Monday, January 30, 2012

E779: Permintaan Tukang Reka

Photobucket 

: 30 Januari 2012.
: Langkawi - Kuala Kedah - Sungai Petani - Kuala Lumpur.
: Teh O & Bihun Goreng.
: Tee Putih & Tracksuit.
: Hanazakari No Kimitachi E - Ikemen Paradise 2011.
: Love Story - Melly Goeslow feat Irwansyah.

Lagi cerita berkenaan Buku Nota Conteng-Conteng. Tapi kali ini, saya ingin menunaikan permintaan tukang reka buku yang kepingin nak tahu apakah yang saya buat dengan buku nota ini. Errr, actually beliau nak tahu  bagaimana pemilik-pemilik buku nota ciptaan beliau menggunakan buku nota tersebut. Macam beliau sendiri, buku nota itu dijadikan buku inspirasi dan idea

Cara saya?

Sebelum bercerita tentang apa yang saya tulis dalam buku nota ini, pertamanya saya telah menambah penanda untuk memudahkan saya menyelak buku nota ini. Untuk membuat penanda ini, saya telah pun mengunakan fabric tape chocolate polkadots dan juga pink checkered dan juga benang biru. Ya, biru untuk memberi lebih warna pada buku nota ini.

Photobucket Photobucket

Saya memilih untuk menjadikan buku nota ini sebagai buku catatan terbaik dua ribu dua belas - Best of 2012. Saya telah mencatatkan apa yang terjadi sepanjang 25 hari yang telah berlalu dan insyaAllah saya akan terus menulisnya tanpa meninggalkan satu hari pun. Selain itu, buku nota ini juga akan dipenuhi dengan segala list - reading list, buying-book list, qoute best dari novel, reminder dan etc. Senang cerita, buku ini akan dipenuhi dengan segala apa yang pernah berlaku dalam tahun 2012 - sedih, gembira, seronok dan semuanya. InsyaAllah. Sebab itulah saya namakan ianya - Best of 2012.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Actually, saya memulakan 'Best of 2012' ini menggunakan buku lain. Tetapi, sebaik sahaja buku nota ini sampai terus saya terfikir apa salahnya saya menggunakan buku ini sebagai buku Best of 2012 saya, sementelah buku nota ini disertakan sekali dengan kalendar 2012. 

Oh ya, sila abaikan lukisan 'not' nice saya. Sengih.

4 comments:

  1. DK belum boleh upload apa-apa sebab baru nak mula. Entah apa-apa sahaja yang DK repekkan dalam buku nota tu.

    =)

    ReplyDelete
  2. wow! kreatifnya kamu... anyway, nice blog... saya follow
    anyway, ni blog saya: razmankamarudin.blogspot.com
    singgah la ye

    ReplyDelete
  3. DK: repekkan jelah apa-apa pun, dah nama pun contengconteng. hehe. make sure kongsi nanti. nak tahu juga DK buat apa dengan buku tu. :)

    Razman: terima kasih. btw, dah singgah tadi. nice. siap copy gambar lagi. tumpang lalu. :)

    ReplyDelete
  4. kretifnya!!!! aku punya dah berconteng2..... ntah bila nak buat entri ntah..... =)

    ReplyDelete