Hari ini hari penantian buat saya. Pertama, saya menanti kepulangan buah hati karangan jantung saya, adriana bam bam. Saya tunggu ketibaan dia di depan pintu balai ketibaan. Lagak macam menunggu kesayangan yang sudah tiga tahun tak pulang-pulang. Padahal baru sebulan saja. Mulanya dia tidur, tapi mungkin terdengar suara-suara yang memanggil nama terus dia buka mata. Apa lagi, terus saya angkat, cium dan peluk kejap-kejap. Sengih.
Keduanya, saya menunggu kedatangan van Poslaju.
Kalau tak ada parcel, takkanlah saya ternanti-nanti. Mungkin sebab instinct saya kuat jadi bila buka saja pintu rumah, terus nampak kelibat van itu menuju ke rumah. Sengih lagi. Kedua-dua parcel selamat sampai pada waktu yang sama walaupun dibeli ketika lain waktu, masa dan tempatnya. Terus tulis nama dan sign, bawa masuk dan terus bogelkan parcel tersebut. Gelojoh.
Semua items ini saya rembat dari blogshop sahaja. Kalau nak cari dekat shopping mall, macam payah nak jumpa terutamanya empat set Masking Sticker yang dalam tin case tu. Saya sudah lama mengidam stickies ni tapi dulu keadaan memaksa saya untuk mengutamakan keperluan dari kehendak saya. Jadi, bila ada change untuk mengutamakan kehendak, jadi saya rembat sahaja. Sesekali apa salahnya. Kan?
Dan hari Isnin haritu, ada juga satu parcel sampai ke rumah. Parcel tersebut tiba dari Taiwan mengandungi items yang akan saya gunakan untuk bersukaria di waktu cuti semester nanti.
Saya telah membeli clay set - 12 colours dan juga set pisau-pisaunya. Waktu parcel ni sampai rumah, saya masih di Ipoh. Jadi, mak yang terima parcel ini. Bila beliau tengok alamat parcel ini, terus beliau buka parcel ni. Mak tak pernah buka parcel atas nama anak-anaknya selagi tuan punya tak sampai rumah, tapi sebab beliau suspect saya membeli benda yang bukan-bukan terus dibuka kotak tersebut. Terus saya tergelak. Padanlah mak call saya petang itu dan terus bertanya dalam nada soal siasat. Alahai emak, imaginasi tinggi sungguh.








This blog is belongs to Nut Yaa (Nad)
since 27 June 2008
1 comments:
Comel je masking sticker tuh!
=)
Post a Comment
Sila menconteng menggunakan gaya bahasa yang sopan agar dapat menyenangkan hatimu dan hatiku juga. Kalau kita tak jaga bahasa kita, siapa lagi.
Sekian, terima kasih.