E758: Disember Huh

Photobucket
Image Source: ofpeaceandlove.tumblr.com 

: 07.42AM.
: Pagi yang cerah.
: Terasa nak breakfast dengan Nasi Lemak dan juga Coffee Mix.
: Air Kosong.
: Tee Shirt & Pants.
: Filem Hindustan; Kal Hoo Na Hoo.
: Riuh Pagi Era.

Bangun awal daripada biasa. Suka.

Awal-awal hari lagi sudah asyik bertumblr-ing. Saya rasa tumblr saya sudah jadi random. Kalau dulu, ia macam ada tema (ikut situasi) tapi sekarang betul-betul dah jadi random. Kadang-kadang sedih, lepas tu tak semena-mena ada mood macam orang bercinta lepas tu macam bersemangat sekejap. Kadang-kadang, ada benda comel juga. Sengih. Saya suka random sebab orang susah untuk teka situasi saya. Agaga.

Okey, ini entri buang masa saja. 

Semalam, terbaca status beberapa orang kawan di Facebook berkenaan hari terakhir November. Lepas tu, ada juga kawan-kawan bercicipan di Twitter, juga berkenaan hal yang sama. Terus saya teringat, oh esok hari pertama untuk bulan terakhir. Terbit rasa sedih. Ya, Disember selalu buat saya rasa sedih sebab pada bulan ini selalunya saya akan berfikir tentang apa yang telah terjadi selama setahun ini. 

Abaikan. Masih ada 30 hari untuk dinikmati sebelum melepaskan ia pergi. Jadi, saya rasa saya masih ada masa untuk buat pengakhiran yang insyaAllah mengembirakan buat saya. Saya berusaha, Allah juga yang menjadi penentu kejayaannya. Percaya Dia, sebab Dia tahu apa yang terbaik buat saya. Senyum lagi.

Oh, hari ini Ombak Rindu keluar panggung. Ngee.

0 comments:

Post a Comment

Sila menconteng menggunakan gaya bahasa yang sopan agar dapat menyenangkan hatimu dan hatiku juga. Kalau kita tak jaga bahasa kita, siapa lagi.

Sekian, terima kasih.


i alway hope that it's you!