Friday, April 6, 2012

E795: Buku Conteng Jimi

Photobucket 

: 6 April 2012.
: Selesema... huhu.
: Air Kosong & Mee Maggi Kari Meletup.
: Maxi Pyjamas.
: Cartoon Network - Toonlicious.
: Selamat Tinggal Penderitaan - Iklim.

Lagi review buku? Alamak! Makin banyak kerja, makin kerap pula saya membaca.

Selepas Buku Conteng-Conteng Edisi Pertama dan Edisi Kedua yang diterbitkan sendiri oleh saudara Fadhli Hamdan, kali ini muncul Siri Buku Conteng Jimi terbitan PTS Pop yang baru sahaja release pada bulan Mac lepas. Saya mengikut perkembangan berkenaan dua buah buku ini di facebook page sejak penulisnya memaklumkan menerusi blog beliau. Dan pada 29 Mac yang lalu, beliau telah membuka tawaran untuk menjadi pemilik pada 50 buah naskhah terawal. Sebagai salah seorang peminat conteng-conteng, haruslah saya membeli dan malam itu juga saya siap membuat tempahan. Dan semalam, sampul Pos Ekspress berisi kedua-dua buah buku selamat menjengah ke pintu rumah.

Jimi dan Raksasa Misai & Jimi Dalam Akibat Jambul Alif.

Cerita ini berkenaan Jimi seorang pelajar lemah yang berhasrat untuk mendapat 5A untuk peperiksaan pertengahan tahun setelah dijanjikan dengan hadiah sebuah basikal oleh ayahnya. Mendengarkan janji si ayah, Jimi melancarkan misi untuk mencapai hasratnya itu. Di samping itu, Jimi turut bersaing dengan kembarnya, Mimi yang jelas lebih bijak daripadanya. Banyak idea-idea menarik yang dikemukakan Jimi dalam usaha untuk mendapat 5A, malah dia turut dibantu oleh Jason dan Ganesh. Jimi juga mempunyai seorang musuh iaitu Alif. Malah Jimi juga tidak berapa menyukai seseorang sehingga timbulnya idea untuk melukis komik Raksasa Misai. 

Jujurnya, Jimi membawa saya jauh ke satu zaman yang sudah lama saya tinggalkan dulu.

Photobucket Photobucket Photobucket

Untuk saya yang sudah lama meninggalkan alam persekolahan, buku ini banyak mengingatkan saya tentang aktiviti-aktiviti di masa kecil saya. Mengingatkan saya pada permainan-permainan dahulu, pada kawan-kawan sekolah rendah saya dahulu. Ahhh, rindu. Dan untuk adik-adik, saya rasa buku ini sangat bagus untuk mereka juga. Pertama, sebab buku ini tidak membosankan. Kedua, buku ini turut mengandungi tips-tips belajar yang dikongsikan oleh Mimi kepada Jimi dan ketiga, buku ini turut dipenuhi dengan nilai-nilai yang harus diterapkan kepada adik-adik kita terutamanya. Orang kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Menghabiskan kedua-dua buku ini dalam masa kurang  2 jam, dan saya tak puas berulit dengan lukisan-lukisan cantik ini. Nak lagi, please! 

No comments:

Post a Comment