Sunday, February 5, 2012

E782: Hafalan Shalat Delisa

Photobucket 

: 5 Februari 2012.
: Harimau Muda VS Bahrain... aummmmmm.
: Nasi Putih + Ayam Sambal & Air Kosong.
: Tee Shirt Biru Tua & Pants.
: Anak - Astro Prima.
: Penerang Hati - 6ixth Sense feat Saujana.

Assalamualaikum. 

Ini merupakan sebuah filem Indonesia yang saya tunggu-tunggu tayangannya. Di Indonesia, filem ini ditayangkan pada bulan Disember lepas, bagi memperingati tragedi tsunami dua ribu empat dulu. Sewaktu terpandang iklan yang filem ini ditayangkan di Astro First, saya hampir-hampir nak melanggan. Tapi, saya lenggahkan dulu. Dan beberapa hari lepas, filem ini telah sedia untuk didownload. Apa lagi, laju saja saya menyedut dan malamnya, beranak sungai mata saya dibuatnya.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Buat yang tak tahu, filem ini merupakan filem berdurasi 1 jam 40 minit yang diadaptasi dari sebuah novel bestseller tulisan Tere Liye. Mengangkat tajuk yang sama seperti novelnya, filem ini boleh dikatakan mengikut hampir 90% dari novelnya. Dan disebabkan saya sudah bercerita hampir detail berkenaan novel Hafalan Shalat Delisa, jadi saya tak bercadang untuk bercerita berkenaan sinopsis filem ini lagi. Jadi, kalau kamu bukan antara manusia yang mengemari buku, saya akan mencadangkan supaya kamu menonton filem ini. Sungguh tak rugi. Saya menangis seawal minit ke-14 lagi. Menangis bukan kerana sedih, tapi kerana dialog-dialognya yang sangat meresap ke dalam hati. 
"Delisa tidak suka pantai." Terus abi bertanya, "Kenapa?" Jawab Delisa, "Karena pantai sudah membawa ummi pergi!" Abi pandang Delisa dan berkata, "Yang membawa ummi pergi itu bukan pantai, itu cubaan."
Nah, itu baru satu dialognya. Banyak lagi yang boleh meruntun airmata. Mengangkat tema cinta apapun biarlah kerana Allah, saya kira airmata itu berbaloi. Ini cerita yang penuh dengan taulan dan pengajaran. Cerita tentang bagaimana seorang anak kecil yang kehilangan ummi dan ketiga-tiga kakaknya bangkit dan meneruskan hidup seperti biasa, malah lebih kuat dari abinya sendiri. Cerita yang mengajar kita bagaimana untuk memudahkan penghafalan ayat al-Quran iaitu dengan cara mengetahui maksudnya. Cerita ini juga mengajar kita sebab kenapa kita tidak harus untuk mencemburui saudara kita sendiri. Cerita yang memberitahu kita, apabila melakukan sesuatu maka lakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan hadiah. Ahhh, banyak lagi sebenarnya.

Lembut kukenang kasihmu ibu,
Di dalam hati kini ku menanggung rindu,
Kau tabur kasih seumur masa,
Bergetar syahdu oh di dalam nadiku.

Lagu temanya juga syahdu saja. Kalau dengar, sure akan teringat emak. Apapun, jauh di sudut hati saya berharap one day, produksi filem Malaysia mampu untuk terbitkan filem-filem begini. Biar CGInya tidak secantik mana, asalkan baik penyampaikan dan elok teladannya. Biar yang menarik airmata itu kerana sampai mesejnya bukan yang menarik airmata itu kerana tangisan pelakon perempuannya.

Malas mendownload? Tak punya Astro? Tengok di sini saja. :)

No comments:

Post a Comment