Sunday, October 2, 2011

E734: Jaja Din


Photobucket



: 06.38 PM.
: Lembap, baru lepas hujan.
: Penatnya berjalan-jalan hari ni.
: Kenny Rogers Roaster.
: Tee Shirt & Pants Kelabu.
: -
: Al-Iktiraf by Ajek Hassan Versi Akustik.

Ini novel penutup untuk bulan September.

Saya menghabiskan novel ini dalam masa dua hari. Pertama, sebab dah lama sangat tunggu untuk dapatkan novel ni. Kedua, habiskan sebab nak bagi tumpuan pada assignments pula. Nampak huruf S di hujung itu? :P Yelah, saya dah letak dalam plan bahawa Oktober akan menjadi bulan untuk serius membuat assignments dan mengurangkan seketika aktiviti membaca. Bukanlah stop terus, cuma berhenti membaca karya-karya berisi. Itu sahaja.

Jaja & Din, membacanya terasa seperti sedang mendengar cerita kawan baik sendiri. Kejap tersengih-sengih, kejap ketawa kuat, kejap lagi terdiam pula. Ini kisah Jaja, seorang media planner yang berambut karat, tidak bertudung pastinya dan tidak menjaga solatnya tetapi telah jatuh cinta pada seorang ustaz. Dek kerana terpandangkan ustaz itu dalam sekeping gambar, Jaja memulakan pencarian Ustaz M. Dua tahun pencarian sehinggalah Jaja sudah mula mahu untuk meletakkan noktah pada pencariannya, takdir menemukan Jaja dan Ustaz M nya kembali. Tapi Jaja tahu cermin diri. Sedar yang dia tidak sebaik mana, Jaja berubah, dan perubahan ini aku kira satu hijrah yang baik sehinggalah dia membuka mulut agar ibu bapanya meminangkan Ustaz M untuknya. Dan akhirnya Ustaz M itu menjadi pembimbingnya dunia akhirat. 

Sungguh, aku terkesan dengan perubahan Jaja. Betapa 'sakit'nya Jaja untuk membina perwatakan diri yang baru; Ikhlas, Jihad, Reda, Taat & Zuhud. Hakikatnya, manusia mudah berubah tapi perubahan ke arah kebaikan, itu yang payah. Tapi Jaja sabar. Dalam proses itu, entah berapa banyak airmata Jaja yang jatuh tapi Jaja yakin yang dia mampu untuk berubah. Demi Ustaznya. Lagi-lagi, ustaznya itu mahu syahid. Paling aku suka, cara ustaz itu memikat kembali hati Jaja setiap kali ditegur dengan cara yang biasa tapi luarbiasa. :D
Faiza, bahagia itu bukan sebagaimana yang orang nampak tetapi bahagia itu sebagaimana yang kita rasa.
Aku suka cara bagaimana Kak Suraya cuba bermain-main dengan pembaca. Siap dipesannya supaya jangan diselak mukasurat belakang. ‘Biarkan aku bercerita mengikut cara aku sendiri. Jangan menyampuk… apalagi membuka helaian-helaian belakang novel ini untuk mengetahui penghabisan cerita aku dan dia ini.’ [page 3:] Dan juga ingatan ini. ‘Tetapi kalau Jaja tidak kejam, bagaimana industri Malaysia hendak maju. Yalah, kalau seorang membeli, lima orang berkongsi baca… dan kemudian buku itu dijual sebagai barangan terpakai. Sedih kan!’ [page 6:] Tersentap hati mak, nak!

1 comment:

  1. Realiti.
    Syukur, setakat ini apa saja novel yang dibeli
    tidak pernah dijual sebagai novel terpakai.
    Sayang rasanya. Setiap penulisan,
    ada ilmu dan pengajaran yang cuba disampaikan.

    ReplyDelete