E783: 24 February

Lagi entri tanpa gambar. Kali ini saya mengemaskini blog ini di sebuah restoran makan segera yang terletak di Tambun, berdekatan dengan Lost World of Tambun dengan ditemani oleh bauan nugget yang baru digoreng. Enak kan? Menumpang guna wireless bermodalkan RM11.45 sen untuk satu set hidangan. 

24 Februari 2012.
Menambahkan satu lagi usia.
Harap makin matang.
Makin bijak menongkah cabaran hidup
Bertambah sabar dalam menjaga kesabaran.
InsyaAllah.

Buat kawan-kawan yang ingat even secara tak sengaja sebab terbaca alert di mukabuku, terdengar bunyi reminder di phone atau apa saja cara, terima kasih. Buat yang terlupa, tak mengapa. Saya tak mengharap apa-apa sebab saya juga selalu buat begitu. Saya juga jarang mengucapkan, jadi saya tak mengharap sebarang ucapan. Kalau ada, alhamdulillah kerana ada yang mengingati saya dan terima kasih sekali lagi.

Saya sedar saya terlalu banyak menadah tangan. Syukur saya kerana di sekeliling saya masih ramai yang sudah memenuhi tadahan tangan saya. Mencukupkan apa yang tidak mampu saya cukupkan. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Kalau satu hari ini ditakdirkan saya hilang ingatan, saya hilang penglihatan, saya selalu berharap agar saya tak pernah lupa kamu, kamu dan kamu yang selalu penuhi tadahan tangan saya. Semoga saya tak pernah terlupa. Dan semoga Allah selalu mengingatkan saya pada kamu, kamu dan kamu semua. 

Semua yang diatas adalah benar kecuali satu.
Saya menunggu ucapan dari seseorang. Hanya seorang.
Gulp. 

0 comments:

Post a Comment

Sila menconteng menggunakan gaya bahasa yang sopan agar dapat menyenangkan hatimu dan hatiku juga. Kalau kita tak jaga bahasa kita, siapa lagi.

Sekian, terima kasih.


i alway hope that it's you!