Monday, January 16, 2012

E774: Geng ABCDE Bercuti Ke Arau

Photobucket 

Kononnya, jadi anak remaja belasan tahun. Sengih.

Selepas tiga buah novel yang 'berisi', saya sengaja pilih novel ini sebagai selingan. Pertama, sebab nipis. Kedua, cerita pengembaraan kanak-kanak. Ketiga, cerita di utara tanahair yang dekat di hati saya. Oh ya, novel ini saya beli terus dari Jemari Seni. Perkhidmatannya cepat dan paling penting, saya dapat diskaun 20% dan juga kos penghantaran adalah percuma. Seronok lompat-lompat. 

Geng ABCDE Bercuti Ke Arau ini merupakan karya Hlovate. Ini merupakan karya pertama Hlovate yang ditulis mengunakan Bahasa Melayu yang proper. Seperti biasa, ceritanya masih ada unsur-unsur Islamik yang ditulis indah.

Azrin.
Badrul.
Choon Wai.
Deva.
Ee Lin.

Kisah lima sekawan ini yang menghabiskan cuti persekolahan mereka di kampung Azrin dan Badrul yang terletak di Arau, Perlis. Di situ, mereka berpeluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dilakukan di bandar - mandi sungai, menjala ikan, membuat lastik dan layang-layang, belajar membuat bubu, menjemur koko dan asam keping. Mereka juga berpeluang untuk ke Gua Kelam. Selain itu, mereka juga berjaya dalam misi bidan terjun - membongkar kes penyeludupan dari negara jiran.

Ini kisah biasa untuk kanak-kanak, tapi masih boleh untuk dibuat bacaan santai. Sesekali membaca kisah kanak-kanak, apa salahnya. Boleh ringankan kepala, kurangkan stress, lupakan masalah. Masalah ada di mana-mana, tapi hidup juga masih punya banyak cara untuk dinikmati, kan? Syukuri nikmat pemberianNya.

No comments:

Post a Comment