Ya, ya saya tahu ini entri basi sebenarnya. Cerita yang sudah berlalu lapan hari yang lalu. Tapi itulah, saya tetap nak cerita juga. Sepatutnya, saya berlama di Kuala Lumpur. Tapi, dek kerana LIMA11 yang berlangsung pada tahun ini terus saya buat keputusan untuk balik ke Langkawi pada malam 5 Disember dan selamat sampai ke pulau ini ketika jam menghampiri pukul 10 pagi. Dari jeti Kuah, saya terus ke Langkawi International Airport untuk acara pembukaan. Penat ya amat! Tapi LIMA punya pasal, saya redah sahaja. LIMA11 atau nama penuhnya Langkawi International Maritime & Aerospace 2011 adalah event wajib Langkawi yang berlangsung setiap dua tahun. Untuk tahun ini, LIMA11 bermula pada 6 Disember dan berakhir pada 10 Disember 2011.
Ada apa dengan LIMA11?
Ini antara yang ada untuk segmen udara.
Gambar untuk tahun ni sikit sahaja. Itu pun adik saya yang beria-ia nak capture the moments. Saya? Tak kuasa nak menjejak jet-jet di udara, yang lajunya lebih daripada bunyi dek teriknya matahari. Pertunjukan udara adalah hampir dua jam juga, tapi itu dah cukup untuk membakar kulit. Panasnya lain macam sampai terasa nak mendidih otak. Sambil tengok airshow tu, sempat jugalah masuk salah satu daripada kapal terbang tentera. Merasa jugalah duduk dekat bahagian cockpit tu. Habis airshow, terus serbu masuk Dewan Mahsuri mencari teduh dan aircond. Mencari sebotol mineral water juga. Sudahnya, mineral water RM6 sebotol kecil itu kami rembat juga seorang satu. Waktu ini baru terasa nikmatnya setiap titis air tu. Padan muka.
Ada yang bertanya, apa bendalah yang seronok sangat dengan jet-jet ni semua. Bukan boleh beli sebijik dan bawa balik rumah pun. Panas terik siap muka berbelang lagi adalah. Iya, itu betul. Tapi untuk seorang anak yang dibesarkan di pulau cantik ini, LIMA adalah salah satu event yang sangat dekat dalam hati. Bunyi enjin jet, panas terik matahari, abang-abang beruniform itu bagaikan satu kewajipan untuk dilihat pada setiap dua tahun. Untuk orang-orang Langkawi, LIMA ni dah macam satu pesta untuk kami. Bunyi langit bergema tu dah macam irama muzik yang menyeronokkan telinga. Waktu inilah boleh kalau nak tengok orang berkelah tepi lapangan terbang dan sanggup berjalan berkilometer meredah panas dan hujan semata-mata nak tengok airshow. Kalau nak jumpa jammed pun, waktu inilah.
Segmen maritim? Pergi tapi tak ada gambar sebab mood tak elok. Huh.









This blog is belongs to Nut Yaa (Nad)
since 27 June 2008
0 comments:
Post a Comment
Sila menconteng menggunakan gaya bahasa yang sopan agar dapat menyenangkan hatimu dan hatiku juga. Kalau kita tak jaga bahasa kita, siapa lagi.
Sekian, terima kasih.