Wednesday, March 21, 2012

E787: Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati

Photobucket 

: 21 Mac 2012.
: Malam yang nyaman dan sejukkkkkkkkkkkkk.
: Mineral Water & Bihun Goreng.
: Tee Langkawi & Tracksuit.
: TV9 - Saksi Maut.
: Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band.

Siri Diari Mat Despatch kembali lagi, kali ini berkisarkan tentang patah hati. Tapi bukan Idlan Rayyan yang patah hati tapi sepupunya, Aman. Edisi patah hati ini berkisahkan tentang dia yang diminta oleh ibunya untuk memulihkan semangat Aman yang baru putus tunang. Macam biasa, kalau sudah karya Tuan Bahruddin ni pastilah sarat dengan falsafah-falsafah hidup yang tak pernah habis.
Jangan meletakkan keindahan yang berlebihan kepada apa yang tiada, tetapi letakkan risau yang banyak kepada apa yang ada. (m/s 21)
Nasihat itu adalah saudara kepada 'masalah'. Semakin besar 'masalah', semakin besar nasihat. (m/s 35)
Jangan hairan melihat manusia mencuba walaupun mereka tahu tetap akan gagal, kerana mencuba itu juga adalah suatu kebahagian untuk mereka yang tidak pernah berada dalam kebahagian itu sendiri. (m/s 60)
Cinta itu seperti ekor kucing. Kamu tidak daat memiliki hanya ekor kucing itu. Sekiranya kamu cuba menariknya, kamu akan sakit. Jadi, bagi mendapatkan ekor kucing, kamu jangan tarik ekornya, tetapi usap-usaplah kepalanya dan angkat seluruh tubuhnya. Begitulah juga cinta manusia, kamu tidak boleh menarik cintanya sahaja. Kamu perlu mengambil fikiran manusia itu, dan pastikan kamu mampu menanggung dia. barulah cinta akan menurut. (m/s149)

Membaca kisah ini, kamu akan banyak belajar berkenaan perhubungan cinta. Bagaimana untuk menyintai, bagaimana untuk sembuh dari patah hati, persepsi orang tentang cinta. Banyak. Paling penting, novel ini mengajar kamu tentang cinta, tetapi dengan cara yang lebih baik dan lebih sopan. Tak ada kisah pegang tangan, keluar dating tapi kamu tetap akan bertemu dengan cinta. Senyum.

No comments:

Post a Comment