E768: 2012

Photobucket 

: 9 Januari 2012.
: Malam yang hangat, ye hangat.
: Bukan lupa tapi sengaja, selamat ulangtahun sayang. 
: Chipsmore + Air Kosong.
: Tee Shirt Putih & Pants.
: TV3 - Jangan Tidur Lagi.
: Untuk Kamu - Hafiz (OST Ombak Rindu)

Selepas lapan hari berlalu, ini entri pertama untuk tahun 2012.

Gambar di atas diambil ketika saya berada di kampung di penghujung tahun lepas. Diambil dengan sebab mahu test camera mode. Diambil beberapa jam selepas saya sampai dari Kuala Lumpur. Tak ada apa pun sebenarnya di dalam gambar itu, tapi ada seseorang yang sudah di hujung usia (pada ketika itu) di sebalik dinding kayu itu. Dan siapa sangka, gambar ini jugalah yang akan mengingatkan saya pada Wan.

Sebak.

Kalau nak dikatakan saya ini cucu kesayangannya, tidak. Cuma mungkin saya paling rapat dengan Tok dan Wan sebab saya pernah tinggal di kampung hampir sebulan juga untuk jaga dan temankan mereka. Waktu itu, Wan memang sudah tak ada kudrat untuk berdiri sendiri. Sampaikan waktu saya nak sambung belajar balik, Wan tak sudah-sudah pesan pada Mak Lang untuk berikan saya belanja. Kadang-kadang bila lama saya tak menjengah kampung, mulalah mak lang call dan cakap yang Wan menyebut-nyebut nama saya. Pernah juga satu ketika, dia tak kenal cucu-cucu yang lain tapi bila Wan tengok saya dan Wan sebut nama saya. Pertengahan Disember lalu, mak ajak saya balik kampung. Asalnya seminggu sahaja, tapi kemudian melarat hampir dua minggu juga. Hari nak bertolak balik tu, saya sempat jenguk Wan tapi dia tidur. Tak sampai hati saya nak kejutkan sebab waktu tu memang Wan dah tak mahu bercakap dengan sesiapa. Wan jarang buka mata. Jadi, saya terus salam Tok dan terus keluar rumah. Dan saya tak sangka itulah terakhir kalinya saya pandang Wan dengan jasad yang masih bernyawa. 

Photobucket

Malam 31 Disember, saya tak boleh tidur. Saya rasa rindu pada semua orang, rindu pada kenangan lalu, rindu pada semuanya sampaikan saya membebel seorang diri di Twitter kemudian ada teman yang sudi layan memori bersama saya. Sebaik sahaja saya tweet selamat malam, terus saya dengar telefon rumah berdering. Hati saya sudah dapat mengagak tapi saya tak keluar bilik. Saya tunggu sebab kalau hal penting saya pasti mak akan ketuk pintu bilik saya. Dan akhirnya pintu bilik saya diketuk, saya buka dan mak sampaikan berita tu pada saya. Saya hanya terdiam. Saya pandang beg baju. Saya tak sempat  keluarkan baju-baju dari beg, tapi pagi itu, beg itu juga yang saya angkut kembali. Tak ada airmata yang menitik sehinggalah saya lihat wajah Wan yang seperti sedang tidur. Saya redha, saya terima sebab saya juga pernah minta kat Dia - kalau pergi itu jalan terbaik maka Kau ambillah. Saya tak sanggup tengok Wan begitu lagi. Dan akhirnya Wan pergi juga.

Semoga Wan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Orang redha Wan pergi, sekurang-kurangnya orang pernah jaga Wan macam mana Wan pernah jaga orang waktu orang kecil-kecil dulu. Semoga Wan tenang di alam sana.

Al-fatihah. 

0 comments:

Post a Comment

Sila menconteng menggunakan gaya bahasa yang sopan agar dapat menyenangkan hatimu dan hatiku juga. Kalau kita tak jaga bahasa kita, siapa lagi.

Sekian, terima kasih.


i alway hope that it's you!