Tuesday, July 12, 2011

E710: Tokyo DOGS


Photobucket

: 02.16 am.
: Kembali panas dan berbahang.
: Dah lepas garis mengantuk.
: Mee Sedap Perisa Asli & Ais Kosong.
: Baju Tidur.
: TV3; Juvana Episod 12.
: Tak Kusangka Tak Kuduga by Apit.


17 years ago, you snatched something precious from me...

Sudah masuk minggu ke-dua di Ipoh, masih lagi dalam mood cuti gara-gara kelas yang belum start. Jadi, saya menghabiskan masa dengan menonton, menonton dan menonton sahaja. Sambil-sambil tu, cari juga drama yang best-best untuk didownload. Maklum sajalah, dah guna Streamyx kembali. Apa lagi, ligatlah saya. Kalau semalam filem Melayu, hari ni kita ke Jepun pula untuk berjumpa dengan kawan-kawan saya ini.

Tokyo DOGS dengan tagline The Worst and The best Partner membawakan kisah dalam dunia kepolisan. Senang kata, genre aksi. Tapi macam biasa, payah nak cari drama Jepun yang serius 27/7 walaupun cerita tu cerita sedih atau apa sahaja. Tokyo DOGS ni mengisahkan tentang Takakura Sou yang melihat ayahnya dibunuh di hadapan matanya sendiri. Jadi, Sou berusaha untuk mencari pembunuh ayahnya yang bernama Jinno dengan menjadi seorang polis bertaraf elit di New York. Tapi sebab Sou gagal dalam tugas, dia terpaksa bertugas sebagai seorang anggota polis di Jepun dan digandingkan dengan seorang lagi polis iaitu Kudo Maruo. Dalam masa yang sama juga, Sou dan Maruo terpaksa melindungi seorang saksi dan petunjuk terakhir iaitu Matsunaga Yuki yang juga kekasih kepada Jinno.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sou dan Marou ni memang totally different; Sou agak serius tapi kadang-kadang lawak jugak tapi Maruo pula jenis kepala gila-gila 24/7. So, mereka memang selalu bertekak perkara yang remeh temeh; makanan tak sedap, Maruo pertikaikan Sou yang asyik pakai baju sama sampai suspek Sou tak basuh baju tu dan kadang-kadang diganggu dengan mak Sou yang agak annoying, yang call Sou tiap kali Sou dalam operasi secara kebetulan. Kadang-kadang time dok pegang pistol hala ke penjenayah pun, Sou dan Maruo boleh bertekak. Sebab tu cerita ni jadi kelakar walaupun ianya bergenre aksi.

I promise I'll protect you.

Dalam cerita ni, saya boleh lihat bagaimana Sou membina kepercayaannya pada Maruo. Walaupun dia tak suka Maruo waktu first time jumpa, tapi ada ketikanya dia biarkan Maruo dengan fikiran dan tanggapan walaupun dia tahu itu sebenarnya salah. Dan dia selalu ada ketika kesalahan itu hampir memakan diri Maruo. Sou juga walaupun kadang-kadang nampak macam jenis keras kepala dan jenis cakap terus-terang tapi sebenarnya dia sangat caring. Cuma, Sou bukan jenis orang yang tunjuk perasaan caring dia kat orang lain. Maruo pula, walaupun dia cakap dia tak suka Sou tapi dia tetap ada di waktu-waktu penting bersama Sou, dia tetap bersama-sama Sou buru Jinno sebab dia tahu impian Sou cuma satu, berkas Jinno. Dan Maruo juga sanggup ketepikan rasa sukanya pada Yuki bila dia sedar yang Sou dan Yuki suka sama suka. Pity Maruo.

Now, I won't let you snatch my dearest thing from me again!

2 comments:

  1. Bak sini file drama/filem Jepun yang dah di download...
    CI tak ada drama untuk ditonton since pemain dvd lappy ni cam bengong! Nak download on9, macam siputlah streamyx skang! Grr...

    ReplyDelete
  2. CI: nak? boleh jer tapi cemana nak kasi? hehe.

    ReplyDelete