E777: Ukhwah Fillah

Photobucket

: 12.44AM.
: Bohong kalau cakap tak kecewa, tapi saya tetap ada bersama kamu.
: Teh Ais & BBQ Spring Potato.
: White Tee & Pants.
: Kedah (0) VS Kelantan (3) - Astro Arena.
: Salam Terakhir - Sudirman.

Sebenarnya saya nak share video ini. Video yang hampir buat saya menitik airmata siang tadi, beberapa minit sebelum saya bersiap untuk keluar. Kalau boleh saya nak semua orang tengok video ni. 

Tengok video ini, terus saya teringat kisah 'chipsmore'.

Berkongsi makanan boleh mengeratkan lagi hubungan. Saya percaya dengan kuasa 'makan setalam' ini sebab hikmahnya saya baru nampak dua hari lepas. Ia sekadar kisah bedtime story antara saya dan teman se'katil' double menerusi IM Facebook. Tengah-tengah bersembang, dia kata dia lapar dan saat itu terus saya terpandang balang biskut chipsmore yang ada di atas meja saya itu. Terus saya tulis pada teman saya, kalaulah boleh send by email.

Semua itu tindakan spontan saya bila tahu dia lapar.

Bila teman saya tegur yang itu adalah perbuatan sweet, terus saya terfikir dari mana datangnya perasaan 'ikhlas' berkongsi itu. Terpaling ikhlas, sebab ia spontan. Apa yang datang dalam fikiran saya waktu itu, semuanya tentang apa yang pernah berlaku sewaktu kami ber'kongsi' katil double dulu. Waktu itu, kami menghuni satu dorm dan kebetulan kami sekelas. Jadi, apa yang saya makan itulah juga yang dia makan. Pendek kata, kalau dia makan burger pastilah saya merasa burger juga. Kalau saya makan bihun goreng, mereka pun akan merasa bihun goreng saya. Senang cerita, bila ada yang buka mulut cakap lapar, pasti ada sahaja tangan yang sedia menghulur biskut atau apa sahaja yang boleh dimakan. Kami juga pernah berkongsi maggi berlainan jenama untuk dibuat murtabak maggi dan kami makan beramai-ramai dari satu pinggan. Seronoknya berkongsi. Dan sungguh saya tak sangka perasaan itu ada sampai sekarang, sedangkan hakikatnya sudah hampir dua tahun kami hidup berasingan. 

Ukhwah itu manis, lebih manis dari gula-gula sebenarnya. Senyum.  

0 comments:

Post a Comment

Sila menconteng menggunakan gaya bahasa yang sopan agar dapat menyenangkan hatimu dan hatiku juga. Kalau kita tak jaga bahasa kita, siapa lagi.

Sekian, terima kasih.


i alway hope that it's you!