Friday, July 22, 2011

E713: Juvana


Photobucket

: 01.15 am.
: Biasa-biasa sahaja.
: Konon nak karang essay 5000 words tapi...
: Bihun Sup Daging Mak Endah.
: Baju Tidur Hijau Bunga-bunga.
: Movie; Kuch Kuch Hota Hai.
: Cinta Teragung by Hazama AF9.


Juvana, drama yang main di TV3 untuk slot drama aksi kalau tak silap saya. Kalau nak ikutkan saya bukanlah pengikut setia drama ni sebab sem lepas saya agak sibuk dengan tugasan kolej dan juga urusan perniagaan. Tapi, boleh sangkut tengok bila Kedah masuk dalam episod ke-7. Itu pun sebab kena hasut dengan adik-adik yang beria-ia dok bercerita pasal si budak Kedah yang langsi dan suka cabar si botak. Terus saya start download sebab saya bukan orang yang sabar nak menonton online streaming selagi belum terdesak macam kes layan bola. Saya rela menunggu asalkan lepas tu boleh menonton tanpa tersekat-sekat. Dan sejak tu, terus saya download dari episod satu sampailah yang latest.

Mula dengan episod 1 balik, lepas tu terus tak boleh nak stop. Kira habis satu episod terus ke episod seterusnya. Dua malam jugalah saya ambik masa nak menonton sampai episod 12 sebelum tengok episod akhir di TV3 pada keesokan harinya. Sanggup tidur jam 4, 5 pagi dan ini drama ke-dua yang boleh buat saya sangkut depan laptop tanpa skip satu episod pun. Sebab cerita ni lain dari yang lain.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Banyak benda yang buat saya suka sangat drama ni.

Tak semua orang jahat tu betul jahatnya dan tak semua orang yang baik itu betul baiknya. Ada sebab kenapa Botak suka pukul orang. Dia pukul sebab pada dia setiap kesalahan tu harus dihukum, macam yang ayah dia buat pada dia. Tapi ganas-ganas dia pun tetap juga sayangkan kucing, tetap juga kuburkan Comel siap letak nisan lagi. Tak semua orang layan binatang macam tu. Dan dalam banyak-banyak watak saya paling suka kisah si Apek. Kadang-kadang, hidup yang mendesak kita untuk buat perkara yang bukan-bukan. Macam Apek, dia menipu sebab dia nak tolong mak dan adik-adik dia. Sekurang-kurangnya, dia masih punya niat untuk tolong keluarga dia walaupun jelas cara dia tu salah.

Dan mana nak cari kawan macam Apek!
Macam Panjang!

Essay 5000 words tak karang-karang lagi, sibuk dok mengarang cerita pasal Juvana. HAHA, damn!

No comments:

Post a Comment