E776: Kelabu Asap

Photobucket 

: 19 Januari 2012.
: Uissh, mengantuk sudah. :)
: Nugget & Mineral Water.
: Maxi Pyjamas Polkadots.
: Surirumah 7 Hari - TV9.
: Jaga Selalu Hatimu - Seventeen.

Ini cerita lama. Cerita yang datangnya dari sebuah buku sarat gambar dan kenangan. Tak perlu mencoret banyak kata, menyelak helaian-helaiannya sahaja sudah cukup untuk buat hati terkenangkan kisah awal remaja dulu. Untung juga ada buku sekolah, boleh juga terkenang-kenang zaman naif dulu. Sengih.

Dalam banyak-banyak edisi, saya paling tercuit dengan edisi ke-15 ini. 

Photobucket Photobucket

2 Amal. 

Okey, sila cari di mana saya. Kalau betul, saya nak bagi hadiah. Serius! Jujurnya saya banyak kenangan dengan mereka, tapi mereka kurang kenangan dengan saya. Tapi, dalam kurang-kurang itu pun saya pasti mereka akan ingat saya. Tak berapa yakin, tapi hampir pasti. 

Duduk diam tak kacau orang,
Suaranya mahal sukar kedengaran,
Tapi jangan buat dia bengang,
Nadia empunya gerangan. 

Ini bukan saya tulis. Ini seloka, karya rakan sekelas. Bila baca ini jer, terus saya ingat sesuatu dan saya gelak. Ya, saya pernah mengamuk dalam kelas. Saya ingat lagi, petang tu (saya sekolah sesi petang waktu ni) sepatutnya waktu Pendidikan Jasmani tapi yang girls tak turun sebab cikgu tak ada. Kebetulan saya bertugas, jadi saya pun buatlah tugas saya. Kemudian, adalah seorang manusia ni masuk kelas lepas tu sound saya kononnya saya tak buat tugasan. Entah angin apa melanda waktu itu, saya lawan cakap dia kemudian dia tengking saya. Terus saya bangun, tendang kerusi dan keluar kelas. Waktu ni saya memang pendiam tahap tak tahu nak cakap. Jadi, bila budak pendiam lepas geram sure la semua terkejut kan. Sengih. Balik pada kisah pendiam, budak-budak kelas panggil saya budak suara emas sebab payah nak dengar suara saya. Gelaran tu lekat dengan cikgu-cikgu juga. Paling tak sangka, pakcik driver bas pun panggil saya macam tu siap tambah lagi, Cik Sengih - modal saya, orang tegur saya sengih. 

Alhamdulillah, sekarang ni penyakit tu tak teruk sangat dah. Belajar dari pengalaman, kan? Sengih. Cuma satu jelah, saya payah nak ramah dengan orang yang baru saya kenal. Dicop sombong, berlagak tu dah macam kawan karib la. Padahal kalau orang kenal, saya boleh jadi orang mulut pot pet pot pet juga. Apa kata orang, tak kenal maka tak cinta. :)

0 comments:

Post a Comment

Sila menconteng menggunakan gaya bahasa yang sopan agar dapat menyenangkan hatimu dan hatiku juga. Kalau kita tak jaga bahasa kita, siapa lagi.

Sekian, terima kasih.


i alway hope that it's you!