Friday, May 31, 2013

Botol Coke

Sebotol coke di dalam peti.
Entah siapa punya.
Kau ambil, kau gogok sambil jalan.
Tak sedar ada batu di depan.
Tersadung, dan botol coke berderai.

"Itu saya punya. "
Kau toleh belakang.
Kau nampak pasang mata berkedip-kedip.
Pandang kosong kaca berderai.
"Kamu ambil ia, dan kamu pecahkan."

Kau diam tak terkata.
"Maaf, " itu sahaja.
Mudahnya.

No comments:

Post a Comment