Sunday, October 16, 2011

E741: Jom Conteng.

Photobucket

: 10.23PM.
: Malam yang lembap, tidur pun sedap ni.
: Memaksa diri untuk mengerjakan assignments.
: Air Sejuk Kosong & Mee Goreng Mamak.
: Baju Tidur & Pants Kelabu.
: TV3; Vokal Bukan Sekadar Rupa.
: Party Rock Anthem by LMFAO.

Bungkusan Pos Ekspress? Kalau bungkusan ni sampai rumah, pasti mak atau adik akan tergeleng-geleng kepala lagi. Dalam fikiran mereka pasti ingat saya membeli barangan kraf melalui online lagi sekali. Kalau di rumah, saya dan van Pos Malaysia adalah perkaitan paling rapat dalam fikiran dua orang kesayangan saya ini. Tapi kali ini bukan lagi barangan kraf, tapi buku.

Buku? Kawan-kawan saya buat muka bosan waktu saya menjawab pertanyaan mereka. Sejak saya dapat rezeki hasil menunggu hampir sepuluh bulan itu, mulut saya tak habis-habis menyebut perihal buku. Kalau saya mengajak mereka ke Ipoh Parade atau Jusco, mereka sudah boleh meneka kedai mana yang akan saya serbu dahulu. Kalau tidak Popular pastilah MPH. Dan saya tak kisah dikenali begitu. Sekurang-kurangnya, Popular atau MPH atau apa sahaja kedai buku yang mereka temui nanti bakal mengingatkan mereka pada saya bila tiba waktu kali jauh nanti. Oh, jauh? Ops.

Ini yang saya nanti-nantikan hampir seminggu lamanya.

Photobucket

Conteng-Conteng Edisi Pertama.

Buku ini unik dan sangat sangat sangatlah kreatif. Dengan bakat yang ada, bermodalkan 'sticky notes' berwarna-warna, lakaran comel dilakar menggunakan pensel. Rare! Kisahnya hanyalah kisah biasa; cerita sekolah rendah dan menengah. 

Ini sekadar kisah seorang Fadhli Hamdan. Di dalamnya, terselit juga kisah Sheila di jantung hati beliau dan juga seekor makhluk Allah bernama Kucing The Cat. Percaya cakap saya, tak rugi memiliki naskhah conteng-conteng ini kerana membuka sehelai demi sehelai lembarannya betul-betul mampu membawa kamu (saya pastinya) balik ke zaman kegemilangan dahulu. Seronok!

Photobucket

Conteng-Conteng Edisi Kedua.

Lebih unik. Lebih comel. Lebih warna-warni. Paling penting ianya masih menampilkan kisah seorang Fadhli Hamdan, masih terselit juga cerita jantung hati dan si kucing the cat tetapi naskhah kali ini menampilkan memori-memori di waktu kecil, memori masuk asrama dan paling penting, naskhah ini membawa pembaca jauh sedikit dari yang pertama, iaitu ke US. Contengan untuk naskhah ini juga bukan sekadar hitam putih, ada yang diwarnakan cantik-cantik.

Serius, tak rugi membeli kedua-duanya dengan harga RM55 termasuk kos penghantaran. Harga berbaloi dengan usaha, kerajinan, kekemasan, keseronokan cerita dan yang penting, unik! Buat bro Fadhli Hamdan, teruskan contengan dan harap-harap ada garapan baru untuk kami, peminat conteng-conteng. InsyaAllah, saya menyokong selagi ada kemampuan. :)

Nak beli juga? Pergilah ke blog Conteng-Conteng

2 comments:

  1. Terima kasih banyak-banyak. Rasa terharu bila hasil kerja saya dihargai. Saya akan perbaiki lagi kelemahan-kelemahan yang ada. InsyaAllah kalau ada rezeki, muncullah edisi yang seterusnya suatu hari nanti. Sekali lagi terima kasih! =)

    ReplyDelete
  2. yeay, i'm waiting for the next. :D

    ReplyDelete