Wednesday, March 21, 2012

E788: Bercinta Dalam Tahajudku

Photobucket

Sepatutnya novel ini dibaca ketika waktu senggang, kebiasaanya setengah jam sebelum tidur. Tapi dek kerana gangguan internet dek modem yang tak berapa betul selepas di'on' semula lewat petang tadi dan kemudiannya diminta untuk menunggu hampir sejam untuk di'reset'kan semula, terus saya mencapai novel ini di rak dan menyambung bacaan. Ini kisah dari seberang, kisah dari Indonesia yang telah diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Melayu kita.

Move on!

Itu tema utama kisah ini. Kisah kebangkitan dan kisah perubahan seorang gadis bernama Kisi Carissa yang merupakan anak tunggal dalam keluarga. Dia egois, keras kepala, manja dan panas baran. Namun, pemergian ayahnya telah merentap separuh kekuatannya. Tak cukup itu, orang yang dia sukai pula menyukai orang lain yakni sahabat baiknya sendiri. Namun, Tuhan hadirkan Ustaz Bangga dalam hidupnya. Dari situ, Kisi mula mendekatkan dirinya kepada Tuhan, membawa dirinya ke jalan Allah. Walaupun niatnya bukan kerana Allah, tapi orang-orang kelilingnya percaya bahawa satu hari nanti Kisi akan melakukan itu kerana Allah SWT. Ketika Kisi mula ikhlas untuk berubah, dia didatangkan dengan satu musibah. Kaki kanannya terpaksa dipotong kerana kemalangan. Dari situ, dia belajar erti sabar dan tawakkal. Paling penting, dia belajar untuk ikhlas memaafkan orang lain. 

Tapi ini bukan mimpi. Ini harapan! Harapanlah yang mendorong kita. m/s 107
Tiada istilah terlambat bagi memulakan sesuatu yang baru. m/s 174

Ini kisah transformasi seorang gadis biasa kepada luar biasa - seorang gadis yang lemah dan manja yang mana pada akhirnya mnejadi seorang gadis tabah yang sentiasa sabar menerima ujian dari Allah. Seorang gadis yang akhirnya percaya pada qada dan qadar Allah, seterusnya boleh memaafkan seorang yang telah membuatkan dia hilang salah satu nikmat. 

No comments:

Post a Comment