Monday, September 4, 2017

Ke Perth Ke Kita Ni?

Berkali-kali ketika waktu tak membenarkan aku untuk menulis, di ketika itulah hati meronta-ronta mahu menulis tentang ini. Tapi hari ini, aku mahu menulis tentangnya sebab terlalu banyak perkara yang tidak ingin aku lupakan tentang perjalanan yang satu ini walhal ini bukanlah trip overseas aku yang pertama.

Banyak yang istimewa daripada trip ini, terlalu banyak. Jadi, lets throwback.


AirAsia Puncanya!

Its all started with Free Seats Promotion from AirAsia. Tiga negara dipilih menjelang kedatangan promo tersebut; Jepun (Tokyo/Osaka), Indonesia (Yogyakarta/Surabaya) dan pilihan terakhir ialah Australia (Perth/Melbourne) untuk memudahkan sesi memburu tiket murah. Kenapa pilihan terakhir? Aussie kot, mana mungkin kami mahu menyimpan harapan besar untuknya dan kami langsung tak buat research berkenaan Australia. Dan bila tiba masa untuk hunt the ticket, kami silap. Tiket ke Osaka dan Perth lebih murah berbanding ke Indonesia *smh* Sudahnya, masing-masing bolak-balik, kelam-kabut search pasal Perth. Fikir punya fikir, lepas mengambil kira masa dan musim, kami memilih untuk ke Australia. Dan mungkin sudah tertulis rezeki untuk ke sana, walaupun tiket dibeli pada hari terakhir promosi, harga masih sama seperti hari pertama. 

Return tiket: RM580 seorang termasuk bagasi 20kg.

Asalnya kami bertiga, dua perempuan dan seorang lelaki. Dua bulan kemudian, bertambah lagi seorang perempuan. Susah hati juga memikirkan kalau-kalau yang lelaki seorang ini mungkin akan bosan menghadap kami bertiga, kami sepakat untuk menambahkan ahli lelaki. Yang disuruh tambah cuma seorang tapi yang datang sekali bertiga. Total semuanya 7 orang, 3 perempuan dan 4 lelaki

It's all about budget.

Settle hal tiket, tabung Ke Perth Ke Kita pun dilancarkan. Kah! RM100 sebulan untuk setiap orang selama 11 bulan, bermaksud bajet untuk seorang adalah RM1100 (ground). Masing-masing susah hati fikir kalau-kalau bajet yang diperuntukan itu tidak mencukupi tapi aku as a mastermind acah-acah optimis. *susah hati simpan seorang* Tapi lepas survey harga kereta sewa dan accommodation, aku makin optimis yang bajet kami ini sangat-sangat cukup. Tapi panas tak sampai ke petang, beberapa bulan before trip, matawang Ringgit Malaysia makin merosot. Risau kalau-kalau ia menjadi lebih teruk, kami sepakat untuk menukar sedikit duit Ringgit Malaysia ke Australian Dollar.

AUD 1 bersamaan dengan RM3.48. Prfff.

Aku still cuba untuk optimis dengan bajet yang kami ada sambil masing-masing terus berdoa moga-moga ada sinar bahagia di hujung jalan untuk Ringgit Malaysia. Alhamdulillah doa dimakbulkan Tuhan, sekali lagi mungkin kerana sudah rezeki kami tertulis untuk Australia, Ringgit Malaysia kembali stabil. So, kadar tukaran terakhir kami adalah; AUD 1 bersamaan dengan RM3.24.

Sesi cari jalan, cari bahan.

Sebagai seorang mastermind, tak lain tak bukan akulah orang yang bertanggungjawab untuk merangka perjalanan kami. Sesekali dibantu oleh travel partner forever aku. Kerja kami is hari-hari bergaduh pasal nak ke mana, worth it or tak, bla bla bla. Dua tiga kali juga itinerary berubah dan jujurnya, itinerary asal dan final itinerary adalah sangat berbeza. Dan ahli yang lain sangatlah tidak membantu. The only things yang disebut-sebut is only Kings Park dan Fish N Chip *again smh* Hey guys, Perth have more than that okay! But its okay. Mereka buat kerja aku lebih mudah. *smile*

Perkara pertama yang aku lakukan sebelum membuat rangka perjalanan dengan lebih detail adalah mencari kereta sewa. Memandangkan kami ramai, mahu atau tidak, memang kena sewa kereta besar. Google punya google, aku jumpa satu group yang sangat-sangatlah membantu di Facebook; Tips Cuti-Cuti Perth. Dan di situlah aku jumpa beberapa contact berkenaan kereta sewa. Baca punya baca review, aku decide untuk approach En Jerry Proton untuk memudahkan proses menyewa kereta kerana ketiadaan kad kredit. 

Kia Carnival for 4 days 3 nights, yeay.

Australia need Visa!

Salah satu benda yang perlu diselesaikan juga adalah berkenaan visa. Untuk hal ini, aku serahkan pada travel partner aku untuk selesaikan since ianya melibatkan detail passport. Ada dua cara untuk memohon visa iaitu melalui border.gov.au atau melalui travel agent. Kami menggunakan cara kedua iaitu menggunakan travel agent melalui En Amir Kensau. Contact beliau aku dapat menerusi Group Tips Cuti-cuti Perth juga. Teramat mudah berurusan dengan beliau.

Selesai urusan sewa kereta dan visa dan sambil-sambil merangka perjalanan, aku berkawan juga dengan Booking.com since ia membenarkan booking dibuatkan tanpa prepayment atau credit card. Mengikut plan asal, setiap malam tidur di tempat yang berbeza iaitu Perth CBD, Cervantes, Augusta dan Fremantle. Tapi lepas mengambil kira faktor masa, jarak perjalanan dan parking, aku cuba mencari penginapan yang lebih sesuai untuk kami. Memandangkan Perth boleh tahan terkenal juga dengan aktiviti pecah kereta lagi-lagi di kawasan bandar, bab parking kereta memang aku tak boleh letak tepi. 

Ditakdirkan berjodoh dengan Kak Nora Oliver (Malaysian yang bermastautin di sana), aku merisik-risik harga roomstay yang ditawarkan dan selepas dibincangkan dengan ahli yang lain, kami sepakat untuk menginap di roomstay Kak Nora selama dua malam. Walaupun agak jauh dari bandar, tapi is better sebab termasuk dengan dinner and breakfast and of course, ada parking. Dan memandangkan kami tiba di Perth pada jam 2.35 petang, aku terpaksa mengubah pelan. Mula-mula fikir nak explore Perth CBD menggunakan public transport tapi masing-masing tak mahu ambil risiko terlepas tempat-tempat penting so kami decided untuk ambil pakej day trip from Kak Nora. And final itinerary; bermalam di Armadale, diikuti dengan Cervantes kemudian gerak ke Augusta dan Fremantle.

Itinerary, car rental and accommodation settled. Tiba-tiba, dugaan lain pula yang muncul.

Sebulan sebelum tarikh fly, di tengahari yang indah waktu aku sedang menghitung jam untuk lunch, tiba-tiba ada email dari AirAsia tiba-tiba menjengah inbox. Guess what? 


To be honest, aku memang pernah berdoa moga-moga flight akan rescheduled from 08:50AM to 12.05AM (diawalkan ke tengah malam, so akan tiba awal pagi) tapi bukanlah seperti inilewat 55 minit dari waktu sepatutnya. Mood merudum dan terus inform yang lain-lain. As usual, they dont mind. Aku dengan travel partner forever aku je yang patah seribu hatikuuuuu. Mood   ke laut  malas mahu berfikir tapi nak tak nak kena inform Kak Nora juga sebab kami akan tiba lebih lewat dari jangkaan. I need time to reset my mind. Only after a week tiba-tiba aku terfikir untuk check balik emel tersebut dan aku baru perasan berkenaan this option...



Aku excited bila terbaca berkenaan Option 1, tapi aku terpaksa tahan diri dari berkongsi dengan sesiapa even my forever travel partner. I need a confirmation first! Aku try untuk berhubung dengan AirAsia menggunakan Live Chat tapi tak berjaya. Sudahnya, aku isi Online Feedback Form dan tunggu feedback dari mereka. Esoknya, AirAsia call aku dan yes, aku boleh menukar tarikh dan masa flight tersebut without any additional charges. Excitednya aku waktu itu hanya Tuhan yang tahu. Letak jer phone, terus aku call to informed my forever travel partner. Dua-dua excited sebab lepas research barulah kami tahu yang kami tak mampu untuk settlekan Perth dalam masa lima hari. We need at least 7 days!

Travelling in group needs give and take.

Dugaan pertama untuk group trip kali ini pun muncul. Masing-masing punya kehendak masing-masing dan setiap orang juga punya tanggungjawab ke atas kerja masing-masing. Salah seorang dari kami tak mampu untuk memanjangkan cutinya memandangkan dia baru bekerja beberapa bulan di syarikat baru. Perbincangan dibuat, tiada perubahan tarikh. Yang ada hanyalah perubahan masa penerbangan kepada 12:05AM (seperti yang aku doa-doakan sebelum ini). Jenuh juga aku nak memujuk hati-hati yang terkilan sebab tak mampu nak panjangkan masa. Yes, bohong kalau aku cakap aku tak terkilan. I did but theres pros and cons that need to be consider too. And budget, of course.

I learnt something from this. Bila Tuhan dah takdirkan sesuatu untuk kita, Dia memang akan permudahkan urusan kita. Cuma kadang-kadang, kita ni tamak. Dia dah bagi sikit, kita nak lebih lagi. Dalam hal ini, aku belajar untuk merasa cukup dengan apa yang telah diberi walaupun aku rasa nak lebih lagi. Haih, belum pergi lagi dah belajar sesuatu. :D

Rombakan besar-besaran.

Disebabkan perubahan masa penerbangan, aku terpaksa merombak hampir keseluruhan itinerary selepas mengambil kira banyak faktor. Oleh kerana kami tiba awal pagi di Perth, aku cuba mendapatkan quotation baru daripada En Jerry Proton iaitu untuk 5 hari 4 malam dan kos sewa tidak berubah banyak jika nak dibandingkan dengan kos sewa untuk 4 hari 3 malam. After discussion, kami sepakat untuk menggunakan kereta sewa sepanjang di sana dan membatalkan pakej day trip dengan Kak Nora. Dan disebabkan itu juga, rangka perjalanan juga dirombak.


To be continue...
Day 1: Langkawi-Kuala Lumpur-Perth
Day 2: Perth CBD
Day 3: The Coral Coast; Cervantes, Pinnacles and Lancelin
Day 4: The Great South West Edge; Busselton, Margaret River and Augusta
Day 5: The Great South West Edge; Augusta, Mandurah and Fremantle
Day 6: Fremantle-Perth-Kuala Lumpur
Day 7: Kuala Lumpur-Langkawi

Tuesday, February 28, 2017

Rindu


"Apalah arti memiliki, ketika diri kami sendiri bukanlah milik kami? Apalah arti kehilangan, ketika kami sebenarnya menemukan banyak saat kehilangan, dan sebaliknya, kehilangan banyak pula saat menemukan?"

Pernah aku menyimpan hasrat untuk belayar membelah lautan. Dek kerana rasa cintaku pada laut dan kamu, mungkin itu pengaruhnya. Entah kenapa, mata tak pernah jemu menatap, hati pula selalu damai dengannya. Dan entah bagaimana juga, tak semena peluang itu menjengah depan mata. Tanpa perancangan rapi, tanpa aturan yang beria, kaki akhirnya menapak juga ke dalam perut kapal. Allahu. Kecil rasanya diri, berdiri di dalam sebuah kapal besar dan berada di atas lautan luas tak bertepi. Gembira dan sedih, bercampur-baur rasa. Bak kata teman, "muka kau happy sangat walaupun hakikatnya kau sedih." 

Dan peluang ini datang bukan pada hari-hari biasa. Aku menapak ke sana saat umur bakal bertambah seangka lagi. Sejujurnya, aku tak kisah tentang tarikhnya. Yang aku kisahkan, apakah rasanya?

Yang aku sedar dan yang aku jumpa di sana hanyalah satu rasa yang aku simpan kejap dalam hati, sedari hari aku membawa diri. Apa saja yang aku lakukan di atas sana membawa aku pada sesuatu yang aku cuba lupakan, tinggalkan. Tiap laku, tiap rutin, tiap perkataan; semuanya membawa aku pada dia. Aku cuba tersenyum pada realiti, tapi akhirnya realiti itu yang satu persatu merenyuk hati sendiri. Ini rasanya begini, ini rasanya begitu... semuanya membawa aku pada isi bicara kita lewat malam dulu. Terngiang-ngiang suaranya bercerita tentang objek apung itu. Andai sahaja ada entah apa-apa yang boleh aku mintakan sesuatu untuk direalisasikan, satu-satunya perkara yang ingin aku minta waktu itu cuma adanya kamu. Dan akan aku katakan pada kamu, "sekarang saya tahu rasanya menjadi kamu dan kamu tidak seorang."

"Apalah artinya cinta, ketika kami menangis terluka atas perasaan yang seharusnya indah? Bagaimana mungkin, kami tertunduk patah hati atas sesuatu yang seharusnya suci dan tidak menuntut apa pun?"

Nyata, masih kamu yang menjadi utamaku. Masih.

Pagi itu, matahari naik dengan indahnya. Laut tenang setenang-tenangnya. Semuanya seakan-akan meraikan aku, mahu mendamaikan hati aku. Jauh aku membuang pandangan, berbicara pada laut tentang semuanya yang aku mahu kamu tahu.

"Bukankah banyak kerinduan saat kami hendak melupakan? Dan tidak terbilang keinginan melupakan saat kami dalam rindu? Hingga rindu dan melupakan jaraknya setipis benang sahaja."

Superstar Libra, 23.02.2017 - 24.02.2017