Saturday, January 14, 2012

E772: Dunia Ini Sederhana Kecil

Photobucket 

: 14 Januari 2012.
: Hari yang cerah.
: Oh pms.
: Kentucky Fried Chicken & Susu Dutch Lady.
: Tee Putih & Pants.
: -
: Tapi Bagaimana - Spider.

Disebabkan saya sudah jatuh cinta pada penulisan Bahruddin Bekri, maka saya telah membeli hampir ke semua novelnya. Selepas Siri Mat Despatch, Hidup Penuh Cinta dan Penulis yang Disayang Tuhan, saya balik kepada karya pertama Tuan Bahruddin iaitu Hidup Ini Sederhana Kecil. Kalau tengok kulit bukunya yang oren ceria itu, saya tak rasa ramai yang tertarik untuk membaca. Pada waktu-waktu macam inilah kita kena percaya pada frasa - don't judge a book by its cover. Bacaan pada awal-awal bab teramatlah perlahan, mungkin sedikit bosan tapi saya sudah mula membaca secara laju di pertengahan novel dan saya habiskan 20 bab terakhir dapat masa beberapa jam sahaja. Jujurnya, saya suka ending begitu. Happy ending tapi bukan 'they live happily ever after' yang dongeng itu.  

Dunia Ini Sederhana Kecil membawakan kisah Syamir, seorang graduan ijazah yang sukar mendapatkan pekerjaan dan dibelenggu dengan masalah sewa rumah, bil-bil dan sebagainya. Kemudian, dia mendapat rakan sebilik yang berjiwa perempuan - seluar kecil berenda, bermekap bagai. Sampaikan Syamir dicop gay! Haha. Ada juga kisah Tasha, Haliza, Rina yang merupakan kawan satu kuliah. Lagi kisah Daniel, Ridzuan, pakcik KJ, lelaki gempal dan gitarnya. Dan kisah pertemuan mereka ini dengan Syamir, semuanya bermula di perhentian bas. Ada lagi satu kisah yang terselit di dalam novel ini adalah berkenaan dengan pencarian Formula D yang telah dicuri yang akhirnya menemukan kembali Syamir dan Sophea yang merupakan supervisornya ketika dia bekerja sebagai penjual kicap. 

Banyak watak, tapi digarap hampir sempurna. :)
Ikhlas? Ikhlas itu bukan untuk saya, tetapi untuk Tuhan. Kita buat sesuatu bukan bagi memberi ikhlas kepada manusia, tetapi memberi ikhlas kepada Tuhan. Jadi, saya tidak perlu tahu, sama ada orang itu ikhlas ataupun tidak. Bukan kerja saya. m/s238
Hidup manusia ini roda. Kadangkala di atas kadangkala di bawah. Tidak penting kamu berada di atas atau di bawah, yang penting kamu sebenarnya bergolek di mana? Sama ada di jalan berlumpur, berduri ataupun kamu bergolek di padang-padang rumput yang indah. m/s339
Hidup di bandar ibarat hidup di hutan. bezanya, di hutan kita sudah tahu binatang apa yang perlu kita hindari. Ular mana yang perlu kita elak. Di bandar pula kita tidak tahu siapa yang kita perlu hindari. Siapa yang perlu kita elak kerana semuanya adalah manusia. Bandar lebih bahaya daripada hutan. m/s343
Jangan sesekali fikir Tuhan sudah melupakan kamu. Tuhan tidak pernah melupakan tetapi kita yang sering lupa. Seperti pelangi yang tidak pernah lupa muncul selepas hujan, tetapi manusia yang lupa menatap indahnya pelangi itu. m/s369
Masalah itu umpama terowong yang gelap, tetapi di hujungnya pasti ada cahaya. Cuma terpulang kepada kita, sama ada bersabar dan terus berjalan atau kalah dan duduk meratapi nasib di dalam terowong. Ingat ya, di hujugn terowong pasti ada cahaya. m/s388
Ini merupakan novel secondhand pertama yang saya beli secara atas talian. Biasanya, saya membeli novel-novel secondhand ini di Novelhut tapi dek kerana susahnya untuk mendapatkan karya-karya awal Tuan Bahruddin ini di rak kedai buku, maka dengan itulah saya menjejaknya di atas talian. Kondisinya masih baik walaupun secondhand. Murah pula tu. :)

2 comments:

  1. Dah baca doa untuk aku ? Tu novel paling lawak. Lawak gila. Seriously. Try la cari :D

    ReplyDelete
  2. thanks anon. btw, dah beli novel tu tapi belum baca lagi. :D

    ReplyDelete