Sunday, October 16, 2011

E740: Diari Mat Despatch

Photobucket
Image Source: Google Images
: 06.54 PM.
: Kejap-kejap hujan.
: Rasa macam tak ada mood, tak tahu kenapa.
: Air Kosong & Bubur Nasi Ikan Bilis.
: Tee Shirt Langkawi & Tracksuit.
: TV3; Maria Mariana.
: The Day You Went Away by M2M.

Kali ini giliran Siri Diari Mat Despatch karya Bahruddin Bekri.

Siri ini mula mendapat tempat dalam senarai buku-wajib-beli saya sebaik sahaja saya selesai membaca review tentangnya di Goodreads. Ya, Goodreads memang pengoda yang baik sampaikan saya mampu untuk menambah panjangkan lagi senarai saya. Makin saya potong, makin panjang senarainya. Macam mana tu? Ok, jom balik kepada Siri Diari Mat Despatch ini. Ini merupakan novel PELIT atau dalam nama penuhnya dikenali sebagai Personal Literature yang diperkenalkan oleh PTS One. Genre ini lebih mirip kepada gaya penulisan diari atau blog.

Buku pertama; Diari Mat Despatch.

Ia mengisahkan tentang Idlan Rayyan (bukan nama sebenar, macam yang dinyatakan dalam novel jadi saya pun tak tahu siapa nama betul dia) yang mempunyai ijazah tetapi hanya berkerja sebagai mat despatch. Diari pertama yang ditulis ini bertujuan untuk memantapkan lagi Bahasa Melayu Tinggi sebab dia berniat untuk menjadi seorang editor sambilan. Dia menulis diari hariannya ini menggunakan BMT, jadi memang banyaklah tips-tips menulis mengunakan BMT dalam ini.

Hidup ini umpama jalan. Bukan cepat atau lambat yang menjadi penentunya, tetapi jalan yang bagaimana kita lalui. Walaupun kita pantas tetapi melalui jalan yang salah, kita pasti tetap akan binasa. [91]
Apabila tidak mampu meninggalkan sesuatu kejahatan, janganlah seluruh hidup didedikasikan untuk membuat kejahatan. Dan sekiranya tidak mampu membuat sesuatu kebaikan pula, janganlah pula langsung tidak membuat sebarang kebaikan. [114]
Photobucket

Buku kedua; Diari Mat Despatch - Lelaki Baik.

Buku kedua ini masih lagi bercerita tentang Idlan Rayyan yang masih lagi tak mahu menggunakan nama sebenarnya. Tambahan pula, diari pertama sudah hilang katanya. Dek hilangnya diari itulah, hidupnya diganggu oleh Tuan Pangkah yang hadir dengan surat-suratnya yang ditulis berkenaan Bahasa Melayu Tinggi. Ya, dia masih lagi menaruh harapan untuk menjadi editor sambilan walaupun gagal dalam ujian pertamanya dulu. Dalam diari kedua ini, ianya lebih berkisarkan dengan Idlan yang mencari makna 'lelaki baik'. 

Hidup kita ini memang betul adalah sebuah ujian. Namun walaupun hidup kita ini adalah sebuah ujian, jangan sesekali mencuba kuatnya diri kita dan kukuhnya iman kita dengan mengharapkan ujian yang datang. Sedangkan ujian yang sedia ada pun kita tidak tertanggung, apatah lagi kita sengaja mahu mencabar ujian yang lebih besar. Kuat manakah kita? Ujian ALLAH jangan dibuat main. Nanti terduduk kita. [72]
Lelaki baik itu tidak ada batasnya. Orang Inggeris kata, 'good guy has no limit'. Jadi tidak ada perkara khusus bagi menjadi lelaki baik. Apa sahaja perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain, itu adalah perkara baik. [128]
Teruslah berbuat baik, dan teruslah mencuba ikhlas kerana Allah, dan insyaAllah kamu akan menjadi lelaki baik. [128]
Ibu merestui kamu sepanjang masa. Kamu anak ibu dan satu harapan ibu, Allah itu ada dan jangan sesekali lupakan dia. Saat kamu susah, senang dan sebagainya. Itu sudah cukup untuk ibu, kerana apabila ibu sudah tiada nanti, ingatan kamu kepada Allah yang menentukan sama ada ibu merasa nikmatnya syurga atau panasnya neraka. [131]

Dan buku ketiga; Diari Mat Despatch - Hati Emak, masih elok terletak bersama buku-buku lain yang baru dibeli. Saya tak tahu bila kesempatan yang saya ada untuk menyudahkan buku ketiga itu kerana to-do-list saya untuk minggu ini sangat pack. Malah, saya juga tak tahu sama ada saya akan ada kesempatan untuk tidur malam atau tidur saya untuk minggu ini sekadar tidur-tidur ayam. Bunyi macam tragik sangat perjalanan hidup saya untuk minggu yang bakal bermula esok. Maka disebabkan itulah, saya menulis review untuk dua buku ini dahulu. InsyaAllah, ada kesempatan nanti saya tulis review untuk yang ketiga ya. :D

No comments:

Post a Comment