Sunday, February 5, 2012

E782: Hafalan Shalat Delisa

Photobucket 

: 5 Februari 2012.
: Harimau Muda VS Bahrain... aummmmmm.
: Nasi Putih + Ayam Sambal & Air Kosong.
: Tee Shirt Biru Tua & Pants.
: Anak - Astro Prima.
: Penerang Hati - 6ixth Sense feat Saujana.

Assalamualaikum. 

Ini merupakan sebuah filem Indonesia yang saya tunggu-tunggu tayangannya. Di Indonesia, filem ini ditayangkan pada bulan Disember lepas, bagi memperingati tragedi tsunami dua ribu empat dulu. Sewaktu terpandang iklan yang filem ini ditayangkan di Astro First, saya hampir-hampir nak melanggan. Tapi, saya lenggahkan dulu. Dan beberapa hari lepas, filem ini telah sedia untuk didownload. Apa lagi, laju saja saya menyedut dan malamnya, beranak sungai mata saya dibuatnya.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Buat yang tak tahu, filem ini merupakan filem berdurasi 1 jam 40 minit yang diadaptasi dari sebuah novel bestseller tulisan Tere Liye. Mengangkat tajuk yang sama seperti novelnya, filem ini boleh dikatakan mengikut hampir 90% dari novelnya. Dan disebabkan saya sudah bercerita hampir detail berkenaan novel Hafalan Shalat Delisa, jadi saya tak bercadang untuk bercerita berkenaan sinopsis filem ini lagi. Jadi, kalau kamu bukan antara manusia yang mengemari buku, saya akan mencadangkan supaya kamu menonton filem ini. Sungguh tak rugi. Saya menangis seawal minit ke-14 lagi. Menangis bukan kerana sedih, tapi kerana dialog-dialognya yang sangat meresap ke dalam hati. 
"Delisa tidak suka pantai." Terus abi bertanya, "Kenapa?" Jawab Delisa, "Karena pantai sudah membawa ummi pergi!" Abi pandang Delisa dan berkata, "Yang membawa ummi pergi itu bukan pantai, itu cubaan."
Nah, itu baru satu dialognya. Banyak lagi yang boleh meruntun airmata. Mengangkat tema cinta apapun biarlah kerana Allah, saya kira airmata itu berbaloi. Ini cerita yang penuh dengan taulan dan pengajaran. Cerita tentang bagaimana seorang anak kecil yang kehilangan ummi dan ketiga-tiga kakaknya bangkit dan meneruskan hidup seperti biasa, malah lebih kuat dari abinya sendiri. Cerita yang mengajar kita bagaimana untuk memudahkan penghafalan ayat al-Quran iaitu dengan cara mengetahui maksudnya. Cerita ini juga mengajar kita sebab kenapa kita tidak harus untuk mencemburui saudara kita sendiri. Cerita yang memberitahu kita, apabila melakukan sesuatu maka lakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan hadiah. Ahhh, banyak lagi sebenarnya.

Lembut kukenang kasihmu ibu,
Di dalam hati kini ku menanggung rindu,
Kau tabur kasih seumur masa,
Bergetar syahdu oh di dalam nadiku.

Lagu temanya juga syahdu saja. Kalau dengar, sure akan teringat emak. Apapun, jauh di sudut hati saya berharap one day, produksi filem Malaysia mampu untuk terbitkan filem-filem begini. Biar CGInya tidak secantik mana, asalkan baik penyampaikan dan elok teladannya. Biar yang menarik airmata itu kerana sampai mesejnya bukan yang menarik airmata itu kerana tangisan pelakon perempuannya.

Malas mendownload? Tak punya Astro? Tengok di sini saja. :)

Saturday, February 4, 2012

E781: Grrr... Geramnya!

Photobucket 


: 4 Februari 2012.
: Sejuk dan mulai sakit dada.
: Jus Tembikai & Chicken Chop.
: Maxi Pyjamas.
: Aku Mahu Terbang - Youtube.
: Terbang - Vierra.

Assalamualaikum.

Novel ini saya beli terus dari Jemari Seni, bersama-sama dengan novel Hlovate - Geng ABCDE Bercuti Ke Arau. Saya boleh terpengaruh untuk membeli novel ini lepas terbaca satu review di Goodreads which is tempat paling sesuai untuk saya memanjangkan list kena-beli yang ada dalam purse saya gara-gara review. Nasib badan. 
Marah itu sebenarnya ialah secebis api yang bersumber daripada api Allah yang menyala-nyala, yang panasnya naik ke pangkal hati dan api itu bersemadi pula di lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Daripadanya pula terpancar sifat bongkak yang terpendam dalam hati orang yang sombong, seperti terpancarnya api daripada batu yang bergesel dengan besi. M/S 431
Marah. Itulah tema yang diangkat oleh penulis novel ini seterusnya menjadikan novel ini lain dari yang. Grrr... geramnya! mengisahkan tentang Ila seorang pekerja di syarikat Lanhua yang akhirnya meletak jawatan dengan notis 24 jam gara-gara marah dengan kenaikan gajinya yang sedikit. Semuanya gara-gara Chan menyerahkan surat perletakan jawatan kepada bos mereka yang ditulis oleh Ila ketika sedang marah. Demi menjaga egonya, Ila akur untuk berhenti kerja. Dari sini, bermulalah kisah Ila seorang penganggur yang duduk di rumah sewa dan sangat berkira orangnya. Dari kes orang buang sampah ikut tingkap, kawan cari waktu susah waktu senang dia lupa, kecil hati dengan anak saudara sendiri, berkecil hati dengan emaknya juga. Pendek kata, Ila asyik menuding jari ke arah orang lain. Itu tak kena, ini tak kena. Yang betul, hanya dia! 

Jujurnya, plot cerita ini terlalu panjang sebelum bertemu dengan klimaksnya. Itu sebablah saya mengambil masa yang terlalu lama untuk mengabiskan novel itu. Ceritanya bagus, banyak sangat teladan yang boleh diambil - kawal perasaan marah, jangan mudah nak menuding jari ke arah orang lain, jangan nilai orang itu kefahaman kita sedangkan kita tak kenal pun orang tu lagi, belajar jadi tolak-ansur. Banyak! Cuma monolog Ila itu terlalu banyak. Lagi-lagi dia mengomel tentang orang itu dan orang ini sampai saya jadi fed-up. Nasib baik dia hanya wujud dalam novel, jadi saya kena akur dengan ceritanya. Kalau tidak, saya memang angkat kaki dari hadap orang begini. Sigh.

Wednesday, February 1, 2012

E780: Hanazakari no Kimitachi e 2011

Photobucket 

: 1 Februari 2012.
: Kuala Lumpur - Kuala Perlis - Langkawi = Jet Lag. :)
: Air Kosong & Ayam Goreng.
: Baju Tidur.
: Hafalan Solat Delisa (Filem Indonesia).
: Boku Wa Kimi Ni Koi Wo Suru - Ken Hirai.

Assalamualaikum. 

Empat hari di Kuala Lumpur, saya berjaya menghabiskan siri Hanakimi Remake sebanyak 11 episod. Saya mula menonton siri ini sebelum ke Kuala Lumpur lagi sebenarnya, tapi disebabkan ada tetamu di rumah selama tiga hari, jadi saya berhenti menonton sekejap. Rasa macam kurang sopan rasanya kalau saya berkurung dalam bilik. Bukankah tetamu itu membawa rezeki, jadi haruslah dilayan secara elok.

Menonton episod pertama siri ini, saya masih terbayangkan ke'cool'an Oguri Shun, kecomelan Horikita Maki dan ke'happy-go-lucky'an Ikuta Toma. Maka dengan itu wujudlah perbandingan antara siri 2007 dan juga siri 2011. Tapi, selepas selesai menonton kesemuanya terus pandangan saya berubah. Masing-masing ada kelebihannya tersendiri. Tapi masih terlalu sarat dengan nilai persahabatan. Too much. Masih kekal dengan tagline - Ikemen Paradise, jalan ceritanya hampir sama cuma ada banyak perubahan yang berlaku. Sebab kenapa Ashiya Mizuki masuk Ohsaka Gakuen juga berubah, cara Sano Izumi tahu yang Mizuki adalah seorang perempuan juga berlainan. Begitu juga dengan kes terbongkarnya rahsia Mizuki, itu juga lain.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Kalau mengikut perbezaan watak, saya lebih gemarkan yang lama. Sano Izumi lakonan Oguri Shun lebih cool, sesejuk dan sekeras iceberg. Caranya lebih menampakkan 'jurang' yang dia cuba ciptakan. Untuk versi baru ini, Sano Izuminya tidak sesejuk dan sekental itu. Lebih mudah tersenyum, tak adalah suka menyendiri sangat. Macam tu juga dengan watak Ashiya Mizuki yang dilakonkan Horikita Maki nampak lebih brutal berbanding Atsuko Maeda. Nakatsu? Ikuta Toma atau Shohei Miura, kedua-duanya pun nampak ceria dan always happy-go-lucky.

Ada satu benda saya paling suka dengan siri baru ini. Apa?

Penekanan pada hubungan Sano Izumi dengan Ashiya Mizuki. Untuk siri baru ini, kisahlah lebih fokus kepada mereka berdua sampai saya langsung tak rasa yang Nakatsu mampu menjadi orang ketiga di antara mereka berdua. Tak macam siri 2007, saya rasa insecure sikit. Sengih. Lagi satu, ending siri baru ini lebih sweet. Kalau siri lama, kena tunggu episod istimewa baru nampak sweetnya Sano-Mizuki tapi kali ni tak payah tunggu episod istimewa. :D

If you have the time to worry about the future, you might as well enjoy every second, every minute that you are spending with your friends. Don't fear.
Oh ya, sebelum terlupa. Happy birthday, Baddrol Bakhtiar. HAHA.