hujugn terowong pasti ada cahaya. m/s388
Ini merupakan novel secondhand pertama yang saya beli secara atas talian. Biasanya, saya membeli novel-novel secondhand ini di Novelhut tapi dek kerana susahnya untuk mendapatkan karya-karya awal Tuan Bahruddin ini di rak kedai buku, maka dengan itulah saya menjejaknya di atas talian. Kondisinya masih baik walaupun secondhand. Murah pula tu. :)

Thursday, December 22, 2011

E765: Hidup Penuh Cinta

: Lagi auto-published.

  Photobucket

Buat yang kecewa dengan cinta, buat yang rasa diri sudah tiada makna pada orang sekelilingnya, dan buat yang rasa hidup ini macam celaka, sila rajinkan diri anda untuk membaca buku ini! Saya letakkan tanda seru di hujung ayat yang menandakan bahawa itu adalah ayat perintah. Jadi, sila cari buku ini dan baca! Lagi sekali, ambil perhatian pada tanda seru di hujung ayat. Buat yang sedang bahagia hatinya, saya masih lagi mahu mengalakkan kamu untuk baca buku ini supaya kamu sedar masih banyak lagi cinta lain yang wujud disekeliling kamu. Senyum.

Kulit depan buku ini comel, sangat comel. 

Buku ini menghimpunkan 37 kisah yang menuliskan cinta untuk semua - Doa untuk Aku, Lelaki Tua dan Pagi yang Bingung, Surat untuk Ayah, Karangan untuk Allah, Anak-anak Kecil Bermain Cinta, Cinta Kita Sebagai Anak, Dia Pengarang Kecil, Lelaki Cinta yang Senyum Sekadarnya, Jakarta Tidak Mampu Menanggung Cinta, Cinta Orang Miskin, Menjadi Pengarang yang Disayang, Saat Tuhan Memberi Titik, Untuk Hidup yang Tidak Dimengerti, Hati yang Sulit, Berfikir ke Sana, Jawapan untuk Hati, Menghalusi Pesanan, Soalan untuk Hati, Pada Saat yang Kita Kenang, Berhenti Di Situ, Bahagia Sehujung Kuku, Sebelum Menjadi Rama-Rama, Lelaki dan Kotak Suara, Perempuan-perempuan yang Patah Hati, Memahami Sesuatu dengan Ilmu, Saat Langit Tersenyum, Peluang Kedua untuk Kita, Cerita Berkenaan 20%, Direnung Mata Disangka Hati, Kerana Sayang, Untuk Sebuah Impian yang Cantik, Tidak Disenandung, Dunia Ini Bulat untuk Kita, Dan Malaikat Pun, Tiga Soalan untuk Hati, Kita dan Perjuangan dan Aidilfitri untuk Kita.  

Banyak sangat kisahnya, dan banyak sangat pengajaran yang saya dapat dari buku yang mempunyai 183 halaman ini. Kisah-kisah yang ditulis dari kejadian-kejadian yang biasa berlaku di sekeliling kita, dari  persoalan-persoalan hidup yang selalu menganggu otak fikiran kita dan yang jarang untuk kita ambil kisah sedangkan Allah sebenarnya mahu menunjukkan cinta-Nya pada kita, hamba-Nya dengan cara-Nya yang tersendiri. Cuma kita sahaja yang kadang-kadang lebih memikirkan yang buruk dari yang baik. 
Tuhan tidak mengkhianati hamba-Nya, cuma hambaNya yang sering cuba untuk mengkhianati Tuhan dengan memutuskan harapan. [m/s 118]