
E766: A Love Story
I'm not going to write another long entry, but I just want to share this video.
Melepaskan, dan kemudian Allah memberi sesuatu yang lebih baik dari itu. I'm inspired. Usai habis sahaja video ini, secara spontan dan dengan seikhlas hati saya mengirimkan doa semoga si gadis ini mendapat bahagia sehingga ke Jannah. InsyaAllah.
E765: Hidup Penuh Cinta
Buat yang kecewa dengan cinta, buat yang rasa diri sudah tiada makna pada orang sekelilingnya, dan buat yang rasa hidup ini macam celaka, sila rajinkan diri anda untuk membaca buku ini! Saya letakkan tanda seru di hujung ayat yang menandakan bahawa itu adalah ayat perintah. Jadi, sila cari buku ini dan baca! Lagi sekali, ambil perhatian pada tanda seru di hujung ayat. Buat yang sedang bahagia hatinya, saya masih lagi mahu mengalakkan kamu untuk baca buku ini supaya kamu sedar masih banyak lagi cinta lain yang wujud disekeliling kamu. Senyum.
Kulit depan buku ini comel, sangat comel.
Kulit depan buku ini comel, sangat comel.
Buku ini menghimpunkan 37 kisah yang menuliskan cinta untuk semua - Doa untuk Aku, Lelaki Tua dan Pagi yang Bingung, Surat untuk Ayah, Karangan untuk Allah, Anak-anak Kecil Bermain Cinta, Cinta Kita Sebagai Anak, Dia Pengarang Kecil, Lelaki Cinta yang Senyum Sekadarnya, Jakarta Tidak Mampu Menanggung Cinta, Cinta Orang Miskin, Menjadi Pengarang yang Disayang, Saat Tuhan Memberi Titik, Untuk Hidup yang Tidak Dimengerti, Hati yang Sulit, Berfikir ke Sana, Jawapan untuk Hati, Menghalusi Pesanan, Soalan untuk Hati, Pada Saat yang Kita Kenang, Berhenti Di Situ, Bahagia Sehujung Kuku, Sebelum Menjadi Rama-Rama, Lelaki dan Kotak Suara, Perempuan-perempuan yang Patah Hati, Memahami Sesuatu dengan Ilmu, Saat Langit Tersenyum, Peluang Kedua untuk Kita, Cerita Berkenaan 20%, Direnung Mata Disangka Hati, Kerana Sayang, Untuk Sebuah Impian yang Cantik, Tidak Disenandung, Dunia Ini Bulat untuk Kita, Dan Malaikat Pun, Tiga Soalan untuk Hati, Kita dan Perjuangan dan Aidilfitri untuk Kita.
Banyak sangat kisahnya, dan banyak sangat pengajaran yang saya dapat dari buku yang mempunyai 183 halaman ini. Kisah-kisah yang ditulis dari kejadian-kejadian yang biasa berlaku di sekeliling kita, dari persoalan-persoalan hidup yang selalu menganggu otak fikiran kita dan yang jarang untuk kita ambil kisah sedangkan Allah sebenarnya mahu menunjukkan cinta-Nya pada kita, hamba-Nya dengan cara-Nya yang tersendiri. Cuma kita sahaja yang kadang-kadang lebih memikirkan yang buruk dari yang baik.
Tuhan tidak mengkhianati hamba-Nya, cuma hambaNya yang sering cuba untuk mengkhianati Tuhan dengan memutuskan harapan. [m/s 118]
E764: Arjuna Mencari Cinta

Memandangkan saya akan hilang sekejap dari dunia maya ni dan tak tahulah bila akan kembali jadi saya sudah siapkan beberapa entri buat penganti diri. Gelak golek-golek. Macamlah ada manusia yang akan jejak kehilangan saya, kan? Perasan disitu. Sengih senget. Okey, berbalik pada novel Arjuna Mencari Cinta ini adalah karya Adlinz Alexandria yang diterbitkan oleh JS Adiwarna. Satu keluaran di bawah Jemari Seni tapi lebih kepada karya untuk remaja dan novel ini berada dalam kategori Si Manis 17. Ya, saya tahu saya bukan lagi 17 tahun tapi saya peduli apa kan? Ia bahan bacaan, dan layak dibaca oleh sesiapa sahaja.
Jujurnya, novel ini sedikit mengecewakan saya. Kecewa saya bukan dari segi ceritanya tapi dari segi kulit muka depannya. Pertama kali saya tengok kulit buku ini, langsung tak terlintas yang cerita ini akan berkisahkan tentang alam persekolahan menengah atas sepenuhnya sebab kulit depannya kelihatan agak 'matang' di situ. Jadi, tanggapan pertama saya salah sama sekali. Disebabkan wujudnya kata-kata, 'don't judge the book by its cover' jadi saya terus mengabaikan rasa kecewa sendiri dan terus membaca.
Ini kisah yang ringkas dan mudah sahaja - remaja menuju dewasa.
Kisah sekumpulan pelajar Tingkatan Lima yang sedang sibuk membuat persedian menghadapi SPM. Macam biasalah, kalau kisah anak-anak sekolah ini pastilah tak lari dari kisah adik angkat-abang angkat, kisah 'daya penarik', kisah jual minyak dan juga kisah cinta monyet. Bunyi macam biasa sahaja, kan? Pada awalnya, begitulah. Langkau juga saya dibuatnya tapi cerita ini mula jadi menarik selepas Nejad gagal dalam SPM dek panahan cinta, kemudian munculnya seseorang yang selama ini dianggapkan beku yang cuba menaikkan kembali semangatnya sehingga dia bertekad untuk mengambil SPM sekali lagi.
Tuhan bukan macam manusia, selalu nak tunaikan apa saja hasrat orang yang disayangi secara membabi buta. Ustazah aku pernah beritahu, kegagalan juga salah satu bentuk kasih sayang Allah pada kita. Orang yang tak pernah gagal tentu tak tahu erti sebenar kejayaan. Bayangkan kalau di dunia ini hanya ada matahari. Tentu kita tak tahu bagaimana rupa bulan. Kalau tidak ada neraka, tentu tidak ada syurga. Tentu ada hikmahnya engkau dapat keputusan yang tidak cemerlang. [m/s235]
Ini kisah seorang remaja yang bangkit dari kegagalan atas kesilapan diri sendiri. Bukan senang untuk bangkit dari kegagalan, bila menyaksikan yang sahabat-sahabat lain sudah pun berada di universiti dan juga tercampak jauh nun di luar negara untuk menimba ilmu. Kisah ini juga menunjukkan pada kita bagaimana cinta pada zaman sekolah itu mampu untuk memberikan kesan pada pelajaran. Ya, ada orang kata bercinta ketika belajar itu tak ada salahnya. Memang tak ada salahnya, kalau seseorang itu pandai untuk bahagikan masa, tahu mana yang perlu diutamakan dan masih sedar akan matlamat sepatutnya yang patut dicapai. Tapi kalau rasa dengan cinta itu boleh bawa manusia berjaya, hentikan sahaja sebelum lewat. Memang SPM itu bukan penentu masa depan seseorang, tapi SPM itulah yang akan membuka jalan untuk masa depan seseorang. Paling penting, slip keputusan SPM itulah yang akan dipandang sampai bila-bila walaupun waktu itu kau sudah ada diploma atau ijazah. Orang tetap akan tanya apa keputusan Bahasa Melayu kau, tetap akan tanya Matematik kau dapat berapa waktu SPM dulu. Sigh.
E763: LIMA 2011
Ya, ya saya tahu ini entri basi sebenarnya. Cerita yang sudah berlalu lapan hari yang lalu. Tapi itulah, saya tetap nak cerita juga. Sepatutnya, saya berlama di Kuala Lumpur. Tapi, dek kerana LIMA11 yang berlangsung pada tahun ini terus saya buat keputusan untuk balik ke Langkawi pada malam 5 Disember dan selamat sampai ke pulau ini ketika jam menghampiri pukul 10 pagi. Dari jeti Kuah, saya terus ke Langkawi International Airport untuk acara pembukaan. Penat ya amat! Tapi LIMA punya pasal, saya redah sahaja. LIMA11 atau nama penuhnya Langkawi International Maritime & Aerospace 2011 adalah event wajib Langkawi yang berlangsung setiap dua tahun. Untuk tahun ini, LIMA11 bermula pada 6 Disember dan berakhir pada 10 Disember 2011.
Ada apa dengan LIMA11?
Ini antara yang ada untuk segmen udara.
Gambar untuk tahun ni sikit sahaja. Itu pun adik saya yang beria-ia nak capture the moments. Saya? Tak kuasa nak menjejak jet-jet di udara, yang lajunya lebih daripada bunyi dek teriknya matahari. Pertunjukan udara adalah hampir dua jam juga, tapi itu dah cukup untuk membakar kulit. Panasnya lain macam sampai terasa nak mendidih otak. Sambil tengok airshow tu, sempat jugalah masuk salah satu daripada kapal terbang tentera. Merasa jugalah duduk dekat bahagian cockpit tu. Habis airshow, terus serbu masuk Dewan Mahsuri mencari teduh dan aircond. Mencari sebotol mineral water juga. Sudahnya, mineral water RM6 sebotol kecil itu kami rembat juga seorang satu. Waktu ini baru terasa nikmatnya setiap titis air tu. Padan muka.
Ada yang bertanya, apa bendalah yang seronok sangat dengan jet-jet ni semua. Bukan boleh beli sebijik dan bawa balik rumah pun. Panas terik siap muka berbelang lagi adalah. Iya, itu betul. Tapi untuk seorang anak yang dibesarkan di pulau cantik ini, LIMA adalah salah satu event yang sangat dekat dalam hati. Bunyi enjin jet, panas terik matahari, abang-abang beruniform itu bagaikan satu kewajipan untuk dilihat pada setiap dua tahun. Untuk orang-orang Langkawi, LIMA ni dah macam satu pesta untuk kami. Bunyi langit bergema tu dah macam irama muzik yang menyeronokkan telinga. Waktu inilah boleh kalau nak tengok orang berkelah tepi lapangan terbang dan sanggup berjalan berkilometer meredah panas dan hujan semata-mata nak tengok airshow. Kalau nak jumpa jammed pun, waktu inilah.
Segmen maritim? Pergi tapi tak ada gambar sebab mood tak elok. Huh.
E762: Penulis yang Disayang Tuhan
Novel ni dibeli pada bulan Oktober yang lalu, ketika mood membeli novel berada pada puncak paling tinggi sampaikan menimbun rasanya novel yang dibeli dari yang dihabiskan bacaannya. Dan sekarang, saya sedang berusaha untuk menghabiskan bacaan semua novel yang saya sudah beli. Kat rumah ni ada lebih kurang lapan buah novel. Itu belum lagi dikira dengan novel-novel yang saya tinggalkan di Ipoh sebab tak mampu nak pikul bawa balik semuanya.
Penulis yang Disayang Tuhan karya Bahruddin Bekri. Ya, lagi Bahruddin Bekri. Nak buat macam mana. Bila hati sudah jatuh sayang pada cara penulisannya, dan juga falsafah kehidupan yang dibawakan menerusi setiap novel-novelnya (padahal baru baca lima buah karyanya sahaja). Tapi, novel ini lain sikit daripada yang sebelumnya. Ini lebih kurang buku teks untuk belajar teknik penulisan novel tapi dibawakan dalam bentuk santai dan masih ada ceritanya yang tersendiri.
"Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya." - Hadis riwayat Thabrani.
Kisah kali ini berkisarkan seorang penulis bernama Usamah yang sudah berputus asa dengan dunia penulisan akibat novel-novelnya yang dikritik hebat oleh seorang yang bernama Abu Penapi. Kemudian, Usamah telah ditawarkan kerja oleh Johari Salim, seorang penulis veteran tapi dengan syarat - Usamah harus bertemu dengan lima orang bekas penulis dan juga mengajar seorang gadis untuk menyintai penulisan. Dari tugasan-tugasan inilah, teknik-teknik penulisan novel diselitkan dan diceritakan dengan penuh teliti. Selain itu, cerita Usamah melayani karenah jiran-jiran setinggan yang memegang status pendatang tanpa izin juga menghiburkan. Haip, siapa kata kisah ini tak ada kisah cinta manusia. Kan ada Adinda Aisyah. Sengih.
Sabar itu adalah sampan yang kukuh dan bakat itu adalah dayung. Kamu akan tetap sampai ke destinasi walaupun tanpa dayung, sama ada lambat atau cepat. Tetapi, kamu tetap tidak akan kemana-mana sekiranya kamu tidak ada sampan ataupun sampan kamu itu bocor. [m/s 18]
Menulis itu bukan sekadar mencoretkan kata-kata di atas kertas bagi memberitahu dunia berkenaan diri kita. Tetapi menulis itu juga adalah berkongsi sesuatu yang kita tahu. [m/s 44]
Orang yang benar-benar cintakan sesuatu tidak perlu banyak sebab dan berkata-kata bagi membuktikan perkara yang dicintai mereka itu memberi manfaat kepada mereka. [m/s 279]
Untuk seseorang yang berkeinginan untuk bergelar penulis, saya rasa naskhah ini antara naskhah yang patut dibaca oleh bakal-bakal penulis atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan ilmu-ilmu penulisan. Di dalam naskhah ini ada bukan sekadar ilmu penulisan tapi lebih dari itu. Naskhah ini mengajar kita bagaimana untuk menjadi seorang penulis yang disayang Tuhan.
Penulis adalah manusia yang fasih berpura-pura - mampu menulis bahagia pada saat hati derita, tega mengukir senyum walau hatinya benci. Penulis juga adalah manusia yang dekat dengan neraka jika menulis sesuatu yang jelek dan menghitamkan hati manusia tetapi penulis juga manusia yang dekat dengan syurga pada saat tulisannya membuatkan manusia lain berusaha menjadi hamba yang mencari reda dan rahmat Tuhan.
#3: Spontaneous Thursday
Semalam,
Tapi hari ini, kamu dah mula pandai untuk penuhkan kembali inbox saya dengan nama kamu. Kenapa? Untuk apa? Sigh. Buat pertama kalinya, saya dedahkan nama kamu di sini. Padahal, tak pernah sekali pun saya taipkan nama kamu di ruang ini, walaupun sekali sejak kita kenal dulu. Saya lebih selesa biarkan orang lain kenal kamu dengan nama lain. Kenapa? Itulah nama yang paling sesuai untuk saya 'simpan'kan buat kamu dalam phonebook saya sebab nama yang dulu itu dah tak sesuai lagi. Bukan tak sesuai, tapi saya rasa janggal untuk menyebutnya.
Maaf.
Maaf.
Maaf.
Tak mampu memanggil kamu dengan nama 'manis' kamu bukan bermakna saya masih tidak maafkan kamu. Payah untuk menyebut, malah payah untuk mengejanya juga bukanlah bermaksud saya ingin buang kamu terus dari hidup saya. Macam yang pernah saya cakap beberapa hari lepas satu Syawal dulu, kadang-kadang melepaskan pergi adalah jalan terbaik yang tinggal untuk memulihkan keadaan. Berada dalam kelompok orang-orang yang pernah memberi kesan pada hidup saya, takkanlah semudah itu untuk saya buang dan letak tepi.
Maaf.
Maaf.
Maaf.
Tak mampu memanggil kamu dengan nama 'manis' kamu bukan bermakna saya masih tidak maafkan kamu. Payah untuk menyebut, malah payah untuk mengejanya juga bukanlah bermaksud saya ingin buang kamu terus dari hidup saya. Macam yang pernah saya cakap beberapa hari lepas satu Syawal dulu, kadang-kadang melepaskan pergi adalah jalan terbaik yang tinggal untuk memulihkan keadaan. Berada dalam kelompok orang-orang yang pernah memberi kesan pada hidup saya, takkanlah semudah itu untuk saya buang dan letak tepi.
Labels:
life,
my past,
spontaneousthursday
E761: Heart to Hurt
Masih belum kuat rupanya.
Masih belum redha sebenarnya.
Gulp.
Sometimes, reality bites.Ouchh.
Kadang-kadang kita boleh nampak beauty in tragedy. - Ked Story, Hlovate.
Labels:
life,
my past,
wordlesswednesday
E760: Duga Diduga
![]() |
| Image Source: awesomepictures.me |
Darah merah itu menitik. Setitik demi setitik, cepat-cepat saya hulurkan paip air biar kesannya hilang. Tapi, ia menitik lagi. Terus, muka jadi pucat. Otak mula fikir yang bukan-bukan. Harap-harap, ia tidak seteruk yang dibayangkan.
Masih perit.
Masih pedih.
Menahan pedih, buat air mata menitik.
Tapi, satu yang saya sedar. Pedih dan perit ini tak pernah sama seperti pedih dan peritnya luka dalam hati. Itu lebih sakit. Itu lebih pedih dan perit. Dan sakit itu adalah sakit yang takkan pernah hilang walau ditelan sebiji demi sebiji penahan sakit. Saya akur tapi saya harap sakit ini dipulihkan secepat mungkin. Saya harap sakit ini bukan sakit yang akan melarat teruk. Saya tak minta dipulihkan sakit hati ini secepat mungkin, tapi saya mohon dipulihkan segera sakit fizikal ini. Sebab sakit fizikal ini akan buat orang-orang keliling saya risau. Kalau sakit dalam hati, pandailah saya simpan sakitnya sendiri. Tak ada yang nampak, dan tak akan ada yang risau.
Dia? Hanya dia, kot.
Labels:
blogging,
life,
my past,
student life,
writing
E759: Catatanku
![]() |
| Image Source: awesomepictures.me |
Sebenarnya, banyak yang sudah berubah cuma kamu yang tak nampak. Dan bila terlalu banyak yang sudah lain, kamu mula menegur tentang itu dan tentang ini. Hakikatnya ia dah lama berubah, sayang. Kamu saja yang tak sedar. Gigit bibir atas.
Awan awan menghitam,
langit runtuhkan bumi,
saat aku tahu,
kenyataan menyakitkan.
Sesuatu sedang terjadi pada tubuh saya. Ada yang tidak kunjung tiba dan ada yang datang mendadak secara tidak semena-mena. Perjalanan dari kuala ke kuala menjadi tidak lancar seperti biasa, walaupun sebenarnya nampak lancar sahaja tanpa ada waiting time. Cumanya, saya tidak lelap seperti biasa. Rasanya, saya lagi banyak berjaga dari melayan tidur yang sepatutnya nyenyak sebab seat besar dan selesa, sejuk yang teramat sangat, siap berselimut dengan dua helai sweater dan juga siap berstokin. Tapi, saya banyak membuka mata, mendengar lagu dari Akaie dan juga melayan perasaan.
Saya ignore semua orang termasuk orang yang tidak sepatutnya. Maaf, saya tahu saya salah kerana mengabaikan orang yang tak sepatutnya. Saya tahu kamu risau. Tapi, saya tak daya. Saya rasa saya hanya bohong hati sendiri kalau saya tetap melayan seperti selalu sedangkan hati saya tak mahu buat apa-apa, walau mengingati seseorang yang manis sekalipun. Kali ini, dia bukan sekadar mahu 'hibernate' tapi dia mahu 'shutdown' terus. Melayan atau tidak, saya tetap juga buat kamu 'sakit' kan?
Cukup apa yang awak tahu.
Dan cukup apa yang saya tahu.
Orang lain tak perlu tahu.
Buat masa sekarang, sekurang-kurangnya.
Saya masih okey, dan jangan risau. Selagi saya ucapkan ini (Tuhanku, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah keaibanku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, maafkan aku) dalam hari-hari saya, selagi itulah saya akan okey. Tolong percaya saya. Senyum segaris.
Tuhan terserah padaMu,
aku ikut mauMu Tuhan,
ku catat semua ceritaku,
dalam harianku.
Ada yang sedar 'kehilangan' saya. Untuk itu terima kasih sebab masih ingat akan saya. :)
Labels:
blogging,
cuti-cuti,
life,
sayang saya,
song,
student life,
writing
Subscribe to:
Posts (Atom)


















This blog is belongs to Nut Yaa (Nad)
since 27 June 2008