<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=1053863571646481171&amp;blogName=LilyloverDiary&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Flilylover-diary.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Flilylover-diary.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div> <style type="text/css"> i,em{color: #669999; font-family: Verdana; font-size: 11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:normal; } u{ color: #59787d; font-weight: lighter; border-bottom: 2px solid #333333; font-family:Century Gothic; font-size: 11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:normal; } b{ color: #88a2a6; font-family:Verdana; font-size:11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:bold; letter-spacing: 0px; text-transform: uppercase; } </style> <style type="text/css"> .blogbody b, .standard b, p b, strong { font-weight: bold; letter-spacing: 0px; font: bold 6pt verdana; color: #88a2a6; text-transform: uppercase; </style>



Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah

Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah

Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan

Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Author .

Photobucket

Name: Nut Yaa (Nut)
Age:20years old
Date of Birth: February24 1989
Horoscope Sign:Pisces

Best Viewed

hit counters

hits

Mood .

Reminder .

Birthday 3bond/Ayie [16/11]
Birthday Mira [2/12]
Birthday Adda [5/12]
Birthday Norazah [6/12]
Birthday Mek Adda [20/12]
Birthday Aina [31/12]

Follow_On .

Follow Me

twitter

Thank You So Much!

Song's .


whispery .

memories .

June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009

adieu .

Photobucket

[ alpharif ]
[ Fit3 ]
[ Cydot ]

------------------------------- Photobucket

[ T.K.A ]
[ Fiza ]
[ Jiha ]
[ Nazrul ]
[ Nazirah ]
[ Hunny ]
[ BigBossAkaBond ]
[ Queen ]
[ Qina ]
[ Zaza ]
[ Ungu Violet ]
[ HeartAndFeeling ]
[ Maziah ]
[ Letto ]
[ Fyfah ]
[ Hafizdasar - Wacana Ilmu ]
[ BraderMacho]
[ Tentang Cinta ]
[ KPTM Ipoh ]

software.games.appz.movie.drama.music.rock.fun

Blogmenjerit - pusat kecantikan blog

.: intan's blog :.

Revolusi Komuniti Masa Kini

emoticon .

[1] [2] [3]

Award .

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Link_Me .

lilyloverdiary

Thank .


Host:01 02 03
Images Source:04 05 06

rss

E570: Selamat untuk SEMUA
Tuesday, November 10, 2009

Photobucket
Image Source: 6eternity9.deviantart.com

Time: 07.54 pm
Date & Day: Alhamdulillah, cuaca baik saja.
Thoughts: Emosi yang belum tamat; Terkesan dari novel.
Food: Nasi Putih, Ayam Goreng + Pajeri Nanas lagi.
Drink: H20
Dresses: Tee Shirt lah.

TV: -
Music: Setelah Aku Kau Miliki by Shima.

Khamis ini akan bermulalah perang minda buat aku dan teman-teman seangkatan. Perang yang melibatkan otak bertemankan pensil, pen, kertas, pemadam, liquid paper dan kadang-kadang pembaris terlibat juga. Sungguh tak bersedia untuk menghadapi exam kali nieh. Dengan satu persatu kerja yang harus diselesaikan, siap satu berganti yang lain. Dan hari ini aku baru sahaja selesai mengupload Final Project aku tueh. Nak tengok? Carilah kalau jumpa. InsyaAllah, selepas selesai Final Presentation yang khabarnya akan berlangsung pada 23, 24 dan 25 November nieh akan aku publishkan linknya kat sini. Buat masa sekarang, biarlah dulu. Kalau jumpa, itu rezekilah bukan? =)

Untuk teman-teman seia sekata susah senang kita bersama; Wanie, Atin, Anne dan Hunny. Juga buat teman-teman yang tinggal sebumbung saat hari pertama di Ipoh nieh; Aina, Ezan, Mek Adda dan Iqa. Juga buat teman-teman sekelas DIM0501; Jihah, Fiza, Tie, Kak Nang, Azu, Lily, Farhana, Qiqi, Ila, Ifa, TKA, Joe, Faz, Nazrul, Hafiz, Amirul, Razman, Sofi dan buat sesiapa saja yang aku kenal tapi tak mention nama tueh minta maaflah. Otak overload baca buku IID sampai terlupa nama korang. Hahaha, dengar boleh percaya jangan sekali =). Pendekkan citerlah senang, untuk semua bebudak KPTMKCI lah yer.

Aku dengan secara terbukanya nak mohon maaf andai ada salah silap terkasar bahasa ke, terlajak kata ke, tersepak tang-tang mana ke. Almaklumlah, aku tahu sem nieh mulut aku lain macam sket. Dah tak sesopan dulu dah. Bukanlah niat hati nak menyakiti sesiapa, tapi kadang-kadang limit sabar aku hilang. Untuk si A dengan nama sebenar; Aku minta maaf banyak-banyak untuk semuanya. Mungkin dah tertulis, friendship kita sampai takat nieh. Aku tak nak bermusuh atau membenci sesiapa, tapi aku mahu kau tahu banyak sebenarnya perkara yang aku tak mahu ingat tapi tetap aku ingat sampai saat nieh. Mungkin sampai bila-bila. Untuk tetap sebagai kawan, aku takde masalah tapi untuk seperti dahulu, aku tak mampu.

Good luck untuk korang semua. Moga selamatlah semuanya, insyaAllah. Jangan lupa bawa semua yang patut ada; ID Card, Exam Slip, Alat Tulis juga. Langkah masuk dewan dengan kaki kanan. Doa banyak-banyak moga-moga kita dipermudahkan untuk menjawab soalan. Untuk bebudak Semester 5; Aku doakan yang terbaik untuk kita semua baik untuk exam juga untuk Final Presentation kita. Setelah dua tahun lebih, ini final terakhir kita. Mari kita ramai-ramai dapatkan kembali apa yang pernah kita ada. Biar lecturer kita bangga ada student macam kita. Hahaha, bercakap tak bleh blah. Tapi apa salahnya kita ada impian, kan?

Good luck semua. All the best. Gambatte.
" Jangan pergi terlalu jauh dari saya. Walaupun awak pergi dengan orang yang awak suka tapi JANGAN PERGI TERLALU JAUH DARI SAYA, Muhammad Andrian Saifullah "
Qoute from novel terbaru Aisya Sofea; Yang Sebenarnya yang baru saja aku tamatkan pembacaannya sekejapan tadi. Memang sangat terkesan dalam hati. Membaca pernyataan itu berulang kali membuatkan mata aku mengenang. Hah! Mudahnya aku turutkan rasa hati. Tapi sungguh, pernyataan itu sangat terkesan di hati aku. Buatkan hati aku terasa sebaknya.

Novelnya kali ini terasa sangat terkesan di dalam hati. Nadhiya; Dipanggil Dhiya. Itu panggilan dari seseorang untukku. Suatu ketika dahulu, tetap hingga sekarang. Cuma dia dan dia saja yang memanggil aku dengan nama itu. Katanya, Nad itu dengarnya macam keras sangat. Hahaha, dia tak tahu ke yang aku nieh memang keras. =P Ingat panggil aku Dya, aku boleh jadi lembut ke? InsyaAllah, ondaway ke arah itu. Dah tak sekeras dulu. Hati jerk kot makin keras sekarang nieh. Hahaha, keras ke? Nangis jerk kejenya. =)

Okeylah, harus berangkat dahulu. Semalam cakap nak studykan? Memang aku study, tapi study novel. Niat hati nak simpan novel tu sampai Khamis nieh tak kesampaian. Semalam buat nota untuk IID tapi fikiran pada novel. At last, simpan buku semua ambil novel dan baca. Selagi novel tueh tak tamat, aku takkan dapat study dengan amannya. Hehehe, hebat btul penangan novel nieh. Okeylah, chiow. Mahu mandi, makan dan keluar. =)


bunga With Love; Nut Yaa bunga

2 Comments

E569: Kisah Upload Bikin Otak Mereng
Monday, November 9, 2009

Photobucket

Time: 07.18 pm
Date & Day: Pagi Panas, Petang Hujan, Malam??? Tak tahu.
Thoughts: Anti-Upload selama 14 jam!
Food: Nasi Putih + Ayam Goreng + Paderi Nanas
Drink: Air Kosong yang sejuk. =)
Dresses: Tee Shirt

TV: My Sister Keeper.
Music: Aku Lebih Tahu by Mila

Upload! Yes, dia yang bikin aku otak serabut, jiwa kacau, wajah terbengkalai dan semua yang sama waktu dengannya. Dari lepas makan lunch tadi sampailah ke saat nieh, belum gak settle lagi. Flash kat main page tueh okey jer tapi kenapa flash kat page About ngan Services nak buat hal lak. Geram! Geram! Geram! Apetah salah yang aku buat. Kalau ada salah tolonglah bagi tahu. Janganlah diam jer. Tension tahu? Huhuhu...=( Aku dah baca bismillah okey. Cuma tak baca Yasin jerk. Takkan sebab tueh jadi kot. Waaa...sedih lagi sekali. Ada sapa-sapa yang boleh tolong aku tak? Tolonglah, i need your help.

Okeylah, Fatin dan Anne dah balik membawa ceritera gumbira buat aku. Aku dah dapat dah novel AisyaSofea yang aku tunggu-tunggu itu. Sejak aku tahu novel tueh nak kuar, sesiapa saja yang cakap nak pi JJ or IP akan menjadi mangsa aku untuk tengokkan novel tueh sama ada dah ada kat rak kedai or belum. Dan hari nieh, aku dah dapat. Happynya! Happy! Happy! Yahooo...rasa cam nak buat cha cha dacing dah nieh. Hahaha. Novel, tahukah kau betapa aku gembira nieh? Kaulah ubat suka duka ku. Sukanya aku! Sumpah, suka gila nieh. Tak tak tahu mana nak letak senyum lagi dah. =)

Okeylah, stg nak makan malam then nak buat story board lepas tueh nak mengadap novel. Buku pelajaran? Esok-esok aku hadap lah. Boleh gitu? Hahahah...=)


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E568: Kisah Tak Bertajuk
Saturday, November 7, 2009

Photobucket

Time: 11.46 am
Date & Day: Panas Terik.
Thoughts: Spend some time ALONE; Facebook Suruh.
Food: Kek Pandan Chiffon
Drink: H2O
Dresses: Tee Shirt la.

TV: Cerekarama Payung Siti Fatimah
Music: Hampir Ke Situ by Mendua


Sepagi yang penuh dengan aktiviti-aktiviti kewanitaan; Aktiviti yang menjurus kepada kegiatan rutin seorang surirumah tangga sepenuh masa. Opss, saya surirumah tak bertangga separuh masa. Bila hujung minggu saja busy dengan kegiatan-kegiatan berikut. Hahaha. Okey, gelak tipu saja. Sebab, aku tidaklah seceria macam yang aku gelak itu. Sekadar tersenyum nipis saja. Nipis-nipis kulit bawang, nipis lagi senyumanku. =)

Dan hari nieh, genap sudah 8 bulan berlalu. 8 bulan yang penuh dengan kekuatan, ketabahan, dan kadang-kadang kerebahan. 8 bulan untuk mencari kembali diri sendiri. Bukan senang tapi harus untuk aku lakukan juga. 8 yang jarang membawa senyuman untukku. Takpe Nad. Let it be. Jangan pernah menyesal dengan apa yang dah berlaku. Ini takdir, sayang. Ingat, Tuhan takkan berikan apa yang kamu nak, tapi DIA berikan apa yang kamu perlukan. Redha! Itu ubatnya, sayang. =)

Sebenarnya, masih malas mahu bercakap soal final exam. Langsung tak ready apa-apa nieh. Setiap hari hanyalah untuk online, online dan online. Buku bila nak selak tah. Seriously, inilah exam yang paling hambar pernah aku rasa. Paling! Paling! Dan paling. Rasa macam dah tak nak buat pape. Boleh ke macam tueh? Hahaha, pastinya tak bolehlah kan. Okeylah, okeylah. Hari nieh saja okey. InsyaAllah, esok aku akan mulakan study tueh ok. Tapi, tak janjilah sangat. Ngee~!!!

Okeylah, tamat di sini. Malas nak mengomel lagi. =)

Kalaulah rela dan redha itu mudah. Boleh jadi macam Siti Fatimah dalam citer Payung Siti Fatimah semalam.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E567: TERakhir juga
Friday, November 6, 2009


Time: 03.20 am
Date & Day: Sejuk dan Nyaman
Thoughts: Kurang sebulan dari sekarang. =(
Food: Gardenia Delicia Butter Toffee
Drink: H2o
Dresses: Orange Tee Shirt

TV: Berek Full Episode
Music: Harapan by Fazli Zainal


Hari membalas dendam hari ini. Dendam tidur, dendam online, dendam blogging. Puas tidur, puas online, puas menonton. Aku puas hati. Alhamdulillah juga, semua project untuk semester ini telah aku selesaikan dengan jayanya. Cuma berbaki Final Multimedia Project sahaja. Kelmarin, sehari semalam aku berjaga. Bersama tiga lagi teman, kami bersengkang mata menyiapkan final project for IID; Courseware | E-Learning. Dan alhamdullillah, hasilnya menerbitkan senyuman buat kami. Terima kasih Ya Allah.

Hari ini sudah masuk hari kelima untuk bulan November. Dan saat ini, tinggal kurang sebulan sahaja lagi. Dari 2 tahun setengah tempoh kami bersama, kini tinggal sekadar kurang sebulan saja lagi. Dan selepas itu, akan aku tinggalkan semuanya di sini. Ya, semuanya. Berbaur rasanya hati ini. Perit rasanya mahu menempuh takdir yang satu ini. Aku mahu mereka selalu denganku. Bisakah? Tidak. Aku tahu itu.

Minggu depan, final exam akan bermula. Final exam terakhir di kolej. Dan semalam menjadi hari terakhir aku duduk di atas kerusi berwarna oren itu mengadap lecturer di hadapan. Semalam adalah hari terakhir aku bersama mereka dalam satu suasana pembelajaran yang selalunya mengundang rasa kantuk di mataku. Dan semalam juga adalah malam terakhir kam berjaga bersama-sama; Malam terakhir kami berhempas-pulas dengan kerja masing-masing. Kenapa ianya jadi yang terakhir di luar sedarku? Ya Allah, kenapa aku tak sedar itu adalah untuk kali yang terakhir. Ruginya aku.

Aku mahu momen-momen terakhir ini menjadi indah di hatiku; Juga di hati mereka. Kalian tahu? Gelak tawa, senda gurau, usik mengusik, duka lara; Semua itu bakal aku rindui nanti. Ya Allah, biar mereka masih di depan mataku aku sudah mula merasakan rindu itu; Bagaimana nanti? =(
Pertama kali jejak kaki lepas semuanya aku ketahui, ada mata yang mengenang. Esok bagaimana?


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E566: Running Away?
Sunday, November 1, 2009

Photobucket

Time: 01.25 pm
Date & Day: Sunny Day
Thoughts: Perasaan ingin 'pergi' itu makin membuak-buak.
Food: Twiggies Choc-A-Lot
Drink: H2O
Dresses:
White Tee Shirt
TV: Cerekarama Kurnia
Music: Harusku Yang Pergi by Riz

Kali ini lama sekali aku ber'hibernate'. Tanpa perancangan, ianya berlaku secara tiba-tiba. Tanpa aku duga, yang aku mampu jadi begini. Tanpa aku sedar, aku terlalu lama memendam. Lantas, menyembunyikan rasa di sebalik satu senyuman yang saban hari aku ukiri bersama mereka; Sumber senyumanku. Thanks kawan.

Oktober akhirnya pergi. Oktober yang memberi seribu satu macam perasaan pada aku. Rasanya Oktober inilah aku kembali menjadi aku yang dulu. Yang saban hari menangis, menangis dan menangis setiap kali mahu tidur. Sungguh, aku tak mahu jadi begini. Tapi, bila ianya tetap terjadi. Aku harus redha. Hampir sebulan menghilangkan diri, aku banyak berfikir. Berfikir tentang semua yang terjadi pada aku sepanjang Oktober lalu. Kerna itulah, aku diam. Kerna itulah aku tidak muncul di sini. Aku tak mahu terus-terusan menulis semuanya tentang cerita suram hidup aku. Aku mahu yang gembira aja di sini.

November, aku harap kehadirannya bawa sinar. Aku harap sangat. Tapi aku tahu, November akan menjadi bulan paling sedih pada aku mungkin. Aku bakal 'hilang' mereka dari hidup aku. Aku bakal hilang sumber senyuman aku nanti. Kerna itu, selagi mampu aku mahu lakukan apa yang aku mampu untuk mereka. Aku mahu terus tersenyum bersama mereka. Dan andai aku diberikan peluang untuk mohon apa saja. Yang aku mahukan saat ini cuma satu; Aku cuma mahu mereka bersama aku. Itu saja.
Katrina: Dan saya akan manfaatkan setiap saat dalam hidup saya, dan saya akan habiskan hari-hari terakhir saya di samping orang yang saya sayangi.
Dan kalau diberikan kesempatan walau sekali seumur hidup, aku cuma mahu sehari semalam bersama dia. Cukuplah sehari semalam. Aku cuma mahu satu kesempatan terakhir bersama dia. Aku mahu dia pergi dalam keadaan aku sedar yang dia akan tinggalkan aku. Bukan dengan cara kejutan begini. Dan selepas itu, aku akan biarkan dia pergi bersama semua janji-janji dia.

Dan aku tahu, kesempatan itu takkan pernah ada buat aku. =(

Pernah ada rasa cinta,
antara kita kini tinggal kenangan,
ingin KULUPAKAN SEMUA TENTANG DIRIMU,
namun tak lagi kan seperti dirimu.

Apakah menjadi seorang pelarian itu adalah jalan terbaik untuk semua yang terjadi ini? Kalau itu yang terbaik, aku akan berlari. Terus berlari dari semua ini.


bunga With Love; Nut Yaa bunga



All Right Reserved | Nut Yaa | 2009
Original Banner Picture: DeviantArt | Modified: Nut Yaa | Screen Resolution: 1024 x 768px | Best View: Firefox