E757: Bahagia Sehujung Kuku

Photobucket
Image Source: flickr.com

: 05.58AM.
: Awal pagi 1 Muharram, sejuk.
: Menghadap ratusan perkataan buat perut jadi lapar.
: Keropok Ikan Cicah Sos.
: Maxi Pyjamas.
: Film; The Smurfs.
: -

Salam Maal Hijrah 1433 Hijrah. 

Ada yang bertanya, apa azam tahun baru saya? Eh, saya pun kalut memikirkan sebab biasanya saya berazam di hujung Disember. Kali ini, sengaja mahu memulakan buku baru ini mengikut kalendar Islam. Apa salahnya, bukan? Fikir punya fikir, saya berazam untuk merahsiakan azam saya. Boleh macam tu? Cukuplah saya cakap yang azam saya itu mampu buat kesayangan saya gembira. 

Ya, hakikat gembira itu besar bukan? 

Gembira untuk saya, belum tentu gembira untuk orang lain. Mungkin perit saya adalah gembira orang lain, atau mungkin juga gembira saya adalah kesedihan orang lain. Saya mana tahu, kan? Dan semua tu saya dah rasa, sudah memang nyata terjadi dalam hidup saya tak lama dulu. Sedih saya menjadi tongkat kegembiraan  dia, dan gembira saya rupanya membawa kepayahan bagi pihak dia. Nah, apa kesudahannya? Bahagia tak kunjung tiba. Tapi ketika membaca karya terbaru Bahruddin Bekri berjudul Hidup Penuh Cinta, ianya bawa makna baru dalam membagi kegembiraan pada orang lain. Mengembirakan diri sendiri juga. Mudah tapi payah. Apa?

Kamu mahu tahu cara membahagiakan mereka tapi sukar? Kamu maafkan mereka. Bukan sahaja atas salah mereka, tapi juga atas salah kita. Maafkan seadanya dan pada saat kamu memaafkan, tanpa sedar kamu akan melemparkan senyuman dan pada saat itulah mereka bahagia. 102

Saat saya menyudahkan bacaan kisah ke-21 ini, saya hanya mampu ketap bibir. Mahu menafikan, ianya ternyata betul. Dan mahu mengiyakan pula, saya rasa semacam sakit pada seketul daging merah bernama hati. Iya, mengembirakan manusia lain dengan perkataan maaf itu sangat payah tapi jika berjaya, ianya sangat membahagia. Bagi gembira pada kamu, dan pada dia juga.

Apapun juga, semoga Allah memberikan rahmatNya kepada kita, mengampuni dosa-dosa kita, memberi kita petunjuk dan memberkati kita dengan kasih sayangNya. Amin.

Hijrah Itu Pengorbanan,
Hijrah Itu Perjuangan,
Hijrah Itu Persaudaraan,
Hijrah Membentuk Perpaduan.

0 comments:

Post a Comment

Sila menconteng menggunakan gaya bahasa yang sopan agar dapat menyenangkan hatimu dan hatiku juga. Kalau kita tak jaga bahasa kita, siapa lagi.

Sekian, terima kasih.


i alway hope that it's you!