Monday, January 30, 2012

E779: Permintaan Tukang Reka

Photobucket 

: 30 Januari 2012.
: Langkawi - Kuala Kedah - Sungai Petani - Kuala Lumpur.
: Teh O & Bihun Goreng.
: Tee Putih & Tracksuit.
: Hanazakari No Kimitachi E - Ikemen Paradise 2011.
: Love Story - Melly Goeslow feat Irwansyah.

Lagi cerita berkenaan Buku Nota Conteng-Conteng. Tapi kali ini, saya ingin menunaikan permintaan tukang reka buku yang kepingin nak tahu apakah yang saya buat dengan buku nota ini. Errr, actually beliau nak tahu  bagaimana pemilik-pemilik buku nota ciptaan beliau menggunakan buku nota tersebut. Macam beliau sendiri, buku nota itu dijadikan buku inspirasi dan idea

Cara saya?

Sebelum bercerita tentang apa yang saya tulis dalam buku nota ini, pertamanya saya telah menambah penanda untuk memudahkan saya menyelak buku nota ini. Untuk membuat penanda ini, saya telah pun mengunakan fabric tape chocolate polkadots dan juga pink checkered dan juga benang biru. Ya, biru untuk memberi lebih warna pada buku nota ini.

Photobucket Photobucket

Saya memilih untuk menjadikan buku nota ini sebagai buku catatan terbaik dua ribu dua belas - Best of 2012. Saya telah mencatatkan apa yang terjadi sepanjang 25 hari yang telah berlalu dan insyaAllah saya akan terus menulisnya tanpa meninggalkan satu hari pun. Selain itu, buku nota ini juga akan dipenuhi dengan segala list - reading list, buying-book list, qoute best dari novel, reminder dan etc. Senang cerita, buku ini akan dipenuhi dengan segala apa yang pernah berlaku dalam tahun 2012 - sedih, gembira, seronok dan semuanya. InsyaAllah. Sebab itulah saya namakan ianya - Best of 2012.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Actually, saya memulakan 'Best of 2012' ini menggunakan buku lain. Tetapi, sebaik sahaja buku nota ini sampai terus saya terfikir apa salahnya saya menggunakan buku ini sebagai buku Best of 2012 saya, sementelah buku nota ini disertakan sekali dengan kalendar 2012. 

Oh ya, sila abaikan lukisan 'not' nice saya. Sengih.

Tuesday, January 24, 2012

E778: Untuk Diconteng

Photobucket 

: 24 Januari 2012.
: Sukanya bila dia ceria.
: Dutch Lady Strawberry Milk & Nugget(s).
: I Love Langkawi Tee Shirt & Pants.
: Hanazakari No Kimitachi E - Ikemen Paradise 2011 - E3.
: -

Cantikkan lukisan Fadh kat atas tu. :)

Jujurnya, saya sangat-sangat suka akan hasil kerja beliau. Kalau tidak, takkanlah saya sanggup beli kedua-dua edisi Buku Conteng-Conteng, kan? Siap menggunakan alamat kolej tu. Lepas tu tersangkut dekat HEP hampir seminggu jugalah. Nak punya pasal, saya redah sajalah. Bukan benda salah pun. Ngeee.

Kali ini, lagi buku conteng-conteng tapi versi buku nota.

Photobucket Photobucket

Buku nota ini disertakan dengan sebatang pensel, sebiji pemadam, jadual waktu dan juga sekeping calendar 2012. Di dalamnya ada lima helai mukasurat bergambar dan yang lainnya ada kosong. Kenapa? Untuk diconteng oleh pemiliknya lah pulaknya.

Nak juga? Silalah ke blog Conteng-conteng. :)

Monday, January 16, 2012

E774: Geng ABCDE Bercuti Ke Arau

Photobucket 

Kononnya, jadi anak remaja belasan tahun. Sengih.

Selepas tiga buah novel yang 'berisi', saya sengaja pilih novel ini sebagai selingan. Pertama, sebab nipis. Kedua, cerita pengembaraan kanak-kanak. Ketiga, cerita di utara tanahair yang dekat di hati saya. Oh ya, novel ini saya beli terus dari Jemari Seni. Perkhidmatannya cepat dan paling penting, saya dapat diskaun 20% dan juga kos penghantaran adalah percuma. Seronok lompat-lompat. 

Geng ABCDE Bercuti Ke Arau ini merupakan karya Hlovate. Ini merupakan karya pertama Hlovate yang ditulis mengunakan Bahasa Melayu yang proper. Seperti biasa, ceritanya masih ada unsur-unsur Islamik yang ditulis indah.

Azrin.
Badrul.
Choon Wai.
Deva.
Ee Lin.

Kisah lima sekawan ini yang menghabiskan cuti persekolahan mereka di kampung Azrin dan Badrul yang terletak di Arau, Perlis. Di situ, mereka berpeluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dilakukan di bandar - mandi sungai, menjala ikan, membuat lastik dan layang-layang, belajar membuat bubu, menjemur koko dan asam keping. Mereka juga berpeluang untuk ke Gua Kelam. Selain itu, mereka juga berjaya dalam misi bidan terjun - membongkar kes penyeludupan dari negara jiran.

Ini kisah biasa untuk kanak-kanak, tapi masih boleh untuk dibuat bacaan santai. Sesekali membaca kisah kanak-kanak, apa salahnya. Boleh ringankan kepala, kurangkan stress, lupakan masalah. Masalah ada di mana-mana, tapi hidup juga masih punya banyak cara untuk dinikmati, kan? Syukuri nikmat pemberianNya.

E773: Hafalan Solat Delisa

Photobucket 

: 16 Januari 2012.
: Lapar tapi bila tengok jam, err serba-salah nak makan. 
: 2 keping Chipsmore + Plain Water.
: Baju Kelawar. :)
: Boboiboy - TV3.
: Ombak Rindu - Hafiz dan Adira (OST Ombak Rindu)

Another secondhand novel yang saya beli dari blog, Cuci Gerobok. Kondisinya masih baik, cuma ada sedikit contengan nama pemilik asalnya di mukasurat pertama. Nama pun secondhand novel, kan? Okey, Hafalan Solat Delisa karya Tere-Liye ini adalah karya dari seberang, Indonesia tapi telah diterjemahkan. Saya sendiri angkat tangan, tak mampu nak membaca versi Indonesia yang saya jumpa dalam bentuk e-book. Mujurlah ada publisher yang mahu menerbitkan karya terjemahan sebagus ini. :)

Ingat lagi tragedi tsunami 26 Disember 2004?

Kisahnya mudah sahaja. Kisah seorang kanak-kanak ceria dan nakal bernama Delisa yang sedang dalam proses menghafal bacaan-bacaan solat dan bakal dihadiahkan dengan kalung berhuruf D, D untuk Delisa. Delisa dibesarkan oleh uminya (abinya bekerja di atas kapal dan hanya pulang setiap tiga bulan) bersama dengan tiga orang kakaknya, Fatimah yang baik hati dan si kembar Zahra, si pendiam dan Aisyah, paling nakal. Mereka hidup sederhana tetapi bahagia. Cukup harinya, Delisa dan uminya ke sekolah untuk ujian praktik solat Delisa. Dan ketika Delisa sedang melakukan praktik solatnya, ketika itulah bumi Lhok Nga bergegar dan kemudiannya hadir tsunami mengulung kampung mereka. Delisa hilang semuanya, termasuk sebelah kaki kecilnya. Dari sinilah bermulanya kisah kebangkitan seorang anak kecil yang berusaha untuk memahami dan mengerti tentang hidup. 

Delisa sedar yang dia sudah kehilangan sebelah kakinya. Kemudian, Delisa dipertemukan dengan abinya. Saat itu, banyak sekali soalan yang dia tanyakan kepada abinya. Soalan tentang umi, tentang kak Fatimah, kak Zahra dan kak Aisyahnya. Dan akhirnya, Delisa sendiri tutup mulut kerana sedar yang soalan-soalan itu membuatkan abinya sedih. Usai sembuh, mereka balik ke Lhok Nga. Delisa ditunjukkan 'kubur' besar kakak-kakaknya. Namun, Delisa tak pernah menunjukkan sedihnya. Dia senyum, ketawa, tetapi bermain bola seperti biasa walaupun terpaksa menjadi goalkeeper. Dia tak pernah sedih. Sambil itu, Delisa masih meneruskan hafalan solatnya walaupun susah. Susah kerana Delisa 'berhutang' sesuatu dari uminya.

Saya menangis membaca novel ini. 

Bermula dari saat Delisa bertemu abinya hinggalah ke akhir cerita. Ceritanya meruntun hati saya. Cerita ini menyedarkan saya tentang banyak perkara. Tentang sejauh mana keihklasan kita dalam melaksanakan sesuatu perkara. Cerita ini juga membawa saya untuk mengerti tentang kekuatan diri untuk memahami segala apa yang terjadi dalam hidup kita. Musibah dan ujian itu sentiasa ada, tapi bagaimana cara kita untuk menanganinya? Macam Delisa, dia memilih untuk tersenyum dan ketawa kerana dia tak mahu abinya bertambah sedih. Delisa tetap Delisa selepas bencana itu, tapi abinya harus menjadi abi, umi, dan kakak-kakak kepada Delisa. Besar dugaan. Sebenarnya, kita boleh belajar macam-macam dari seorang kanak-kanak! Di hujung cerita, Delisa akhirnya bertemu umi tapi... Saya tersentak. Kasihan Delisa.

Delisa menyintai uminya kerana Allah. 
Delisa juga menyintai abinya kerana Allah. 
Kita?
Banyak lagi yang ada dalam novel ini - tentang khusyuknya solat, tentang cara didikan anak-anak, tentang amarah manusia, keagungan kisah seorang ibu. Banyak sangat. 
Saya juga ada baca Semoga Bunda Disayang Allah, versi Indonesia. Faham sikit-sikit sahaja, jadi malas nak buat review. Nak kena cari juga versi terjemahan! Apa lagi, book hunting la. :)
Ini ada versi ebook tapi dalam bahasa Indonesia - Hafalan Solat Delisa. Terima kasih untuk tuan punya. :)

Saturday, January 14, 2012

E772: Dunia Ini Sederhana Kecil

Photobucket 

: 14 Januari 2012.
: Hari yang cerah.
: Oh pms.
: Kentucky Fried Chicken & Susu Dutch Lady.
: Tee Putih & Pants.
: -
: Tapi Bagaimana - Spider.

Disebabkan saya sudah jatuh cinta pada penulisan Bahruddin Bekri, maka saya telah membeli hampir ke semua novelnya. Selepas Siri Mat Despatch, Hidup Penuh Cinta dan Penulis yang Disayang Tuhan, saya balik kepada karya pertama Tuan Bahruddin iaitu Hidup Ini Sederhana Kecil. Kalau tengok kulit bukunya yang oren ceria itu, saya tak rasa ramai yang tertarik untuk membaca. Pada waktu-waktu macam inilah kita kena percaya pada frasa - don't judge a book by its cover. Bacaan pada awal-awal bab teramatlah perlahan, mungkin sedikit bosan tapi saya sudah mula membaca secara laju di pertengahan novel dan saya habiskan 20 bab terakhir dapat masa beberapa jam sahaja. Jujurnya, saya suka ending begitu. Happy ending tapi bukan 'they live happily ever after' yang dongeng itu.  

Dunia Ini Sederhana Kecil membawakan kisah Syamir, seorang graduan ijazah yang sukar mendapatkan pekerjaan dan dibelenggu dengan masalah sewa rumah, bil-bil dan sebagainya. Kemudian, dia mendapat rakan sebilik yang berjiwa perempuan - seluar kecil berenda, bermekap bagai. Sampaikan Syamir dicop gay! Haha. Ada juga kisah Tasha, Haliza, Rina yang merupakan kawan satu kuliah. Lagi kisah Daniel, Ridzuan, pakcik KJ, lelaki gempal dan gitarnya. Dan kisah pertemuan mereka ini dengan Syamir, semuanya bermula di perhentian bas. Ada lagi satu kisah yang terselit di dalam novel ini adalah berkenaan dengan pencarian Formula D yang telah dicuri yang akhirnya menemukan kembali Syamir dan Sophea yang merupakan supervisornya ketika dia bekerja sebagai penjual kicap. 

Banyak watak, tapi digarap hampir sempurna. :)
Ikhlas? Ikhlas itu bukan untuk saya, tetapi untuk Tuhan. Kita buat sesuatu bukan bagi memberi ikhlas kepada manusia, tetapi memberi ikhlas kepada Tuhan. Jadi, saya tidak perlu tahu, sama ada orang itu ikhlas ataupun tidak. Bukan kerja saya. m/s238
Hidup manusia ini roda. Kadangkala di atas kadangkala di bawah. Tidak penting kamu berada di atas atau di bawah, yang penting kamu sebenarnya bergolek di mana? Sama ada di jalan berlumpur, berduri ataupun kamu bergolek di padang-padang rumput yang indah. m/s339
Hidup di bandar ibarat hidup di hutan. bezanya, di hutan kita sudah tahu binatang apa yang perlu kita hindari. Ular mana yang perlu kita elak. Di bandar pula kita tidak tahu siapa yang kita perlu hindari. Siapa yang perlu kita elak kerana semuanya adalah manusia. Bandar lebih bahaya daripada hutan. m/s343
Jangan sesekali fikir Tuhan sudah melupakan kamu. Tuhan tidak pernah melupakan tetapi kita yang sering lupa. Seperti pelangi yang tidak pernah lupa muncul selepas hujan, tetapi manusia yang lupa menatap indahnya pelangi itu. m/s369
Masalah itu umpama terowong yang gelap, tetapi di hujungnya pasti ada cahaya. Cuma terpulang kepada kita, sama ada bersabar dan terus berjalan atau kalah dan duduk meratapi nasib di dalam terowong. Ingat ya, di hujugn terowong pasti ada cahaya. m/s388
Ini merupakan novel secondhand pertama yang saya beli secara atas talian. Biasanya, saya membeli novel-novel secondhand ini di Novelhut tapi dek kerana susahnya untuk mendapatkan karya-karya awal Tuan Bahruddin ini di rak kedai buku, maka dengan itulah saya menjejaknya di atas talian. Kondisinya masih baik walaupun secondhand. Murah pula tu. :)