Friday, November 18, 2011

E752: Untuk Sehari Lagi

Photobucket

Saya jatuh cinta pada design kulit buku ini. Suka.

Malam ni, saya nak marathon menulis review-review novel yang yang sudah selesai dibaca. Kenapa? Sebab saya akan pulang ke Ipoh dan buku-buku ini akan ditinggalkan di rumah. Kalau dah kat sana nanti macam mana saya nak bercerita tentang buku-buku ni kan? Alamatnya, wassalam la. Sengih. Okey, buku ini juga saya dah tamatkan bacaan dari sebelum Aidiladha haritu lagi. Tapi, macam biasa saya tak ada mood nak buat review sebab saya terus baca novel lain pula. Banyak lagi novel yang menunggu giliran untuk dibaca. Dan tadi, lagi tiga buah buku datang menjengah rak saya. Alahai.

Untuk Sehari Lagi merupakan karya dari Mitch Albom yang bertajuk For One More Day yang dialihkan bahasa dan diterbitkan dalam Bahasa Melayu oleh PTS Litera. Apakah yang akan kita lakukan sekiranya kita diberikan peluang melalui semula satu hari bersama orang yang kita sayang, yang sudah pergi? Itulah tema yang diangkat oleh novel ini. 

Semasa kecil, Charley Benotto diberikan pilihan untuk menjadi anak ayah ataupun anaak ibu dan Benetto memilih untuk menjadi anak ayah sehinggalah si ayah pergi meninggalkan keluarga mereka. Sejak itu, Benetto terpaksa menjadi anak ibu. Kisah ini bermula bila Benetto yang kehilangan ibunya ketika dia menghadiri pertandingan besbol. Dia tidak sempat untuk berjumpa dengan ibunya untuk kali yang terakhir. Dan kekecewaan itu diikuti dengan perpisahan antara dia dan isterinya dan juga majlis perkahwinan anak perempuannya yang berlangsung tanpa kehadiran Benetto. Kecewa dengan hidupnya, Benetto mengambil keputusan untuk membunuh diri dan ketika inilah muncul semua watak ibunya yang dia yakini sudah pun mati. Peluang sehari bersama ibunya digunakan sebaik-baiknya oleh Benetto untuk memahami setiap perintah dan perilaku ibu terhadapnya. 
Kadang-kadang, ceritanya mudah sahaja, dan kadang-kadang,  sebabnya pedih dan menyayat hati. Tapi  di belakang setiap cerita kamu sentiasa ada cerita ibu kamu, sebab cerita kamu  bermula daripada ceritanya. -M/S243
Cerita ini sebenarnya mahu memberitahu kita bahawa kasih ibu adalah kasih yang benar-benar ikhlas, yang tak ada tolok bandingnya ada muka bumi ini. Bagaimana adanya seorang ibu di belakang kita walaupun ada ketikanya kita menolak kehadirannya. Selain itu, kisah ini juga berkisarkan hubungan suami isteri, dimana ada ketikanya bila perasaan sakit hati dan marah menjadi raja dalam hati dan pada saat dan ketika itulah mereka seharusnya belajar untuk menyintai perkahwinan mereka sendiri; mengingatkan saat-saat indah bagaimana mereka boleh berakhir dengan perkahwinan. 

Agak berat kisahnya tapi alhamdulillah mampu dicerna dengan baik.

No comments:

Post a Comment