Tuesday, December 20, 2011

E764: Arjuna Mencari Cinta

: Auto-published. :)

Photobucket
























Memandangkan saya akan hilang sekejap dari dunia maya ni dan tak tahulah bila akan kembali jadi saya sudah siapkan beberapa entri buat penganti diri. Gelak golek-golek. Macamlah ada manusia yang akan jejak kehilangan saya, kan? Perasan disitu. Sengih senget. Okey, berbalik pada novel Arjuna Mencari Cinta ini adalah karya Adlinz Alexandria yang diterbitkan oleh JS Adiwarna. Satu keluaran di bawah Jemari Seni tapi lebih kepada karya untuk remaja dan novel ini berada dalam kategori Si Manis 17. Ya, saya tahu saya bukan lagi 17 tahun tapi saya peduli apa kan? Ia bahan bacaan, dan layak dibaca oleh sesiapa sahaja. 

Jujurnya, novel ini sedikit mengecewakan saya. Kecewa saya bukan dari segi ceritanya tapi dari segi kulit muka depannya. Pertama kali saya tengok kulit buku ini, langsung tak terlintas yang cerita ini akan berkisahkan tentang alam persekolahan menengah atas sepenuhnya sebab kulit depannya kelihatan agak 'matang' di situ. Jadi, tanggapan pertama saya salah sama sekali. Disebabkan wujudnya kata-kata, 'don't judge the book by its cover' jadi saya terus mengabaikan rasa kecewa sendiri dan terus membaca.  

Ini kisah yang ringkas dan mudah sahaja - remaja menuju dewasa.

Kisah sekumpulan pelajar Tingkatan Lima yang sedang sibuk membuat persedian menghadapi SPM. Macam biasalah, kalau kisah anak-anak sekolah ini pastilah tak lari dari kisah adik angkat-abang angkat, kisah 'daya penarik', kisah jual minyak dan juga kisah cinta monyet. Bunyi macam biasa sahaja, kan? Pada awalnya, begitulah. Langkau juga saya dibuatnya tapi cerita ini mula jadi menarik selepas Nejad gagal dalam SPM dek panahan cinta, kemudian munculnya seseorang yang selama ini dianggapkan beku yang cuba menaikkan kembali semangatnya sehingga dia bertekad untuk mengambil SPM sekali lagi. 
Tuhan bukan macam manusia, selalu nak tunaikan apa saja hasrat orang yang disayangi secara membabi buta. Ustazah aku pernah beritahu, kegagalan juga salah satu bentuk kasih sayang Allah pada kita. Orang yang tak pernah gagal tentu tak tahu erti sebenar kejayaan. Bayangkan kalau di dunia ini hanya ada matahari. Tentu kita tak tahu bagaimana rupa bulan. Kalau tidak ada neraka, tentu tidak ada syurga. Tentu ada hikmahnya engkau dapat keputusan yang tidak cemerlang. [m/s235]
Ini kisah seorang remaja yang bangkit dari kegagalan atas kesilapan diri sendiri. Bukan senang untuk bangkit dari kegagalan, bila menyaksikan yang sahabat-sahabat lain sudah pun berada di universiti dan juga tercampak jauh nun di luar negara untuk menimba ilmu. Kisah ini juga menunjukkan pada kita bagaimana cinta pada zaman sekolah itu mampu untuk memberikan kesan pada pelajaran. Ya, ada orang kata bercinta ketika belajar itu tak ada salahnya. Memang tak ada salahnya, kalau seseorang itu pandai untuk bahagikan masa, tahu mana yang perlu diutamakan dan masih sedar akan matlamat sepatutnya yang patut dicapai. Tapi kalau rasa dengan cinta itu boleh bawa manusia berjaya, hentikan sahaja sebelum lewat. Memang SPM itu bukan penentu masa depan seseorang, tapi SPM itulah yang akan membuka jalan untuk masa depan seseorang. Paling penting, slip keputusan SPM itulah yang akan dipandang sampai bila-bila walaupun waktu itu kau sudah ada diploma atau ijazah. Orang tetap akan tanya apa keputusan Bahasa Melayu kau, tetap akan tanya Matematik kau dapat berapa waktu SPM dulu. Sigh.

No comments:

Post a Comment