Quick Update #4

Assalamualaikum.

Banyak benda nak cerita sebenarnya tetapi keadaan sangat tidak mengizinkan. Ini pun mencuri sisa-sisa waktu dari baki 24 jam yang tinggal untuk tempoh penggunaan broadband. Walaupun rindu nak berkongsi itu dan ini tapi sungguhlah masa tidak mengizinkan.


  1. Minggu pertama untuk semester terakhir ini berakhir dengan macam-macam cerita. Cerita lewat bangun pada hari pertama dan terlepas kelas pertama. Cerita Bengkel dan Kerjaya yang sangat menghiburkan. Cerita presentation pertama selepas dua bulan yang berakhir blur. Macam-macam kisah pun ada. HAHA. 
  2. Menghabiskan RM200 voucher dengan sembilan buah buku dan juga segala macam stationery yang sangat berguna untuk sem akhir ini. Semoga tak perlu untuk meminjam lagi. :)
  3. Seram sejuk memikirkan FYP. Sudah menekan 'panic button' tapi harus tetap cool. InsyaAllah.
  4. Buat seseorang, moga memahami. Saya perempuan, jadi saya tahu di mana tempat saya. Saya tak akan memulakan melainkan awak yang mengambil langkah pertama. Maaf, saya masih dalam proses membiasakan. :D
  5. Mood yang agak tunggang terbalik.
  6. Menjelang Jumaat ini, saya tak meminta banyak. Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya hanya mahu bahagia. Kalau tak boleh lama, sehari itu pun cukuplah. Semoga Allah makbulkan. 

Rindu, rindu dan rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

0 comments:

Post a Comment

Sila menconteng menggunakan gaya bahasa yang sopan agar dapat menyenangkan hatimu dan hatiku juga. Kalau kita tak jaga bahasa kita, siapa lagi.

Sekian, terima kasih.


i alway hope that it's you!