: 12.21AM.
: Lembap, sejuk dan nyaman.
: Langkah kita baru bermula, go Young Tigers.
: Air Kosong & Rocky Chocolate.
: Tee Shirt Putih & Pants Kelabu Asap.
: TV2; Malaysia (1) VS Indonesia (0)
: Pelita by A.P.I
Satu gol untuk mendiamkan satu stadium.
Puas, itu sahaja yang saya mampu ucapkan bila wisel penamat berbunyi. Saya nak tengok mereka menang sebab saya nak mereka runtuhkan ego tuan rumah. Bukan saya benci, cuma saya tak suka dengan cara tuan rumah melayan pasukan kita. Saya terkilan bila tengok atlet-atlet kita di'boo' oleh mereka di kaca televisyen. Bukan dalam bola sepak saja, tapi hampir semua sukan saya rasa. Kalau tak boleh hormatkan kita pun, sekurang-kurangnya hormatkan sedikit bendera kita dan lagu kebangsaan kita. Untuk mereka, kalau tak boleh nak hormatkan orang lain, jadi jangan mengharap orang lain hormat pada anda. Peace.
Okey, ini entri untuk review buku bukan review sukan. Fine.
Ini adalah siri Mat Despatch terakhir, setakat ini. Diari Mat Despatch - Hati Emak kali ini bercerita tentang Idlan Rayyan yang terpaksa untuk memilik antara dua iaitu memenuhi permintaan emaknya yang mahukan dia pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kahwin sepupunya atau menghadiri ujian editor sambilan. Dia lebih terarah untuk menghadiri ujian editor sambilan, jadi dia cuba mencari jalan untuk memujuk emaknya agar membenarkan dia menghadiri ujian editor sambilan. Banyak watak-watak dari siri pertama dan kedua dikekalkan dalam novel ni. Masih ada sense of humor walaupun menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
Macam biasalah, karya Bahruddin Bekri pasti sarat dengan mutiara kata berhikmah. Terlalu banyak falsafah 'otak lelaki' yang dikemukakan dalam novel ini sampai saya rasa nak letak sticky notes di setiap page. Saya rasa novel ni paling banyak sticky notes kot. Sengih.
Kamu hanya perlu memberitahu perkara sebenar kepada ibu kamu. Ibu kamu tidak perlu dipujuk dengan kata-kata dan dengan harta. Berterus terang bukan bermaksud kamu akan menyakiti hati ibu kamu, tetapi kamu sedang cuba ikhlas dengan cara yang ibu kamu mahu. Mereka sudah sayangkan kamu sejak kamu belum berupa manusia lagi. Mereka berterus terang dengan cintanya kepada kamu, dan berterus terang kepada seisi dunia yang mereka menyayangi kamu. Mereka menyayangi kamu dengan seadanya kamu. Bukan sekadar fizikal, malah kata-kata dan kemahuan kamu. Jadi, kenapa kamu tidak pernah cuba mahu berterus terang dan malah meletakkan prasangka kepada ibu kamu? Berbaik sangka, bukan hanya kepada Allah, malah kepada manusia juga dan terutamanya ibu kita. Itulah ibu, yang perlu kamu sentiasa letakkan tinggi dalam hati kamu selepas Allah dan Rasul-Nya - M/S182
Saya rasa petikan ini sudah cukup untuk menyimpulkan makna kepada semua teori yang dikemukakan Idlan Rayyan. Dia mencari sesuatu buat memujuk hati emaknya agar lembut hati tanpa sedar yang emak itulah sebenarnya kekasih yang sangat mencintai dia, tanpa pernah ada rasa ragu. Emak kita pun! Dan saya dengan ini ingin menyatakan yang saya sudah jatuh cinta dengan gaya penulisan Bahruddin Bekri ini - cerita dan watak yang biasa-biasa sahaja tapi penuh dengan falsafah kehidupan.
Ada lagi dua novel untuk direview. Sigh.
No comments:
Post a Comment