Buat yang kecewa dengan cinta, buat yang rasa diri sudah tiada makna pada orang sekelilingnya, dan buat yang rasa hidup ini macam celaka, sila rajinkan diri anda untuk membaca buku ini! Saya letakkan tanda seru di hujung ayat yang menandakan bahawa itu adalah ayat perintah. Jadi, sila cari buku ini dan baca! Lagi sekali, ambil perhatian pada tanda seru di hujung ayat. Buat yang sedang bahagia hatinya, saya masih lagi mahu mengalakkan kamu untuk baca buku ini supaya kamu sedar masih banyak lagi cinta lain yang wujud disekeliling kamu. Senyum.
Kulit depan buku ini comel, sangat comel.
Kulit depan buku ini comel, sangat comel.
Buku ini menghimpunkan 37 kisah yang menuliskan cinta untuk semua - Doa untuk Aku, Lelaki Tua dan Pagi yang Bingung, Surat untuk Ayah, Karangan untuk Allah, Anak-anak Kecil Bermain Cinta, Cinta Kita Sebagai Anak, Dia Pengarang Kecil, Lelaki Cinta yang Senyum Sekadarnya, Jakarta Tidak Mampu Menanggung Cinta, Cinta Orang Miskin, Menjadi Pengarang yang Disayang, Saat Tuhan Memberi Titik, Untuk Hidup yang Tidak Dimengerti, Hati yang Sulit, Berfikir ke Sana, Jawapan untuk Hati, Menghalusi Pesanan, Soalan untuk Hati, Pada Saat yang Kita Kenang, Berhenti Di Situ, Bahagia Sehujung Kuku, Sebelum Menjadi Rama-Rama, Lelaki dan Kotak Suara, Perempuan-perempuan yang Patah Hati, Memahami Sesuatu dengan Ilmu, Saat Langit Tersenyum, Peluang Kedua untuk Kita, Cerita Berkenaan 20%, Direnung Mata Disangka Hati, Kerana Sayang, Untuk Sebuah Impian yang Cantik, Tidak Disenandung, Dunia Ini Bulat untuk Kita, Dan Malaikat Pun, Tiga Soalan untuk Hati, Kita dan Perjuangan dan Aidilfitri untuk Kita.
Banyak sangat kisahnya, dan banyak sangat pengajaran yang saya dapat dari buku yang mempunyai 183 halaman ini. Kisah-kisah yang ditulis dari kejadian-kejadian yang biasa berlaku di sekeliling kita, dari persoalan-persoalan hidup yang selalu menganggu otak fikiran kita dan yang jarang untuk kita ambil kisah sedangkan Allah sebenarnya mahu menunjukkan cinta-Nya pada kita, hamba-Nya dengan cara-Nya yang tersendiri. Cuma kita sahaja yang kadang-kadang lebih memikirkan yang buruk dari yang baik.
Tuhan tidak mengkhianati hamba-Nya, cuma hambaNya yang sering cuba untuk mengkhianati Tuhan dengan memutuskan harapan. [m/s 118]
No comments:
Post a Comment