Thursday, March 29, 2012

E791: Kopi

Photobucket

: 29 Mac 2012.
: Oh beg sandangku.
: Kerepek Kentang.
: Maxi Pyjamas.
: Akasia - Cinta Buat Emelda.
: Hatiku Milikmu - Nera.

Ini bukan naskhah fiksyen pop pertama yang saya beli. Tapi ini antara naskhah yang masuk dalam senarai-kena-beli saya ketika saya mengetahui tentang kewujudannya melalui laman mukabuku. Tak tahu kenapa, tapi mungkin sebab saya tertarik dengan tajuknya - Kopi. Mungkin sebab aromanya, atau mungkin sebab rasanya yang mampu untuk buat aku celik mata sehari semalam tanpa masalah. Untuk Kopi ini, saya berjaya pujuk abang untuk bawa saya ke e-curve dan tercari-cari booth yang menjualnya.

Kopi - Sebuah Antologi Cerpen Fixi.

Bak tulisan yang tertulis di belakangnya, naskhah ini memang kaya dengan pahit, manis, hitam, putih, payau, pekat, sedap, likat, kelat sampai boleh buat saya khayal. 19 buah cerpen yang terkandung di dalamnya - ada yang sweet-sweet, ada yang manis-manis pahit dan ada juga yang bagi kejutan pada pengakhirannya. Saya tak pandai untuk mengulas lebih-lebih, tak mahu sebenarnya. Sengih senget. Cukuplah saya kongsikan tajuk-tajuk cerpen yang ada kalau-kalau mampu untuk menambat jiwa yang lain. Tapi sorry to say, penjualan Kopi secara online sudah pun ditutup. Kalau nak, kenalah berkunjung ke event-event tertentu atau paling senang, pergi sahaja ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada penghujung April nanti. Ada dekat sana nanti.

Kopi Tiga Rasa - Shaz Johar
Bersaksi Kopi - Dayang Noor
Kopi Kola - Nadia Khan
Kopi, Donut dan Bayang Gadis Berambut Hijau - Adib Zaini
Cinta Kopi - Gina Yap Lai Yoong
Luwak dan Kretek - Ridhwan Saidi
Kopi Percik - Amal Hamsan
Kau Kopikoku - Dheepan Pranthaman
Kopi Jantan Kaw - Nik Adam Ahmad
Cethu - Nabila Najwa
Barista Cinta - Shafaza Zara Syed Yusof
Hari Inditih - Asyraf Bakti
Malam, Di Meja Kau Lentok - Hafiz Hamzah
Ritual - Luc Abdullah
Tangan Berulat - Fadhli Al-Akiti
Venti - Redza Minhat
Kopi Julia - Faizal Sulaiman
Secangkir Kopi Bersama Dia - Syaihan Shafiq
Kopi Mimpi - Raja Faisal

Mendahului carta kesukaan saya adalah cerpen ke-3, 14, 5, 7, 2, 1 dan 18. Haha, sengaja disusun begitu. Kalau mahu review detail, sila ke laman Lord Zara, salah seorang pengarang untuk salah satu cerpen yang terkandung di dalam Kopi. Jemput ke sana, ya. Selain dari cerita-cerita yang ternyata mampu memberikan saya kepuasan, saya juga tersangat jatuh cinta dengan naskhah ini kerana saiznya yang kompak, font type yang sangat membantu pembacaan saya dan juga kertas-kertasnya yang buat saya kerap kali mencium naskhah ini, mengambil harum bau buku.

Khayal. :)

Wednesday, March 21, 2012

E788: Bercinta Dalam Tahajudku

Photobucket

Sepatutnya novel ini dibaca ketika waktu senggang, kebiasaanya setengah jam sebelum tidur. Tapi dek kerana gangguan internet dek modem yang tak berapa betul selepas di'on' semula lewat petang tadi dan kemudiannya diminta untuk menunggu hampir sejam untuk di'reset'kan semula, terus saya mencapai novel ini di rak dan menyambung bacaan. Ini kisah dari seberang, kisah dari Indonesia yang telah diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Melayu kita.

Move on!

Itu tema utama kisah ini. Kisah kebangkitan dan kisah perubahan seorang gadis bernama Kisi Carissa yang merupakan anak tunggal dalam keluarga. Dia egois, keras kepala, manja dan panas baran. Namun, pemergian ayahnya telah merentap separuh kekuatannya. Tak cukup itu, orang yang dia sukai pula menyukai orang lain yakni sahabat baiknya sendiri. Namun, Tuhan hadirkan Ustaz Bangga dalam hidupnya. Dari situ, Kisi mula mendekatkan dirinya kepada Tuhan, membawa dirinya ke jalan Allah. Walaupun niatnya bukan kerana Allah, tapi orang-orang kelilingnya percaya bahawa satu hari nanti Kisi akan melakukan itu kerana Allah SWT. Ketika Kisi mula ikhlas untuk berubah, dia didatangkan dengan satu musibah. Kaki kanannya terpaksa dipotong kerana kemalangan. Dari situ, dia belajar erti sabar dan tawakkal. Paling penting, dia belajar untuk ikhlas memaafkan orang lain. 

Tapi ini bukan mimpi. Ini harapan! Harapanlah yang mendorong kita. m/s 107
Tiada istilah terlambat bagi memulakan sesuatu yang baru. m/s 174

Ini kisah transformasi seorang gadis biasa kepada luar biasa - seorang gadis yang lemah dan manja yang mana pada akhirnya mnejadi seorang gadis tabah yang sentiasa sabar menerima ujian dari Allah. Seorang gadis yang akhirnya percaya pada qada dan qadar Allah, seterusnya boleh memaafkan seorang yang telah membuatkan dia hilang salah satu nikmat. 

E787: Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati

Photobucket 

: 21 Mac 2012.
: Malam yang nyaman dan sejukkkkkkkkkkkkk.
: Mineral Water & Bihun Goreng.
: Tee Langkawi & Tracksuit.
: TV9 - Saksi Maut.
: Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band.

Siri Diari Mat Despatch kembali lagi, kali ini berkisarkan tentang patah hati. Tapi bukan Idlan Rayyan yang patah hati tapi sepupunya, Aman. Edisi patah hati ini berkisahkan tentang dia yang diminta oleh ibunya untuk memulihkan semangat Aman yang baru putus tunang. Macam biasa, kalau sudah karya Tuan Bahruddin ni pastilah sarat dengan falsafah-falsafah hidup yang tak pernah habis.
Jangan meletakkan keindahan yang berlebihan kepada apa yang tiada, tetapi letakkan risau yang banyak kepada apa yang ada. (m/s 21)
Nasihat itu adalah saudara kepada 'masalah'. Semakin besar 'masalah', semakin besar nasihat. (m/s 35)
Jangan hairan melihat manusia mencuba walaupun mereka tahu tetap akan gagal, kerana mencuba itu juga adalah suatu kebahagian untuk mereka yang tidak pernah berada dalam kebahagian itu sendiri. (m/s 60)
Cinta itu seperti ekor kucing. Kamu tidak daat memiliki hanya ekor kucing itu. Sekiranya kamu cuba menariknya, kamu akan sakit. Jadi, bagi mendapatkan ekor kucing, kamu jangan tarik ekornya, tetapi usap-usaplah kepalanya dan angkat seluruh tubuhnya. Begitulah juga cinta manusia, kamu tidak boleh menarik cintanya sahaja. Kamu perlu mengambil fikiran manusia itu, dan pastikan kamu mampu menanggung dia. barulah cinta akan menurut. (m/s149)

Membaca kisah ini, kamu akan banyak belajar berkenaan perhubungan cinta. Bagaimana untuk menyintai, bagaimana untuk sembuh dari patah hati, persepsi orang tentang cinta. Banyak. Paling penting, novel ini mengajar kamu tentang cinta, tetapi dengan cara yang lebih baik dan lebih sopan. Tak ada kisah pegang tangan, keluar dating tapi kamu tetap akan bertemu dengan cinta. Senyum.