: 02.44am.
: Panas terik, di luar.
: Alahai, sticky notes makin banyak bertampal di dinding.
: Lunch; Sirap & Nasi Putih + Keli Masak Sambal + Acar Timun.
: Tee Shirt Pinky & Seluar Track Kelabu.
: JDorama;100 Scene no Koi, Story 1.
: Sound from IM Facebook.
You call it boring.
You call it drama.
You call it cliche.
You call it too much spice.
As for me, I call it life.
Welcome aboard.
Hikayat bicara bumbung ini selamat saya habiskan awal pagi tadi, tatkala jam menginjak ke pukul 5 setengah pagi. Kalau nak diikutkan, saya sebenarnya mampu sahaja habiskan novel ni lebih awal tapi entahlah, terasa macam rugi pula kalau sekadar baca tapi tidak difahamkan maksud ayatnya. Jujurnya, ini bukan kisah cinta. Tapi naskhah ini membaca cerita tentang hidup, cerita tentang dua manusia berbeza yang bertemu dan saling berkongsi kisah masing-masing.
The Unwanted Trisy.
Jaded Jade in the Middle.
Kedua-duanya mahu lari dari masalah lalu masing-masing memilih puncak Wisma Topaz sebagai tempat untuk mencari ketenangan. Bermula dengan satu peristiwa, lalu mereka saling bercerita. Trisy, manusia yang tidak diambil kisah oleh keluarga sendiri dan Jade pula adalah anak tengah yang hidup dalam perbandingan antara dia, abang dan juga adiknya.
You live to find your dreams, dan jangan kau buat kerja bodoh nak end journey kau macam tu aje. Calamity dan ujian hidup kadang-kadang menduga hingga habis takat dan skala, dia tahu itu. Tapi calamity sebegitu bukan alasan untuk lari dari alam hidup ke alam lain.
Banyak yang dia belajar dari seorang Tisy. Belajar menghargai hidup, belajar menghargai orang keliling, belajar menghargai diri sendiri, belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada, belajar untuk melihat alam keliling dengan pandangan baru. Dan semua tu berlaku di bawah sedar. Sebab kadangkala kita buta dengan keadaan sekeliling. Mata hanya tertumpu pada diri sendiri dan permasalahan yang terasa mengikat. Memang tak ada manusia yang hidupnya sempurna. Hanya cara menilai dan menerima apa yang berlaku dalam hidup itu yang akan menentukan kita nak merasa derita atau bahagia. Live well or live hell? You choose. Your Choise.
Kadang-kadaang aku terfikir. Why did all the bad things happen to me. Yang sampai buat aku fed-up nak go through the day hari-hari. Tapi bila fikir balik, kadang-kadang aku rasa aku selfish sebenarnya bila fikir macam tu. Ungrateful. Overreacting.
Kita belajar dengan ujian dan dugaan, kita membesar dengan ujian dan dugaan, kita dewasa dengan ujian dan dugaan, kita matang dengan ujian dan dugaan, kita kenal erti hidup dengan ujian dan dugaan, kita belajar untuk terus hidup pun dengan ujian dan dugaan. Dan kadang-kadang ujian dan dugaan itu bukan hanya kepayahan. Kesenangan pun satu ujian.
Wak, kalau ditakdirkan aku tak jumpa Trisy, sampai sekarang aku kerja terbalikkan burger. Dan kalau Allah takdirkan aku tak jumpa kau, memang takkan aku jejak la masjid nak join solat jemaah macam ni. Kalau tak kerana rahmat Tuhan, kita pun boleh jadi budak-budak bersepah macam tu, Wak. Ada jer antara dia orang tu yang tak nak jadi macam tu. Tapi tu la, mangsa keadaan. Nak salahkan siapa kalau tak ada tangan yang menghulur nak menolong?
Melalui bicara bumbung ini, saya macam tersedar sesuatu. Untuk menilai sesuatu, ia bergantung tentang dari cara bagaimana kita melihat sesuatu, cara bagaimana kita menelaah sesuatu dan semua itu akan terangkum dalam penilaian kita. Macam saya baca novel la. Pada saya, novel ni tak adalah membazir masa dan waktu sangat sebab untuk orang yang gila bahasa macam saya, novel adalah satu medium untuk saya belajar tentang bahasa, belajar untuk menulis dan melalui novel juga kadang-kadang mampu untuk ubah fikiran pembaca. Tapi pada orang yang tak sukakan novel, dia akan cakap novel ni membazir, sekadar mencoret kisah dongeng hikayat yang semuanya indah-indah belaka. It really depends on how you take it, bak kata Jade.
Manusia itu boleh berubah kalau dia mahu. Ini bukan soal boleh atau tidak, tapi ini soal kemahuan. Apa sahaja, kalau kita nak ia jadi nyata dan usaha untuk jadikan ianya nyata, insya-Allah, it will. Tapi apa sahaja kalau asyik fikir itu, fikir ini tapi tak buat, it's will be nothing. Cuma itulah, kita manusia. Mana mungkin kita boleh ubah sesuatu sekelip mata, macam petik jari. Tapi at least dengan usaha kita yang nak maju setapak itu bertemankan orang-orang yang sudi membantu, bukan benda mustahil untuk ia jadi kenyataan. Kan? Selangkah kita ke depan, boleh merubah seluruh masa depan kita. Insya-Allah.
There're times when strangers are like family, and family are like strangers.
'There're times when strangers are like family, and family are like strangers.'
ReplyDeletesangat ingat quote ni dalam filem Kabhi Kushie Kabhi Gham. (betul ke ejaannya ekh?)
sedih jer.