E692: Hotaru no Hikari


Photobucket

: 03.56 am
: Awal pagi.
: Sleepless.
: Dua biji pisang dan segelas air kosong.
: Baju Tidur.
: Hotaru No Hikari; Last Episode.
: -


Semalaman tidak tidur, dan sebaik sahaja selesai presentation itu terus rasa macam satu beban hilang. Baru satu selesai. Itu pun masih ada saki-baki documentation yang perlu diperbaiki tapi okeylah. Satu sahaja yang mampu saya tuliskan di sini; sekarang adalah masa untuk spend duit yang banyak untuk aktiviti print documentation segala. Jadi, nak menonton wayang tak mampu jadi saya cari hiburan sendiri dengan hadap segala movie dan drama yang ada.

Hari ini, saya sudahkan tiga episod terakhir drama jepun bertajuk Hotaru no Hikari atau dalam bahasa lainnya, Glow of Fireflies. Drama yang santai, dan kadang-kadang kelakar juga. Ianya mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Amemiya Hotaru yang mempunyai dua perwatakan berbeza. Kalau kat tempat kerja, dia nampak macam seorang yang fashionable dan menjaga keterampilan tetapi tidak di rumah; comot, suka pakai jersey dan seluar koyak di lutut, ikat rambut tinggi dan suka bermalas-malasan. Nak jadi cerita, dia terpaksa tinggal dengan bonchou (bos) dia, Takano sebab dia sayang rumah tu dan rumah tu adalah milik keluarga bochou. Seorang pengemas dan seorang lagi suka sepahkan barang; bayangkan sendiri apa yang jadi setiap kali mereka di rumah. Bergaduh, bertikam lidah, cari pasal, dan semua tu buat mereka jadi rapat dan dekat.

Photobucket

Senang cakap, banyak benda yang buat saya suka drama ni.

Cara kerja mereka yang saling bantu-membantu walaupun masing-masing ada konflik peribadi. They're professional. Lepas tu, Amemiya dan juga Bonchou yang mulanya tak senang antara satu sama lain sebab perbezaan watak yang akhirnya sedar akan kewujudan rasa sedih bila Amemiya berpindah keluar dari umah itu. Kalau dah hari-hari bergaduh, mana mungkin tak ada airmata kala harus berpisah.

Please don't forget... ME!

Dalam hidup ini, kadang-kadang kita tak sedar tentang sesuatu yang paling penting buat kita adalah sesuatu yang kita jarang ambik kisah dan buat-buat tak peduli. Kenapa? Sebab ia ada depan mata, sampailah satu saat bila ia hilang dan kita terus sedar dari mimpi. Oh, rupanya itu yang penting dalam hidup aku rupanya. Dan kadang-kadang juga, kita terlalu selfish. Selfish pada diri sendiri. Kita ingat kita boleh buat semua benda sendiri; kononnya sebab kita ada duit, kita ada kemudahan dan kita ada segala-galanya. Padahal, tak salah pun sebenarnya untuk kita berikan sedikit apa yang kita ada atau rasa pada orang lain.

Rely on someone; share the moment, at least.

Tamat episod akhir, terus saya rasa yang saya juga sudah jatuh cinta pada rumah itu, porch terutamanya, tempat kegemaran Amemiya. Ada kelip-kelip berterbangan depan rumah, haruslah cantik bukan?

Misi untuk cuti semester kali ini; download Hotaru no Hikari 2! Ada Osamu Mukai!
Waalaikumsalam, adik. Itu sahaja yang mampu saya jawab untuk pesanan ringkas dari dia. Saya taip tapi akhirnya masuk draft juga.

E692: Hotaru no Hikari

:
:
:
:
:
:
:


i alway hope that it's you!