: 16 Januari 2012.
: Lapar tapi bila tengok jam, err serba-salah nak makan.
: 2 keping Chipsmore + Plain Water.
: Baju Kelawar. :)
: Boboiboy - TV3.
: Ombak Rindu - Hafiz dan Adira (OST Ombak Rindu)
Another secondhand novel yang saya beli dari blog, Cuci Gerobok. Kondisinya masih baik, cuma ada sedikit contengan nama pemilik asalnya di mukasurat pertama. Nama pun secondhand novel, kan? Okey, Hafalan Solat Delisa karya Tere-Liye ini adalah karya dari seberang, Indonesia tapi telah diterjemahkan. Saya sendiri angkat tangan, tak mampu nak membaca versi Indonesia yang saya jumpa dalam bentuk e-book. Mujurlah ada publisher yang mahu menerbitkan karya terjemahan sebagus ini. :)
Ingat lagi tragedi tsunami 26 Disember 2004?
Kisahnya mudah sahaja. Kisah seorang kanak-kanak ceria dan nakal bernama Delisa yang sedang dalam proses menghafal bacaan-bacaan solat dan bakal dihadiahkan dengan kalung berhuruf D, D untuk Delisa. Delisa dibesarkan oleh uminya (abinya bekerja di atas kapal dan hanya pulang setiap tiga bulan) bersama dengan tiga orang kakaknya, Fatimah yang baik hati dan si kembar Zahra, si pendiam dan Aisyah, paling nakal. Mereka hidup sederhana tetapi bahagia. Cukup harinya, Delisa dan uminya ke sekolah untuk ujian praktik solat Delisa. Dan ketika Delisa sedang melakukan praktik solatnya, ketika itulah bumi Lhok Nga bergegar dan kemudiannya hadir tsunami mengulung kampung mereka. Delisa hilang semuanya, termasuk sebelah kaki kecilnya. Dari sinilah bermulanya kisah kebangkitan seorang anak kecil yang berusaha untuk memahami dan mengerti tentang hidup.
Delisa sedar yang dia sudah kehilangan sebelah kakinya. Kemudian, Delisa dipertemukan dengan abinya. Saat itu, banyak sekali soalan yang dia tanyakan kepada abinya. Soalan tentang umi, tentang kak Fatimah, kak Zahra dan kak Aisyahnya. Dan akhirnya, Delisa sendiri tutup mulut kerana sedar yang soalan-soalan itu membuatkan abinya sedih. Usai sembuh, mereka balik ke Lhok Nga. Delisa ditunjukkan 'kubur' besar kakak-kakaknya. Namun, Delisa tak pernah menunjukkan sedihnya. Dia senyum, ketawa, tetapi bermain bola seperti biasa walaupun terpaksa menjadi goalkeeper. Dia tak pernah sedih. Sambil itu, Delisa masih meneruskan hafalan solatnya walaupun susah. Susah kerana Delisa 'berhutang' sesuatu dari uminya.
Saya menangis membaca novel ini.
Bermula dari saat Delisa bertemu abinya hinggalah ke akhir cerita. Ceritanya meruntun hati saya. Cerita ini menyedarkan saya tentang banyak perkara. Tentang sejauh mana keihklasan kita dalam melaksanakan sesuatu perkara. Cerita ini juga membawa saya untuk mengerti tentang kekuatan diri untuk memahami segala apa yang terjadi dalam hidup kita. Musibah dan ujian itu sentiasa ada, tapi bagaimana cara kita untuk menanganinya? Macam Delisa, dia memilih untuk tersenyum dan ketawa kerana dia tak mahu abinya bertambah sedih. Delisa tetap Delisa selepas bencana itu, tapi abinya harus menjadi abi, umi, dan kakak-kakak kepada Delisa. Besar dugaan. Sebenarnya, kita boleh belajar macam-macam dari seorang kanak-kanak! Di hujung cerita, Delisa akhirnya bertemu umi tapi... Saya tersentak. Kasihan Delisa.
Delisa menyintai uminya kerana Allah.
Delisa juga menyintai abinya kerana Allah.
Kita?
Banyak lagi yang ada dalam novel ini - tentang khusyuknya solat, tentang cara didikan anak-anak, tentang amarah manusia, keagungan kisah seorang ibu. Banyak sangat.
Saya juga ada baca Semoga Bunda Disayang Allah, versi Indonesia. Faham sikit-sikit sahaja, jadi malas nak buat review. Nak kena cari juga versi terjemahan! Apa lagi, book hunting la. :)
Ini ada versi ebook tapi dalam bahasa Indonesia - Hafalan Solat Delisa. Terima kasih untuk tuan punya. :)
No comments:
Post a Comment