Sunday, July 10, 2011

E709: Nur Kasih The Movie


Photobucket

: 11.50 pm.
: Biasa-biasa sahaja.
: Esok hari pertama ke kelas.
: Roti Gardenia Sambal Bilis & Air Kosong.
: Baju Tidur Gambar Teddy Bear.
: Movie; Nur Kasih The Movie.
: Tanpamu by Helena & Sabhi Saddi.


Ya Allah, tidak ada yang memberi kebahagiaan selain Engkau, tidak ada yang mengambil kesedihan selain Engkau...

Rasa sabar menunggu akhirnya berbaloi-baloi. Bukan sekejap saya tunggu filem ini, hampir sebulan lebih juga gara-gara kekangan waktu untuk ke panggung sewaktu filem ini ditayangkan dulu. Waktu itu masih sibuk dengan final exam dan project serta report bagai, kemudian bila balik bercuti pula terus rasa malas nak ke panggung sebab tak sure still available or tak. So, pendamkan hasrat dan sabar.

Penantian membuahkan hasil. :D


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Masih macam dulu, Nur Kasih adalah drama yang memang melekat kuat di ingatan saya. Banyak yang istimewanya tentang Nur Kasih; sinematografinya yang sangat cantik, dialog-dialog yang meresap jauh ke dalam hati dan saya rasa Nur Kasih The Movie memang penamat terbaik untuk siri drama ini. Kalau nak bandingkan cerita ni dengan apa yang saya fikir lepas tengok trailer, sumpah memang semua tekaan saya meleset. Dan seperti dulu, Adam masih menjadi lelaki idaman saya, dan kekuatan Nur Amina tetap jadi aspirasi saya.

Sakitnya menjadi seorang Aidil Hassan, yang kehilangan isteri tercinta, Aliya tetapi tetap tegar menyembunyikan kesedihannya disebalik kekuatan. Cuma kadang-kadang, berlagak kuat itu akan buat orang sekeliling kita jadi lebih risau akan diri kita lebih dari biasa sebab mereka cuba untuk tahu apa yang kita sembunyikan. Ilyas dan Mariam, tetapi Ilyas lebih menyentuh hati saya. Seorang anak lelaki yang cuba memahami keadaan dan saya rasa Ilyas cuba untuk faham keadaan ayahnya. Dan saya juga suka akan Mamat. :D

Ambillah apa sahaja kecuali dia, Ya Allah.

No comments:

Post a Comment